.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, November 17, 2014

Tajuk 688: JGN BUAT jika kajian boleh jawab “SO WHAT” ?


Kajian diperlukan bila ada isu / fenomena / argument yang menarik perhatian. Bagi memahmi isu tersebut, data diperlukan supaya penjelasan dapat diperolehi yang membawa kepada:

a. “contribute to knowledge in that particular issue”
b. “add something to knowledge relevance to the issue”
c. “advanced the knowledge related to the issue” 
lalu terus mengundang keperluan kajian2 lanjut.

Perhatikan contoh kajian berikut. Kajian pertama sampai ketiga tidak boleh menjawab "So What" dan mengundang kajian lanjut.. sambil adanya contribution to knowledge.
Kajian empat... tidak sesuai utk kajian sebab boleh dijangka jawapan "So What"... dan tak jelas contribution kepada knowledge.

Sila baca betul2.....

Kajian Pertama:
Keberkesanan inquiry-based learning strategy dalam pengajaran maths 

Contribution to knowledge:
Kajian menunjukkan inqury-based strategy memberi kesan positif kepada kumpulan pelajar high achiever berbanding dgn low achiever.

So what?
Strategy ini perlu dijalankan dgn mengambilkiran latar belakang akademik pelajar... maka kajian lanjut diperlukan utk mencari jalan bagaimana pula teori strategy ini berpotensi pula utk kumpulan2 pelajar – berbeza gender, motivasi, lokasi, berbeza topic pengajaran dll lalu memberikan lebih pemahaman kepada teori yang berkaitan.

Kajian Kedua:
Pembinaan qnaire utk mengukur tahap ketagihan FB dalam kalangan PG?

Contribution:
1. New instrument yang dibina berasaskan construct A, B, C dan D
2. Menunjukkan 4 faktor utama menyumbang kepada ketagihan PG terhadap FB

So What?
Kajian akan datang boleh menggunakan instrument tersebut utk mendapat pendetailan berdasarkan PG dengan demografi yg berbeza pula yang menumbang kepada pemahaman lanjut dari teori yang digunakan utk membina instrument

Mendalami 4 faktor tersebut secara qualitative pula

Kajian ketiga:
Kajian penggunaan combinasi beberapa catalyst P, Q, R dalam meningkatkan keberkesanan combustion buangan kelapa sawit

Contribution:
1. Mendapatkan evident ciri-ciri dan ratio catalyst dan kombinasi yang berpotensi meningkatkan efficiency combustion kepada alam sekitar melalui pembinaan combustion simulation berdasarkan theory effective combusion

So What?
Kajian lanjut perlu dilakukan utk mendalami aspek perubahan fizikal dan manupulasi variable lain spt pressure dan temperature mengunakan kombinasi dgn ratio yang berbeza bagi meningkatkan lagi cost effective combustion simulation…



Kajian Keempat: 
Contoh isu Smart School (yang sedikit masa dulu yang mengundang perlbagai kajian)
Kajian keberkesanan SS dalam meningkatkan kompetensi guru menggunakan ICT.

Contribution yg boleh dijangka yanpa perlu kajian:
Menyenaraikan 4 faktor utama dalam memastikan perlaksanaan SS disekolah iaitu
a. menyediakan makmal computer yang lengkap disetiap sekolah
b. menyediakan sokongan teknikal / teknisyen
c. membekalkan software setiap subjek
d. menyediakan latihan guru yang berterusan

Persoalan:
Adakah dapatan di atas satu contribution kepada knowledge?
Adakah dapatan di atas tidak boleh dijangka sehingga memerlukan kajian PhD?
Adakah pihak KPM tidak mampu mengkaji / dptkan feedback / berfikir akan 4 faktor di atas?
Adakah pelajar akan declare bahawa SS tak berjaya dan patut dimansuhkan sahaja?

So what?
KPM perlulah bekalkan makmal, technical support, software dan latihan guru… tu jer… tak payah ler nak buat kajian lanjut….
Jadi kajian spt ini tidak sesuai sebab boleh dijangka dan tidak menambah kepada teori secara signifikan....

Kesimpulan:
Simpulkanlah sendiri….. jgn terbelit tangan dan kaki…. tak tahu apa yang dikaji…. lantas memakan diri .. dan menghakis motivasi !!

