.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, April 1, 2015

Tajuk 715 - “So What” ... “Therefore… this study need to be done” !

Kenapa kena fikirkan jawapan ringkas “SO WHAT” bila nak mulakan kajian?

“SO WHAT” adalah hypothetical question yang diandaikan akan ditanya oleh SCHOLAR / RESEARCHER kepada anda (bukan policy makers - jgn perasan) lalu anda explain kenapa kajian anda penting dan diakhiri dengan “therefore…. this study need to be done!”

Jawapan anda mesti cukup kuat utk convince scholar / researcher yang bertanya.

Contoh 1:
Kajian anda berkaitan “keberkesanan Vfrog (LMS KPM disekolah).
So what ?
Jawapan anda maybe “ada pernyataan / argument / statement / kajian (citation) mempersoalkan tahap keberkesanan Vfrog yang melibatkan ratusan ribu pelajar, guru dgn peruntukkan jutaan ringgit dan infrastruktur yang canggih, “therefore…. this study need to be done!”

Contoh 2:
Kajian aplikasi animation dalam pengajaran sains.
So what? 
Kajian lepas (citation) membuktikan potensi animation dalam filem dan dokumentari… perlu ada kajian experimental mengkaji potensi animation dalam pengajaran konsep sains yang abstrak yang menjadi subjek core dalam sistem pendidikan seluruh dunia…supaya konsep sukar dapat dipermudahkan pemahamannya “therefore…. this study need to be done!”

Contoh 3:
Menguji model fit bagi factor kepuasan pekerja perladangan yang mendapat minimum wage terhadap persekitaran, upah, pengurusan dan promotion.
So what? 
Kajian dapat mengenalpasti sejauhmana data dalam kalangan pekerja kilang yang mendapat minimum wage di sector perladangan menjelaskan goodness of model sedia ada bagi memastikan perlaksanaan minimum wage mencapai objektifnya… dan semua IV, DV, modertor, mediator dapat dikenalpasti untuk di revised “therefore…. this study need to be done!”.

Pastikan anda boleh bagi jawapan “So what” yang boleh convince scholar akan keperluan kajian anda…. “therefore…. this study need to be done!

Tapi ramai yang sibuk bertanya “what is your research gap?" - lalu sibuklah pelajar mencari gap bagi menjawab "this study is done because it has not been done before !!"

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...