.
"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"
MORE THAN 3 MILLION HITS !
Statistik
SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI
Pertanyaan: zahinothman@gmail.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...
Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...
Tuesday, November 11, 2014
Tajuk 681: 10 sebab utk diketahui oleh setiap POSTGRADUATE - APA MASALAHNYA DGN KAJIAN REPLIKASI ?
Ini sambungan post sebelum ini. Bersedialah utk membaca satu tulisan yang panjang…. Kerana malam aku di Copenhagen ni pun panjang jugak. Baca dgn hati terbuka… jgn baca sekerat jalan.
Ini adalah satu kenyataan… sekurang2nya kepada dunia PG social science.
Pertama:
Dunia research dunia baru bagi aku, anda dan SV apabila mula mendaftarkan diri. Dunia yang hampir semua PG bermula dgn ZERO tentang research.
Kedua:
Aku percaya…. Hampir 100% PG yang ketika mendaftar belumpun confirmed area of investigation yang ingin dikaji, malah sebahagiannya “menggelupur” mencari GAP kerana memenuhi saranan turun temurun “jgn buat kajian yang replikasi” atau “buatlah kajian yang belum ada orang lain buat” !
Ketiga:
Aku juga percaya…. majority PG kadang2 bukan sahaja tak tahu amende tu MANOVA, ANOVA factorial, EFA dan CFA, AMOS, Rasch, inductive + deductive + induced coding, thematic coding + inter-rater …. kadang2 chi-square, t-test, normality dan correlation pun macam alien ….
Keempat:
Dan aku percaya bukan sahaja 3 aspek di atas adalah ZERO bagi sebahagian besar PG…. skill lain spt sampling technique, instrumentation, validation techniques, data collection, analytical dan critical review, citation, interpretation dll pun lebih kurang sama !
Kelima:
Kajian-kajian lepas adalah satu urutan “replikasi” – sekurang-kurangnya pada theory dan analisis data. Sebab itulah thesis wajib ada Chapter 2 – Literature Review dan Chapter 3 – Methodology yang direview dari kajian lepas !!
Jadi PG perlu belajar dan menguasai dgn mengetahui, memahami, mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan membuat penilaian kajian yang ingin dijalankan berdasarkan kajian lepas… supaya ada ruang advancement, modification, added value, refinement dari kajian lepas sebagai sedikit contribution to knowledge.
Keenam:
PG yang bermula dgn ZERO perlu segera menguasai semua kemahiran dan pengetahuan di atas SEBELUM berupaya menjalankan kajian secara INDEPENDENT…..
Ketujuh:
Oleh PG berada dlm “dunia akademik” … maka hasil kerja mereka disemak, dinilai dan diperbaiki … sebelum layak dianugerahkan apa2 ijazah yang dipohon. Apa sahaja hasil kerja akademik sejak dari Tahun 1….. adalah utk memastikan pelajar mencapai satu standard yang ditetapkan. Jika sebelum ini, mereka belajar ikut silibus… dalam dunia PG, mereka belajar secara self-education..
Kelapan:
Maka aku percaya hasil utama dalam dunia PG adalah utk memastikan mereka “menguasai” kemahiran yang sangat banyak tersebut… lalu bersedia utk menjadi researcher yg competent in the future.
Kesembilan:
Jika kajian adalah segala2nya dalam dunia PG…. jika semakin “hebat kajian” semakin hebatlah PG tersebut…. sorry to say bro “maka kurang hebatlah” mereka yang mengambil mode course work dgn mini project malah di manakah kedudukan PG yang ambil full coursework dgn comprehensive exam (cam budak2 undergrads) kerana tiada unsur kajian yang boleh menyerlahkan kehebatan mereka ! Jgn sentap dulu….itu bukan maksud aku…. Tetapi fahami yang tersirat yang cuba aku sampaikan…..…. I love U !
