.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, July 8, 2011

TAJUK 153 - Mengapa sukar menulis LR secara kritis !

Sejak dibangku sekolah, pernahkan anda dibenarkan memberi idea atau mengkritik?

Contohnya:
Soalan kepada cikgu sains: Cikgu mengapa ikan paus tak ada kat Selat Melaka?
Soalan kepada cikgu sejarah: Cikgu, boleh tak kita buat karangan berdasarkan siri dalam channel History?
Soalan kepada cikgu Kimia: Cikgu, apa bahan kimia dalam air yang polis sembur bila ada orang berkumpul ramai2 kat KL? 

Apa kemungkinan cikgu jawab - Tak perlah...itu tak masuk silibus, tak masuk peksa!!


He he betul tak?


Nine: Untie dan uncle tau tak, mana lebih besar, kucing ke tikus?

Sejak darjah 1 hingga masuk universiti, semuanya belajar kerana sijil dan CGPA. Then tiba2 kita buat kajian peringkat master / PhD, kita diminta berfikir secara kritikal, kritis, analisis dan yang sewaktu dengannya. Sebab itu, semua menggeletar....terkesima, terkedu, terkaku....tak tahu apa nak buat, takut dan kecut. Bila jumpa teks sahaja, semua nak disalin bulat2... takut nak kuarkan idea sendiri. Takut disergah SV!

Bagi yang telah mengikuti bengkel LR, saya harap anda telah membuka minda bahawa bukalah susah sngt nak tulis LR. Jika tak tahu atau takut, anda sama jer dengan pelajar Tingkatan Lima. So apa bezanya anda dengan pelajar Tingkatan Lima? So anda jangan le tension.

Yakinkan pembaca terutama penilai melalui LR anda dengan isi yang clear, concise, consistent dan coherence. Tulis dengan kritis (spt yang di hands-on kan semasa bengkel):
  • bezakan kajian yang telah dibuat dengan kajian anda supaya kelihatan secara jelas rasional anda menjalankan kajian
  • tunjukkan struktur pengetahuan yang berkaitan dengan fokus dan skop bidang kajian anda supaya anda dianggap berpengetahuan mendalam dalam bidang yang dikaji
  • Dapatkan kaitan (anda yang kaitkan dengan perkataan anda sendiri) semua kajian2 terdahulu, dan bagaimana semua kajian ini membuka gap bagi kajian anda pula
  • JANGAN TAKUT mensintesis ayat anda sendiri atau JANGAN TERLALU TERIKAT dengan terminologi dalam artikel yang anda baca sehingga anda seperti mempersembahkan idea2 dan terminologi yang bercelaru, sehingga tidak dapat dikaitkan dengan kajian anda. Ambil idea utama yang penting sahaja (sebab bukan semua terminologi dlm kajian lepas konsisten dengan terminologi kajian anda - wpun idea yang cuba dismpaikan adalah relevan - untuk dikaitkan dgn kajian anda)  
  • Kurangkan menulis seperti ringkasan karangan (contoh: Ali (2009) menegaskan...Ahmad (1999) menyatakan...Tan (2008) pula mendapati.... Robert (2008) menambah...dalam setiap paragraph  kerana akan membosankan penilai anda dan akan menjatuhkan kredibiliti anda sebagai pelajar siswazah seolah-olah anda tidak tahu menganalisa dan mensintesis secara kritikal bahan rujukan anda...).
  • Dapatkan kajian terkini  (5 tahun kebelakang bukan 20 tahun!) bagi membuka mata pembaca tentang perkembangan terkini dalam bidang kajian anda kecuali anda merujuk kepada kajian asal / pelopor yang mula-mula mengenengahkan teori berkaitan kajian anda. Itupun anda kena rujuk perkembangan semasa teori tersebut. 
LR tak akan pernah perfect. So mulalah menulis dgn lancar... tulis dan tulis... Jgn hantar 5, 6 muka surat kepada SV anda - hantar sekali 3 chapters !! Nak tahu kenapa, cuba ler buat. Mula2 hantar 5 ms saja.... lepas seminggu hantar pula the whole 3 chapters.... lihat perbezaannya!

Bagi yang telah mengikuti bengkel LR saya, amalkan prinsip 4C. Anda ada idea dan jgn lagi terkongkong oleh teks artkel sehingga anda tidak dapat menulis dengan lancar....

OT

2 comments:

  1. Betul tu DrOT...hahaha saya pernah tanya cikgu Fizik masa Tingkatan 4. "Cikgu kenapa bumi berputar & kelilingi matahari tak henti-henti. Bulan pula mengelilingi bumi pun tak henti-henti. Tenaga apa yang digunakan tu cikgu?" Cikgu pun terdiam tak jawab apa-apa. Saya pun tak dapat jawapannya sampai hari ni..Hehehe... Walau bagaimanapun, saya tak salahkan cikgu saya tu. Saya salahkan sistem pembelajaran kita yang sangat mementingkan peperiksaan. Alangkah baiknya jika negara kita menggunakan pendekatan pendidikan SPIRAL yang di amal di Eropah & USA. Kecik2 lagi anak-anak diorang diajar berfikiran kritis.

    ReplyDelete
  2. Anak saya pernah menangis tak puas hati dgn cikgu tadika sbb dia tanya cikgu kenapa kita ada pusat. Cikgu tu marah issh .. bnyk tanya pulak budak ni.. balik rumah tanya mama nasib mama tau jawaban dia he he

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...