OT

Thursday, November 13, 2014

Tajuk 687:Kajian PhD mesti berkaitan dasar kerajaan - barulah betul?

Ini pic dlm post ini aku ambil dari post FB "Nucky Thompson" yang menyenaraikan maksud originality yang secara tak lansung adalah contribution dan impact kajian PhD.


Makin lama makin banyak evident muncul yang menyokong saranan aku utk menggantikan "What is the research GAP" kepada "What else?" atau "What else need to be done?" sbg keperluan membuat kajian PhD.

Aku terbaca satu respon dari post aku akan gesaan supaya kajian master / PhD yang memohon biasiswa kerajaan mestilah berkaitan dasar-dasar dalam negara... maka spt biasa otak pentium aku ini mencari rasionalnya... maka aku nak tanya dua soalan basic.... ekoran gesaan kajian PG mestilah berkait dgn dasar itu dan ini...

1. Apakah aspek yang akan dikaji berkaitan dgn dasar tersebut ? Lazimnya tentulah berkaitan keberkesanan perlaksanaannya.

2. Apakah yang akan dilaporkan dalam thesis oleh PG jika kajiannya menunjukkan pelbagai kelemahan, pembaziran, ketidaktelusan, kejanggalan dll oleh pelbagai pihak yang terlibat dasar kerajaan yang dikaji?

3. Ada sesiapa nk kaji dasar pembangunan n kemajuan tanah di Cameron Highland?

Pic - bacalah apa yang tertulis dalam pic berikut sebagai antara asas wujudnya originality kajian PG, kot2lah tulisan Mat Salleh yg disenaraikn ini boleh memperkuatkan apa yang aku kupas selama ini....dan dalam senarai tersebut tiada pun disebut mengkaji dasar kerajaan.... tetapi dasar berkaitan dgn knowledge dalam bidang kajian

OT

Tajuk 686: Significant of Study (SOS)....Proposal "jadi-jadian" dan So What?

Post ini ekoran pbualan dgn rakan PG di UTM..... akan kewujudan "pemahaman" dan "anutan" bahawa SOS bagi sebuah thesis mesti berkait dgn dasar / polisi / .... dalam organisasi mahupun kerajaan...

So, terlebih dahulu aku nak kita sama2 fahami maksud thesis - thesis adalah satu critical review bagi satu argument / debatable issue dalam satu bidang pengetahuan yang khusus.

Maka tak hairanlah dalam conference2 anjuran institusi pendidikan local dan international ....yang dibincangkan adalah dapatan2 kajian yang menyumbang kepada knowledge dalam sesuatu bidang…. mengatasi perbncangan mengatasi soal polisi itu dan ini.

Sila amati scenario ini…yang membawa kepada SOS

Pertama: Significant contribution to knowledge
Thesis (dan research) mestikan contribute sesuatu yang “baru” dalam bentuk 'significant contribution to knowledge'…. atau “contribution to discourse” maka wujudlah keperluan menghantar artikel scholar ke jurnal….

Kedua: Significance of the findings
Bukan sahaja ada ada contribution to knowledge…. Tapi mestilah dapatan kajian juga mesti ada significant kepada advancement of knowledge utk dikongsi bersama scholar community yang lain dalam bidang yang sama. Ini ler sebabnya diadakan perbagai conference, colloquium, berbagai2 bidang berkongsi “secara serius” dapatan2 baru yang diperolehi dalam sesuatu bidang… dari calon PhD hingga ke Professor tersohor yang terlibat sama... dgn dimulakan oleh presentation dari keynote speaker !

Minta maaf.. bukan orang awam sahaja yang tidak dijemput… mereka yang berbeza bidangpun tidak akan diterima artikelnya utk dibentang dan hadir sama kerana findings yang dibincangkan khusus dalam satu atau beberapa discipline kajian yang interrelated sahaja.

Ketiga: So What?
Berkata2lah Einstein “If we knew what it was we were doing, it would not be called RESEARCH ! “ Jadi jgn sampai ada PG yang ingin membuat kajian yang hasilnya boleh dijawab dgn So What....