Kesepuluh:
Bezakan antara kajian PG dgn kajian expert. Bezakan kajian oleh supervisee dgn kajian SV. Kalaupun supervisee buat kajian SVnya sendiri dgn grant, diapun tetap bermula dari ZERO ! Kajian SV yang mendapat grant lumayan hanya perlu sentuh skit sahaja theory, present dapatan dalam artikel beberapa helai pages sahaja….. boleh plak present paper ke obersi….. maka di perlukan satu “contribution yang significant” kerana dilakukan oleh sekumpulan expert dgn biaya grant yang khusus – bukan biasiswa atau PTPTN !
Air yang aku masak dalam kettle dah mendidih. Sat aku tutup. Aku nak buat kesimpulan.
Pertama:
Tiada kajian yang dibuat walaupun secara duplikasi atau replikasi dgn berhati2.... dapat dilakukan dgn mudah tanpa penguasaan kemahiran dan pengetahuan dalam menjalankan research tersebut. Ini bukan replikasi buat cup cake yg boleh bukak youtube !
Kedua:
Lebih baik belajar membuat research secara independent, sistematik dan mendalam satu kajian yang didakwa “replikasi’ sambil mengetahui dan mengusai sebahagian besar aspek dan teknik research yang baik….. dari membuang masa, tenaga mencari itu dan ini tanpa hala… lalu menghasilkan kajian yanag kononnya “baru” tapi dilakukan dgn penguasaan yang dangkal, termasuk membuang 2,3 semester hanya mencari tajuk kajian yang gah tetapi akhirnya kajian dijalankan dalam keadaaan hampir rebah.
Ketiga:
Sejauhmanakah kajian yang dilakukan tersebut dapat membentuk PG menjadi researcher yang competent dan expert in the making LEBIH AULIA dari bergelut dgn konfrontasi dan conflict mencari “novelty” yang bersifat subjective utk dijadikan reality.
Keempat:
Kajian yang dikatakan “replikasi” tetap menghasilkan contribution dan biarlah publication yang terhasil dari kajian tersebut sebagai bukti bukan dijatuhkan hukuman awal2 lagi…. kajian ini tiada novelty…..!
Kelima:
Tidak ada 2 , 3 atau 4 kajian yang sama walaupun menyentuh teori dan methodology yang sama. PG pun tahu apa itu plagiarism… maka kajian “replikasi” bukan sesuatu yang asing malah itulah tradisi yang diwarisi lalu dikembangkan lagi selepas mendapat PhD.
Keenam:
Satu jer pintaku…. tunjukkan kepada aku SATU…. Aku ulang SATU sahaja thesis yang didakwa bukan replikasi tapi penuh dgn nilai novelty … dan tunjukkan pada aku bersama2 dgn contributionnya sekali !
Aku kepingin sangat nak melihat dan membacanya… khususnya dalam bidang social science. Satu sahaja dah mencukupi… dari ribuan thesis yang terhasil saban tahun…
Aku nak minum dulu.
Aku bukan tidak faham…. Bukan tidak mahu atau menidakkan keperluan satu kajian yang baik dan berkualiti. AKu bukan manusia cincai…. Manusia asal buat. Wpun dgn sikap aku yang “sempoi” ….. thesis aku memenangi GOLD AWARD dan dinilai oleh sifu tersohor dalam bidang aku. Thesis dan kajian tersebut telah memberi contribution kepada penguasaan dan pemahaman aku tentang dunia research sehingga aku boleh membuat kajian2 lain selepas bergraduat dgn memberi sumbangan dalam bentuk artikel2 dan disahkan sumbangan tersebut dgn anugerah 4 copyright…. 4 Gold Medals….. wpun aku tahu ada ramai lagi yang lebih berjaya dgn bermacam2 contribution terutamanya dalam bidang hard sciences.
Alhamdulillah… aku dah masuk fasa mengkomersialkan hasil kajian aku dalam bentuk product app keseluruh dunia…. malah dah masuk paper dan TV pun…. Aku tak perlukan apa2 lagi selain melihat PG mempunyai mind set yang betul tentang dunia mereka dan terus menyumbang demi kesejahteraan umah dan manusia sejagat !!
OT - Copenhagen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment