.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, February 5, 2018

Tajuk 869: Kanak-kanak dan algorithm

Kanak2 belajar dari algorithm dulu... bukan konsep !
1. Anak2 bila mula memanggil ibu... tidak memahami konsep ibu. Mereka tak tahu 'ibu' adalah perempuan yang melahirkan anak hasil dari perkahwinan dengan seorang lelaki. Mereka tidak tahu konsep perkahwinan apatah lagi persenyawaan.. Cukuplah mereka tahu, itu ibu ! 

2. Nine (foto) dah buat soalan bahagi dan darab yg simple2 (wpun lom blaja kat sekolah) sbb aku detect dia otak maths... so far lah. Dia belum betul2 captured konsep darab dan bahagi tapi boleh jawab soalan sbb dia boleh kuasai algorithm yg aku ajar. Ini dah cukup baik dgn level abstractness umur dia (7+ tahun). Setelah menguasai algorithma, dia akan mula membina skema, diikuti sedikit demi sedikit menguasai konsep bila mula berhadapan dgn latihan yang lebih authentic dan abstrak.. maybe bila dah naik Tahun 3.
3. Jadi... jgnlah kecoh2 sangat nak ajar istilah2 abstrak kat anak2 ni dulu. Biar dia selesa dgn algorithm dan guna sedikit aspek memorization dahulu sebagai permulaan. Ini nature belajar anak2. Apa yang perlu, sebahagian besar anak2 normal ini dapat kuasai apa yang diajar mengikut algorithm (tahap rendah dalam hirarki pengetahuan) sebelum diperkenalkan jargon2 yang kita yang dah tua bangka nipun tak berapa nak tahu. Anak2 kita bukan Adi Putra yang melangkaui abstractness even cikgu maths dia sendiri !
4. Sebab itu aku fikir tak sesuai istilah2 abstrak dan konsep2 spt hipotesis, inferens, bundar, 4x3 tak sama 4x3... diperkenalkan di Tahap 1 atau tahap yang terlalu awal... kerana ini istilah jargon yang pak mak diapun tak tahu... sabar2lah nak ajar budak2 ni.... jgn kerana kita dah ada pengalaman hidup dan baru nak faham istilah2 ini setelah kita berusia 45 tahun, kita nak sumbatkan kepada anak2... akhirnya harapkan buku teks saja yang tebal.. latihan yang banyak... hanya sedikit sahaja anak2 yang kuasainya dan dapat A.. yang lain dok tenganga, sedang yang A pun rupanya ramai yang hafal cara nak jawab soalan - itulah pendidikan kita ! 
5. Cikgu dan mak ayah terlebih dahulu tahu ke apa algorithm tu? Jgn tanya anak anda pula...
OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...