Contohnya mengkaji factor berlakunya kesesakan dan kelewatan rawatan di hospital kerajaan ….kononnya utk membantu Kerajaan....namun jawapannya bolehpun dijangka …. spt kekurangan hospital, kekurangan kemudahan dan kekurangan doctor yang membawa kepada kesesakan tersebut… dan bila ditaya “So What?” jawabnya… binalah lagi hospital, tambah peruntukkan maka ramailah doctor akan bertugas…. beres !! Ini bukan bentuk kajian yang menepati SOS...

Keempat:
SOS melibatkan kajian berasaskan pengetahuan tentang technique, theory, model, principle, instrument, experiment, penghasilan simulasi, algorithm, mathematical model, prototype dan pengujian dalam context yang baru…. samada menghasilkan data empirical yang lebih detailed (quanti) atau memberi makna yang lebih mendalam kepada data emprirical yang sedia ada (quali)…..maka inilah yang patut ditanya, digesa dan diutamakan..... mengatasi matlamat utk mengubah polisi... atau bermatlamatkan impak kajian kepada society... kerana PG masih berada dalam fasa transition dan intermediary position sebelum menjadi researcher yang competent

Kelima:
Perkara inilah yang perlu difahami ....supaya PG secara umumnya jelas apakah yang perlu dilakukan dalam mencari asas membuat kajian.... jika tidak......maka terhasillah proposal "jadi-jadian" yang disengajakan supaya memenuhi gesaan kununnya utk mengkaji dasar itu dan ini sedang itu bukan matlamat utama SOS..... (tanpa menafikan adanya bidang kajian spt Public Policy dan Management yang memang mengkaji dasar2.... )

OT

Tuesday, November 11, 2014

Tajuk 685: Proposal Phd / Master – apa itu “significance of study” ?

Ada dua senario aku nak kongsi:

Pertama:
Seorang pelajar master yang membentangkan proposal tentang pembinaan portal disergah dgn soalan "Apa guna bina portal dan test portal tersebut jika portal diluar sana jauh lebih canggih.... abis apa contribution awak kalau macam ni? "

Respon aku:
Ini isu yang ditanyakan kepada aku. Aku percaya.... calon berhak membina portal (prototype) kerana itu salah satu bidang dalam pengajiannya dgn menggunakan theory tertentu dan belajar utk membuat kajian secara sistematik bagaimana menilai respon users thdpt portal tersebut... dan kajian ini significance kepada calon master tersebut yang tiada pengalaman menjalankan kajian sebelumnya. Membandingkan portal yang ingin dibina oleh pelajar dgn portal yang dibina oleh badan yang established diluar sana adalah satu perbandingan yang tidak rasional sama sekali !

Kedua:
Aku terbaca satu statement dalam satu buku penyediaan proposal bahawa antara ciri “significant of study” sesuatu kajian adalah “to enable policy makers and administrators to make sound decisions… to relevant parties... agencies involved”.

Respon aku:
Aku percaya…. Kriteria tersebut memang menepati ciri-ciri proposal sebuah kajian oleh expert, researcher, lecturers / SVs dan BUKANNYA kajian oleh calon master / PhD sebagai student researcher yang fokusnya perlu diberikan kepada penguasaan kemahiran dan pengetahuan mendalam dalam menjalankan kajian secara sistematik.

Tarik nafas.
Oleh itu, aku juga percaya, keutamaan semasa membentang proposal adalah utk memastikan kajian calon master /PhD (then penulisan tesis) yang bakal dilakukan “significance” kepada calon sebagai “satu latihan akademik” supaya calon tersebut mendapat peluang mendalami lagi penulisan literature yang kritis, mempelajari bagaimana pemilihan teori dapat dijustifykan, memahami aspek pemilihan analisis data, mengetahui bagaimana untuk menjalankan prosidur validity dan reliability instrument serta berupaya membuat tafsiran data dan membuat perbincangan.

Oleh itu soalan semasa defend proposal patut lebih tertumpu kepada pengetahuan dan pemahaman asas calon terhadap semua aspek utama kajian seperti yang disebutkan di atas…. termasuklah pemilihan sumber citation, penentuan gap kajian, memformulasikan soalan kajian.. sehingga kepada cadangan conceptual framework supaya hasilnya nanti boleh sampai ke makam “contribution to the body of knowledge” MELEBIHI persoalan klise tentang “kenapa buat kajian yang dah byk dibuat, apakah originality dan novelty kajian, atau meminta pula supaya kajian tersebut mesti ada contribution to society / agensi / ministry… !!

