Ini lanjutan post aku sebelum ini. Ada yang berpendapatan supervisee patut di push supaya membuat kajian terbaek …. maybe mengharapkan kajian tersebut menyumbang terus kepada kesejahteraan masyarakat dan negara… dan mungkin sampai tercalon dgn Nobel Prize !!
Aku sangat setuju…. sebab setahu aku belum ada lagi calon master / PhD di atas muka bumi ini dapat nobel prize lagi kerana kajian mereka semasa buat master / PhD…. Yang dapat kerana membuat kajian selepas beberapa tahun bergraduate banyaklah…. tak tahulah kalau Einstein dapat masa buat PhD....
Maka izinkan aku beranalogi dahulu….
Semua akan setuju jika kajian calon PhD / doctorate adalah lebih tinggi tahapnya dari Master. Aku ingin analogikan calon2 PhD adalah pemain bola sepak KOREA yang bertaraf ASIA (PhD) dan calon Master adalah pemain bola sepak Malaysia bertaraf ASEAN (Master).
Apa yang anda harapkan dari pemain Malaysia? Tentulah harapan anda Malaysia boleh mengalahkan lawan di ASEAN utk menjadi juara setiap kali sukan SEA dan menduduki ranking 1 diperingkat ASEAN. Pushlah sekuat2nya supaya pasukan Malaysia mencapai tahap ini. Jika berjaya…. samalah spt calon Master berjaya jalankan kajian peringkat Master juga.
Jika ada seorang pemain Malaysia yang entah macamana tersangatlah hebat skillnya… sehingga berhijrah utk bermain dengan Brazil…. (so far tak adalah lagi....) Ini tidak bermakna pasukan Malaysia keseluruhannya setaraf dgn Brazil. Samalah juga, jika ada satu kajian yang “bernasib baik” mendapat peluang dan ruang serta bergembeling dgn satu kajian bombastic…. sehingga berjaya memberi impak yang fantastic…. wpun baru peringkat master, tidak bermakna kajian master semuanya mesti begitu…. di momok2kan begitu…. dan diperli2 supaya jadi begitu….
Berusahalah utk mencapai tahap yang ditetapkan diperingkat Master.... inipun satu yang bukan mudah yang perlu dilalui dgn usaha yang gigih. Maknanya nak jadi juara ASEAN pun bukan mudah bro...dgn Spore pun tercungap2 nak menang....
.
Jadi kalau nak push pun pasukan Malaysia…. pushlah dulu utk jadi juara ASEAN…. dan bila dah sampai jadi juara ASEAN (dah dapat master)…. barulah push utk jadi juara ASIA (dapat PhD) dan selepas itu barulah push utk masuk piala dunia dulu…. sampai first round pun tak apa...... asal dapat lawan Holland yang penduduknya lebih kecil dari Msia !
Jadi lihatlah calon Master / PhD dgn peringkat kajian masing2…. Be practical dan realistic kerana kedua2 tahap perlu dilalui secara sistematik juga…
OT - faham tak analogi aku ni?
No comments:
Post a Comment