.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, October 21, 2013

Tajuk 527: Benarkah SV asyik suruh baca..baca...baca....!

Semua calon PhD / Master mempunyai perasaan yang sama ketika mula mendaftar – rasa excited dan excitement … perggh…. Macam aku sekolah rendah dulu….nak mulakan perjalanan menaiki bas express buat pertama kali ke Cameron Highland….. fuhh… siap dengan baju panas dan impian utk memetik strawberry…. rasa macam pi London !! Namun bro…. ada 1001 kemungkinan boleh berlaku dalam perjalanan “pertama kali” tersebut !

Apsallak cam tu?

Ada yang pening…. mabuk… muntah....kena marah dgn driver…. sampai di Cameron Highland terus collapsed … lansung tak gi mana2…tapi skang dah tak main Cameron Highland....atau pergi Snake Temple di Penang atau lawat Tugu Peringatan di KL....macam zaman aku dulu....dah tak ada UMMPHH !! Anak2 pergi aquaria KLCC atau Legoland ... atau kidszania bro....kopak duit mak ayah !!


Nilah kidszania.... anak2 alaf baru....


Kat Aquaria lagi sejuk banding dgn Cameron Highland...

Analogi ler tu?

Lebih kurang…. aku berpendapat bahawa perjalanan PhD ni seharusnya indah kerana ianya perjalanan ibadah... perjalanan mencari ilmu...walaupun tidak mudah. Kalau terlalu mudah…. hilanglah keindahannya !!  Ini sama macam mendaki gunung…. getir, perit tetapi mengujakan dengan pengalaman baru sambil menikmati keindahan alam…bersama fauna dan flora.... sebelum sampai ke puncak !! Namun perjalanan yang getir tapi indah ini memerlukan bimbingan jurulatih yang "expert" supaya dapat memberi pengetahuan khusus tentang pendakian yang selamat agar pendaki berhati2 tidak terjerumus ke dalam gaung... atau tersesat hilang jalan pulang !

Emmm.... ok...

Semua ini mengingatkan aku akan beberapa email dan pm calon PhD dalam fb aku yang menulis (sebenarnya mengadu)  SV asyik suruh baca…baca.. explore dan explore !! Ini samalah dengan jurulatih yang biarkan sahaja pendaki meneroka sendiri sepanjang pendakian….tanpa bimbingan yang wajar.... walaupun pendaki dah berada ditepi jurang yang dalam....atau terserempak dengan dinasour.... masih disuruh explore !!


Grrrr.........wa dah 3 hari tak makan.. marilah explore wa !
Bagi ler contoh bro…

Ada calon PhD yang diminta oleh SV dapatkan construct validity bagi satu questionnaire… dan pelajar tu dah confused sebab tidak ada satu cara khusus utk dapatkan construct validity. Ko boleh dapatkan criterion atau concurrent validity, atau guna discriminant atau factor analysis…. Kalau pelajar baru tentulah naik fening nak buat decision…. sebab tiada pengalaman dan tidak mendapat gambaran yang menyeluruh….eloklah SV bantu dan fokuskan kepada satu cara yang sesuai utk dijalankan oleh pelajar tersebut. Kenapa lokek sangat nak bantu pelajar...?

Bukankan pelajar tu kena tahu sendiri?

Memanglah….. tapi berilah dulu panduan, penerangan, idea asas bukan biarkan pelajar tu meraban entah kemana sampai dah stucked… dah nak jatuh masuk gaung....masih suruh baca dan explore lagi….sebab kalau macam tu…. tak payah lah jadi SV…. atau….

Atau apa bro?

Atau SV tu sendiri pun tak tahu camner nak cari construct validity…. mungkin diapun tak pernah buat… sekadar tahu gitu-gitu jer...tapi cuba berselindung disebalik gelaran "expert" !! Kalau SV sendiri tak tahu nak buat decision camner nak uji construct validity… sedang pelajar perlukan pendapat SV kerana masa terlalu cepat berlalu…selepas satu semester berpusing2 pada isu yang sama…. jgn ler asyik2 suruh explore dan baca lagi…dan lagi....sebab kalau macam tu baik tak ada SV pun tak apa.....

Iskhh… takkan lah sampai cam tu..ganazz pulak ko ni !

Kenapa? Ini bukan soal ganazzz.... ini soal keperluan membimbing pelajar......cer ko sesaja jer tanya SV ko…. camner sebenarnya nak cari construct validity…. silap-silap haribulan… dgn penuh keselambaan dia jawab…. “NO KOMEN”......macam jawapan standard artis popular  ler pulak... tak terkesima ko dibuatnya !!

Takkanlah sampai macam tu?

Kenapa tidak? Hal yang sama juga berlaku bila ada pelajar yang dah 5 kali SV tak berkenan “tajuk” kajian ….tapi masih disuruh baca dan explore....cari tajuk lain lagi…. sedang dah masuk 2nd semester bro.....dan setiap pertemuan hanya berlansung tak sampai 5 minit !! Kenapa tak ambil sedikit masa.....bimbinglah dia bagaimana nak cari tajuk yang sesuai…. atau apa yang tak kena dengan tajuk sedia ada !

SV ada tanggungjawab…. membimbing pelajar. Apa yang pasti….SV pun manusia..... tak mungkin dia tahu semua perkara. Sv bukan wikipedia...cuma....ada yang tahu skit2 jer… tapi bercakap spt tahu semuanya.... dan oleh kerana itu dia suruh ler pelajar baca...baca... sebab dia sendiri tak boleh nak bagi tahu ! Kalau dah tak tahu.…usahalah dapatkan maklumat….. bukan dgn cara minta pelajar baca.. baca then baca then explore....tanpa panduan. … sedang pelajar dah letakkan harapan yang tinggi menggunung dan mengganang kepada SV !

Takkan semua Sv cam tu?

Memang ler... sebab ramai SV yang professional... dan cemerlang dalam menjalankan tugas supervision sebab penyeliaan adalah salah satu tugas hakiki pensyarah melalui gaji yang dibayar...supaya pelajar ini mendapat bimbingan secara professional dari SV….dan menyediakan supportive environment kepada pelajar… tetapi ada segelintir yang membiarkan pelajar confused… stucked…. sehingga hilang arah dan motivasi....tanpa bimbingan yang sewajarnya.....Betul tak ?

Nanti aku tanya Upin dan Ipin...

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...