Post ini ekoran pbualan dgn rakan PG di UTM..... akan kewujudan "pemahaman" dan "anutan" bahawa SOS bagi sebuah thesis mesti berkait dgn dasar / polisi / .... dalam organisasi mahupun kerajaan...
So, terlebih dahulu aku nak kita sama2 fahami maksud thesis - thesis adalah satu critical review bagi satu argument / debatable issue dalam satu bidang pengetahuan yang khusus.
Maka tak hairanlah dalam conference2 anjuran institusi pendidikan local dan international ....yang dibincangkan adalah dapatan2 kajian yang menyumbang kepada knowledge dalam sesuatu bidang…. mengatasi perbncangan mengatasi soal polisi itu dan ini.
Sila amati scenario ini…yang membawa kepada SOS
Pertama: Significant contribution to knowledge
Thesis (dan research) mestikan contribute sesuatu yang “baru” dalam bentuk 'significant contribution to knowledge'…. atau “contribution to discourse” maka wujudlah keperluan menghantar artikel scholar ke jurnal….
Kedua: Significance of the findings
Bukan sahaja ada ada contribution to knowledge…. Tapi mestilah dapatan kajian juga mesti ada significant kepada advancement of knowledge utk dikongsi bersama scholar community yang lain dalam bidang yang sama. Ini ler sebabnya diadakan perbagai conference, colloquium, berbagai2 bidang berkongsi “secara serius” dapatan2 baru yang diperolehi dalam sesuatu bidang… dari calon PhD hingga ke Professor tersohor yang terlibat sama... dgn dimulakan oleh presentation dari keynote speaker !
Minta maaf.. bukan orang awam sahaja yang tidak dijemput… mereka yang berbeza bidangpun tidak akan diterima artikelnya utk dibentang dan hadir sama kerana findings yang dibincangkan khusus dalam satu atau beberapa discipline kajian yang interrelated sahaja.
Ketiga: So What?
Berkata2lah Einstein “If we knew what it was we were doing, it would not be called RESEARCH ! “ Jadi jgn sampai ada PG yang ingin membuat kajian yang hasilnya boleh dijawab dgn So What....
Contohnya mengkaji factor berlakunya kesesakan dan kelewatan rawatan di hospital kerajaan ….kononnya utk membantu Kerajaan....namun jawapannya bolehpun dijangka …. spt kekurangan hospital, kekurangan kemudahan dan kekurangan doctor yang membawa kepada kesesakan tersebut… dan bila ditaya “So What?” jawabnya… binalah lagi hospital, tambah peruntukkan maka ramailah doctor akan bertugas…. beres !! Ini bukan bentuk kajian yang menepati SOS...
Keempat:
SOS melibatkan kajian berasaskan pengetahuan tentang technique, theory, model, principle, instrument, experiment, penghasilan simulasi, algorithm, mathematical model, prototype dan pengujian dalam context yang baru…. samada menghasilkan data empirical yang lebih detailed (quanti) atau memberi makna yang lebih mendalam kepada data emprirical yang sedia ada (quali)…..maka inilah yang patut ditanya, digesa dan diutamakan..... mengatasi matlamat utk mengubah polisi... atau bermatlamatkan impak kajian kepada society... kerana PG masih berada dalam fasa transition dan intermediary position sebelum menjadi researcher yang competent
Kelima:
Perkara inilah yang perlu difahami ....supaya PG secara umumnya jelas apakah yang perlu dilakukan dalam mencari asas membuat kajian.... jika tidak......maka terhasillah proposal "jadi-jadian" yang disengajakan supaya memenuhi gesaan kununnya utk mengkaji dasar itu dan ini sedang itu bukan matlamat utama SOS..... (tanpa menafikan adanya bidang kajian spt Public Policy dan Management yang memang mengkaji dasar2.... )
OT
No comments:
Post a Comment