.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, September 7, 2015

Tajuk 785 - GAP_ Mimpi indah bertukar ngeri !

Professor:
Semalam hari yang unik. Aku berbengkel di hadapan 30 peserta. Dalam muqaddimah aku bertanya satu soalan kepada peserta paling senior “What do you understand by a research gap?”. Tanpa berlengah lagi, beliau menjawab “gap is the missing link in the previous studies”
Perghhh….. aku tak sangka pulak… yang memberi jawapan tersebut rupa2nya seorang professor yg telah berkhidmat di 2 buah IPTA, graduated (lama dulu) dari university top 10 ranking dunia. Aku salute beliau, kerana hadir bengkel aku dan sangat relex….

CSI:
Gap difahami sebagai “missing link” maka berusahalah pelajar untuk mencari link tersebut, maybe sama seperti CSI. Tapi pelajar PhD lebih hebat dari CSI kerana “link” tersebut pula mestilah ada “impak” pada negara, kementerian atau polisi !
Sapalah punya idea ni ?

PG:
Diakhir sesi, datang seorang peserta lain, pegawai senior yang sedang membuat PhD. Beliau berhasrat utk membuat kajian yang katanya belum pernah dibuat di Msia.
Rupanya beliau diminta untuk

(i) mencari gap dan
(ii) memastikan gap tersebut ada impak.

Gap lagi.. tambah impak pulak...

Selepas 4 semester berpusing2 “dalam pencarian missing link" akhirnya beliau nekad buat kajian yang tak pernah dibuat di Msia dgn harapan itu adalah “satu gap” dan kajian itu katanya melibatkan pengujian keberkesanan HOT dalam bahasa, "kononnya" akan beri impak kepada KPM (hi hi).
Namun begitu, beliau sendiri tidak pasti apa yang akan dijalankan malah perkara ini masih belum mendapat green light dari SV walhal dah 4 semester !

Saya simpati… begitu payah nak mulakan kajian…. selepas lebih 4 semester, “gap yang memberi impak” yang memuaskan hati SV masih tidak ditemui, proposal dari satu mimpi indah kini menjadi mimpi ngeri.

PhD:
Kajian PhD hanyalah satu kajian akademik tahap tinggi yang bertujuan
(i) mendalami sesuatu bidang focus melalui penyelesaian sesuatu isu / masalah
(ii) dapatan dari penyelesaian tersebut akan menyumbang kepada pengetahuan.

Menjalankan kajian, bermakna, menimba segala pengetahuan berkaitan spt membuat review, memilih sample, membina instrumentasi, menganalisis data dan membuat perbincangan.
Kajian mestilah menyumbang kepada “pengetahuan baru” dari dapatan kajian setelah memilih satu “isu” yang diperbahaskan oleh komuniti scholar dalam bidang tersebut.
Isu adalah satu “obstacle” yang apabila dibuat kajian, akan memberikan satu dapatan utk dikongsi bersama scholar komuniti dlm bidang yang sama.
Isu tersebut seperti kesan aplikasi sesuatu teknik “semasa” dalam satu operasi, aplikasi teori kepada “responden yang unik”, membina “prototype”, menguji “algorithma”, revised “instrumentasi” … yang dapatannya menyumbang kepada extension of knowledge.

Jadi.
Yang patut dicari adalah isu / masalah / argument yang ada contribution to knowledge kerana PhD adalah academic research BUKAN sibuk2 dgn gap dan impak yang SV sendiri tak lakukan dan tak jelas maksudnya !

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...