.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, April 23, 2015

Tajuk 735 - Dunia PhD perlukan "Extended Mind" !

Post ini tertulis lantaran pesawat yang aku naiki terasa begitu perlahan.
Ini zaman ICT…. zaman menjadikan dunia PG semakin pantas, wpun anda terasa pelahan kerana anda berada di dalamnya. Cuba keluar sebentar dan lihat sekitar anda.

Dunia PG… dunia mendapatkan info utk difahami. Fikirkan ilmu… bukannya membajak sawah dihujung kampong ditengah panas…. menimba ilmu yang ada dihujung jari dalam bilik dingin.. di zaman ICT, 4G dan zaman m-learning – study anywhere at anytime, zaman yang bukan sahaja sarat maklumat, tetapi zaman accessible maklumat dgn pantas secepat kilat !

1. Berkolaborasi dgn ICT:
Fikirkan apa yang anda boleh dapat jika anda betul2 cekap berkolaborasi dengan ICT? Percayalah…. anda akan dapat maklumat lebih banyak dan pantas dari anda berkolaborasi dgn sesiapa malah dgn pakar sekalipun… jika dulu CHESS GRAND MASTER (highest title) perlukan pengalaman sehingga 20 tahun bermain chess… sekarang chess grandmaster termuda Magnus Carlsen berusia 13 tahun yang hanya berguru dgn computer..... bermain chess !

2. Extended mind:
Dunia PG memerlukan anda memahami byk perkara. Anda memerlukan “extended mind” utk fungsi kognitif dan memori anda. Ini bukan zaman 80an, zaman yg memerlukan seseorang depan mata yang mengajar anda! Mudahnya mendapat bahan bacaan dan artikel dari sumber ‘big data” Google… yang entah datang dari mana…. klik sahaja semua muncul didepan mata. Bukan itu sahaja… semuanya saling berkaitan… berhubung, spt extended mind…. sebagaimana “sel-sel otak” anda yang terus berhubung dan accommodated dgn maklumat baru. Cuma dalam dunia PG… anda perlu pastikan sumber yang diperolehi adalah dari author yang credential.

3. Split second:
Semua ini boleh berlaku “in a split seconds” not days or weeks and even semester ! Anda tidak perlu bimbang konsep / theory baru yang anda jumpa malah jargon yang anda baca kerana Wikipedia, dictionary dan lain2 sumber akan terus memberikan jawapannya. Search perkataan popular “GST”…. pkataan asing “masuk suku”, jargon “hermeneutic”, technical “multicollinearity” atau taboo spt “homosexual”, sepantas kilat anda akan dapat jawapannya. Mungkin anda yang tak larat nak baca !
Ingatan.... awas... jgn sampai terperangkap dgn group2 WA dan FB yang bersembang secara unproductive ...bayangkan dalam 2 minit sahaja, ada WA group boleh mengumpul 200 post … dgn berpuluh2 photos.... perggh!!

Jadi tindakan dan pilihan terletak ditangan anda…. Buatlah sesuatu utk berkolaborasi secara optimum dgn ICT… Jgn sampai terjumpa sesuatu yang baru spt "dual coding theory".... anda terus stuck…. panic dan tak bergerak-gerak macam katak terperangkap dalam kotak !

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...