.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, April 23, 2015

Tajuk 739 - Jika nak sambung PhD...

Jika anda berkira2 utk sambung belajar....atau masih diperingkat awal pengajian...
10 perkara yang perlu ada dalam minda dan tindakan anda sebelum sambung master (by research) / PhD, khususnya bidang social science. Maybe ada lagi yang saya tidak senaraikan…

1. Jgn takut bro… basically sesiapapun boleh dapat PhD, dari OKU, yang celik, yang buta, muda dan tua…yang bujang.. yang dah kawin, yg dilamun cinta... yang duduk rumah sendiri mahupun rumah sewa....part timer yang full timer... semua dah dapat !

2. PhD adalah proses belajar membuat kajian independently, kajian yang dah pun dilakukan sebelumnya… yang direview terlebih dahulu, dgn method dan analisis data yang juga telah digunakan … bukan kajian “baru”yang belum sesapapun buat apa2 berkaitan dengan nya… so be cool …

3. Persiapkan diri dgn kemahiran asas sebagai researcher. Jika tak sure ikuti sahaja bengkel berikut wpun anda belum mendaftar lagi sbg calon 
a. Analisis data numerikal – SPSS dan setara
b. Reference manager - Mendeley dan setara
c. Advanced MS Word + Latex (bagi engineering)
d. Analisis data qualitative - Atlas.ti dan setara

Pengetahuan dan kemahiran bengkel2 di atas, akan membuka jalan utk anda lebih mudah memahami artikel yang bakal anda baca, dan meletakkan anda sebagai calon yang “ a step a head” dan yakin… cuba2 google web “MPWS” yg menganjurkn pelbagai bengkel.

4. Ketahui senarai journal2 terkemuka dalam bidang yang ada ingin membuat kajian… buka sahaja mana2 artikel dalam bidang anda, ada tersenarai journal2 yang dirujuk di bahagian References. Journal2 yang sering dirujuk adakah indicator journal yang perlu ada dalam senarai anda. Pendek kata, jika anda bidang FINANCE…. Semua journal dgn nama spt “The Journal of FINANCE…..”

5. Ketahui bahawa semua informasi asas termasuk potential SV boleh di google tanpa perlu bergerak kemana2… dan semak publication mereka dari web IPTA masing2….

6. Ingat, anda hanya boleh dapatkan tajuk kajian tanpa perlu mengeluh “tak tahu apa nak buat” setelah anda melakukan “preliminary literature search and reading”…. baca kajian terkini dalam bidang anda…. bukan mengeluh sambil memikirkan tajuk di kedai kopi..... mengeteh dgn kawan2....

7. Tajuk yang baik adalah tajuk yang ada teori yang mantap dan konsisten dalam mainstream kajian dan relatively byk artikel yang ready utk anda rujuk.

8. Anda akn disarankn empat perkara berikut ... spt satu skrip klise sebaik sahaja anda melangkah ke dunia reseach. Sila baca post saya yang terdahulu jika anda ingin tahu kenapa empat perkara berikut hanyalah satu andaian yang klise…. yg tidak reflect amalan sebenar...
a. buat kajian yang xbanyak orang buat
b. buat kajian yang xbyk artikel dalam data bases sbb xbyk org buat.. 
c. buat kajian utk isi gap, sesuatu yang terlompong yang “tidak dibuat dalam kajian terdahulu”
d. buat kajian yg mesti beri impak mengubah polisi dan society
Empat perkara di atas lebih banyak "menakutkan" dan "mengelirukan" calon master / PhD.... dari membantu mereka !

9. Mempunyai lap top yang tip top… dan datang ke library manapun xapa utk mendapatkan artikel awal utk dibaca… supaya anda boleh mendapat sebanyak mungkin artikel tanpa perlu membelinya. Minta bantuan kawan2 anda di IPTA.

10. Ketahui data bases (Emerald, Sciencedirect, Wiley dll) yang byk menerbitkan jornal dalam bidang anda. Jgn pulak ada calon PhD yang masih nak tanya lagi benda ni.... abis masa buat Master takkan tak ada experience !

Kalau anda terpinga2 apa yang saya tulis…. anda akan terus terpinga-pinga bila mendaftar sebagai calon…. dgn tempuh yang lama….

Jgn tunggu SERU….takut lama2 hilang SERI.... mulalah lakukan sesuatu !!

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...