.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, February 5, 2018

Tajuk 866: Anak2 kita makin lama makin meluat dgn SAINS !

1. Sains adalah subjek wajib kerana sains mengenalkan kita kepada kehidupan utk kemajuan masa depan. Oleh kerana sains adalah kehidupan yang dikurniakan kepada manusia secara sistematik, sains perlu diperkenalkan seperti mempelajari satu kehidupan, bukan rigid dalam satu matapelajaran.
2. Matlamat asas dalam pengajaran sains adalah membina pemikiran saintifik, bukan mempelajari cara menghafal fakta sains yang sudah tercatat dalam buku, ensaikolepidia, dan sekarang dah ada wiki... tanyalah apa dia.... itulah wikipedia ! Pendek kata, semuanya boleh di recall dihujung jari !
3. Pengajaran sains bermula disekolah rendah, walaupun bermula dgn konsep mudah dan asas…. tetapi diajar mengikut bab tertentu sehingga berlaku fragmentation. Tujuannya supaya fakta boleh diingati (retention) yang diuji dalam peperiksaan, dan berharap pemahaman kepada fakta ini boleh dipindahkan (transfer) bila mempelajari tajuk yang baru. Adakah harapan ini menjadi kenyataan?
4. Aku nak bagi satu contoh simple yang mungkin ramai tak berkenan sebab tak sesuai dgn PAK21 yg canggih... tapi aku nak bagi juga !
Bawa murid ke dalam semak (kalau sekolah dalam bandar, kenalah bawa keluar sekolah) dengan membawa glass magnifier ... kertas catatan... dan hp cikgu klu nk ambik foto dan tunjukkan mereka “sains tentang kehidupan”. Minta pelajar memerhati kehidupan beberapa serangga yang ditemui - semut, belalang, rama-rama, ulat dll sambil guru kemukakan soalan HOT supaya murid terlebih dahulu diajar berfikir apa sahaja yang diperhatikan kerana setiap satunya melibatkan proses sains. Lain topik lain plak aktivitinya....
5. Murid juga dilatih bertanya soalan dgn betul atau dlm bahasa canggihnya problem posing dan bbincang sesama sendiri dan dgn bantuan guru..
Apa yang semut makan?
Kenapa makanan tersebut sesuai untuk semut?
Kenapa makanan semut tak sama dengan makanan rama-rama?
Adakah semut benda hidup, kenapa?
Bagaimana semut mencari makanan dll?
Bagaimana awak tahu?
Cuba awak jelaskan. Adakah rakan yang lain setuju? Jika tidak, kenapa?
Bagaimana semut berlindung jika hari hujan?
Kenapa semut boleh terapung atas air?
6. Kemudian guru “transfer” perbincangan kepada serangga / hidupan yang lain?

Selain semut, serangga apa lagi yang menggunakan sesungut untuk mengesan makan?
Adakah manusia juga menggunakan idea sesungut (antena) ini dalam kehidupan?
Bagaimana pula ular mengesan makanan?
Jadi guru sains sekolah rendah mestilah bersedia dan terlatih sebagai seorang biologist, chemist, environmentalist, dan physicist yang creative sebab SAINS SEKOLAH RENDAH PERLU BANYAK EXPLORATION.... BUKAN BANYAK EXAMINATION !
Camner nak buat tu, bole ker?
Getik betul aku dgn soalan macam ni... kenapa tak boleh - bukan kuar budget pun, kuar dari kelas dan kuar dari kepompong jer !
7. Dalam menguasai konsep sains. jawapan yang betul TIDAK PENTING. MISCONCEPTION juga dialu2kan (tapi ini adalah PANTANG LARANG NOMBOR SATU di sekolah!). Ini adalah sebahagian proses sains. Belajar sains is not about getting the correct answer ! Keutamaan adalah kepada pembentukan pemikiran saintifik dan membina connection antara konsep yang akan membetulkan misconception dan pemahaman murid. Ini hikmah nye di Jepun xder exam sehingga umur 10 tahun atau grade 4... hanya penilaian guru.. utk dibincang dgn ibubapa..
8. Pendekatan pengajaran sains mesti flexible. Guru perlu diberikan silibus yang juga flexible. Guru-guru sains misalnya diberikan otonomi... bbincang sesama guru.. between dan within school utk btukar2 idea dan aktiviti... utk pupuk pemikiran saintifik murid.
9. Bukan semua murid / pelajar yang akan terus meminati sains.... tetapi mereka tidak MEMBENCI nya... sedang yang berminat akan mempunyai kekuatan proses sains, manipulative skill, pemikiran scientific dan HOTS
Jika dulu belajar fakta dulu, kemudian baru ada sikit-sikit aktiviti sains, kenapa tidak adakan banyak aktiviti sains kemudian baru belajar fakta sains sikit demi sikit. Ini kerana memupuk pemikiran sains dan HOTS sambil membetul misconception memerlukan masa, tetapi itulah objektif yang perlu dicapai.
Adakah guru bersedia untuk ini?
Inipun soalan getik. Guru memang dah lama bersedia. Benda2 pelekpun guru dah buat. Isi borang bertimbun2 pun guru dah buat.... dan ada yang pura2 buat pun dah buat... apa sahaja guru semua dah buat !
10. Jika tidak, jgn lah pura2 kecewa semakin lama semakin ramai murid tidak berminat dan bersikap negatif dengan sains kerana fakta sains yang semakin lama semakin banyak utk dihafal, semakin kompleks utk difahami, semakin abstrak utk ditransfer !
Percayalah, jika mahu, anak anda boleh dapat lebih banyak fakta sains yang jauh lebih hebat on-line dari MEMBACA buku teks !
HOT tidak boleh dipupuk disaat pelajar telah menutup sebahagian minda mereka kepada sains, jadi bermulalah dari sekolah rendah. Science is MORE on what is LEARNED than what is TAUGHT !
Ala.... cakap senanglah....
Abis yang dok buat selama ini senang dan berhasil sangat ke?
OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...