.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, July 25, 2011

Tajuk 167 – Berfikiran kritis, iklan, TERM dan CONDITION

Berfikir kritis bukan bermakna anda memberi komen atau kritikan yang negatif. Dalam akademik, berfikiran kritis lebih kepada mempersoal,  menilai kajian lepas dan memberi rasional kepada pegangan anda dengan motif memperbaiki kekurangan dan mengisi gap yang masih wujud. Ini kesah saya......sebagai pengguna ler pula.... yang juga selalu kritis...

Catatan 1:
Saya keluar awal pagi, memandu kereta menuju ke selatan bagi menyelia pelajar yang menjalani latihan praktikal.
Sebagai pengguna, saya cuma ingin memberi sedikit respon “akademik” dari persepktif seorang penyelidik dan pengguna terhadap banyak iklan2 barangan pengguna yang melibatkan statistics.

Contoh 1:
Perhatikan iklan barangan X mampu menghapuskan 99.9% kuman, 99.9% kotoran, 99.9% bau badan, 99.9% uban (ader ker?)….dan 99.9% itu dan ini!

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara 99.9 dengan 100 %? Dari segi statistics dan matematik... 99.9 tu samalah juga dengan 100%.

Timbul persoalan dalam minda saya ini, berapa ramai responden atau berapa banyak sampel yang telah digunakan untuk membolehkan generalisasi 99.9%  tersebut boleh dilakukan? Mengapa tidak mengatakan 100%  sahaja?

Apakah prosidur kajian yang telah digunakan sehingga dapatan yang didapati begitu meyakinkan?


Hello umi, betul ker botol susu NINE tu 99.9% bersih?



CATATAN 2:
Sampai di satu stesen minyak, saya tertarik kepada iklan yang tertulis “Jimat 1 Liter dgn setiap tangki penuh”. Saya juga ada melihat iklan yang sama di kaca tv.


Sebagai pengguna, timbul lagi persoalan dibenak fikiran saya, maklumlah saya menjadi sedikit kritis setelah menjadi blogger secara tak sengaja ! Dua perkara saya fikirkan….

a.  Ujian setangki penuh telah dilakukan di makmal dengan kereta baru diletakkan diatas roller dengan beberapa ahli sains sedang menjalankan kajian. Secara sepintas lalu sebagaimana yang dipaparkan dalam iklan, ini bermakna, kereta tersebut :

- tidak hadapi rintangan angin (kereta tak bergerak – hanya tayar yang berputar)
- tiada geseran jalanraya yang kasar
- boleh bergerak dengan halaju seragam (halaju optima)
- tidak perlu berhenti atau membrek (sebagaimana dijalanraya sebenar)
- tidak mendaki bukit (seperti jalanraya sebenar)
- mengunakan kereta yang baru (enjin masih efisyen dalam pembakaran fuel).
- tidak ada penumpangpun dalam kereta tersebut so tak der beban dibawa....

Dengan semua factor di atas, tiada masalahpun untuk menjimatkan minyak 1 liter.... 

b. Setangki penuh tu sebenarnya berapa liter? Kereta kancil yang mengisi setangki penuh sudah pasti jauh lebih kurang dari setangki penuh kereta Mercedes. Kapasiti enjin juga berbeza. Jadi apakah yang dimaksudkan “Jimat 1 liter dengan setangki penuh?”  


Bolehkah kereta kancil jimat 1 liter dengan setangki penuh berbanding kereta Mercedes? 


Bolehkah kereta Mercedes 1700 cc yang mengisi setangki penuh menjimatkan 1 liter berbanding kerete Mercedes 2800 cc?

Pengetahuan “akademik” saya tidak mampu menjawabnya kerana banyak VARIABEL TAK BERSANDAR dan VARIABEL BERSANDAR tidak dimaklumkan dalam iklan tesebut.

Walau apapun komentar saya…. saya tidak lupa bahawa semua yang diiklankan akan tertakluk kepada “TERMA dan SYARAT”….. cuma  terma dan syarat ditulis menjela2 dengan bahasa undang-undang yang sukar dfahami oleh orang awam….Tak caya cuba anda install perisian percuma seperti gmail…. nescaya anda tak larat nak baca semua T  & C yang di sertakan so…. click saja “I agree”….. abis cerita….


Catatan 3
Bulan promosi menyebabkan ramai yang berpusu2 mengunjungi gedung2 pakaian. Dua hari lepas saya ke sebuah pusat membeli belah.... ternyata harga 70% diskaun yang ditawarkan sungguh mencurigakan. Saya juga melihat tidak ramai orangpun yang membeli, adalah 2, 3 yang mundar mandir. 


Saya tak boleh bayangkan t-shirt tanpa kolar, dengan jenama yang tak pernah saya dengar...dan kualiti kain yang biasa-biasa, dijual dengan harga RM49.90. Tokojut den ! Saya kata pada anak saya, t-shirt ini tak akan lebih RM 15. 


Ternyata selepas melihat tanda harga potongan 70%, harga ditawarkan menjadi RM14.97..... emmmm


Saya kemudian ke satu lagi pusat beli belah .... saya dah lama buat perbandingan harga disini dan saya percaya potongan harga yang ditawarkan adalah genuine, sebelum dan selepas diskaun. 


Sebaik sahaja masuk..... tu dia..... berpusu2 manusia yang membeli dengan tawaran 70% juga..... inilah pengguna bijak.... saksikan pic berikut yang sempat saya rakamkan dari tingkat atas...


Ibubapa sibuk belikan baju anak2 dgn 70% diskaun
Ada Polo Kids, Jeep Kids, Disney Princess,  Poney

Perhh ! Bertuah anak2 la ni.... 


SELAMAT MENJALANI DAN MENGHAYATI IBADAH PUASA!!


OT 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...