Aku selalu berpendapat bahawa …. matlamat utama proposal defend adalah utk memantapkan mana2 kelemahan pemahaman pembentang….. dgn memberi cadangan membina….. barulah defend proposal menjadi event yang productive…. bukan mimpi ngeri.... apabila wujudnya soalan2 yang “out of scope” seorang calon / student researcher yang novice seolah2 calon tersebut adalah seorang expert yang mendapat grant juta2 yang membuat research dalam satu team yang juga expert.
Benda simple macam ni pun ramai yang tak boleh faham !

Bayangkan…. khususnya dalam social science, kajian oleh sekumpulan expert dgn budget ratusan ribupun pun tak dapat mencetuskan “contribution to society” secara yang signifikan… sekadar menghasilkan penulisan artikel sahaja !

Maka calon master/Phd bertaraf student researcher…. selepas membentang proposal… dan mendapat komentar bagi memantapkan proposalnya akan melalui “latihan akademik” membuat kajian. Aku namakan “latihan akademik” kerana kajian dan tesis tersebut akan dinilai (macam peksa jugaklah) malah akan diminta buat correction (major/ minor/ resubmission)….. sebelum diluluskan oleh senat dan mendapat sijil semasa konvo bersama2 undergrad yang lain. What’s the different?

Oleh itu thesis master / PhD yang significance adalah thesis yang mencapai satu taraf yang boleh memberikan “latihan akademik” kepada calon dalam bentuk pembinaan asas yang kukuh bagi menjalankan kajian supaya berupaya menjadi bakal penyelidik dalam bidang masing2 selepas bergraduat. Maka bagi aku….. inilah significancenya kajian yang dilakukan…. Dan significance ini lah yang patut diberikan perhatian semasa menyediakan proposal dan dimantapkan semasa pembentangan…. ditambah dgn feedback yang constructive !!

OT

Tajuk 684: Tahu kenapa semua calon master / PhD patut jadi pemain bola ?

Ini lanjutan post aku sebelum ini. Ada yang berpendapatan supervisee patut di push supaya membuat kajian terbaek …. maybe mengharapkan kajian tersebut menyumbang terus kepada kesejahteraan masyarakat dan negara… dan mungkin sampai tercalon dgn Nobel Prize !!

Aku sangat setuju…. sebab setahu aku belum ada lagi calon master / PhD di atas muka bumi ini dapat nobel prize lagi kerana kajian mereka semasa buat master / PhD…. Yang dapat kerana membuat kajian selepas beberapa tahun bergraduate banyaklah…. tak tahulah kalau Einstein dapat masa buat PhD....

Maka izinkan aku beranalogi dahulu….

Semua akan setuju jika kajian calon PhD / doctorate adalah lebih tinggi tahapnya dari Master. Aku ingin analogikan calon2 PhD adalah pemain bola sepak KOREA yang bertaraf ASIA (PhD) dan calon Master adalah pemain bola sepak Malaysia bertaraf ASEAN (Master).

Apa yang anda harapkan dari pemain Malaysia? Tentulah harapan anda Malaysia boleh mengalahkan lawan di ASEAN utk menjadi juara setiap kali sukan SEA dan menduduki ranking 1 diperingkat ASEAN. Pushlah sekuat2nya supaya pasukan Malaysia mencapai tahap ini. Jika berjaya…. samalah spt calon Master berjaya jalankan kajian peringkat Master juga.

Jika ada seorang pemain Malaysia yang entah macamana tersangatlah hebat skillnya… sehingga berhijrah utk bermain dengan Brazil…. (so far tak adalah lagi....) Ini tidak bermakna pasukan Malaysia keseluruhannya setaraf dgn Brazil. Samalah juga, jika ada satu kajian yang “bernasib baik” mendapat peluang dan ruang serta bergembeling dgn satu kajian bombastic…. sehingga berjaya memberi impak yang fantastic…. wpun baru peringkat master, tidak bermakna kajian master semuanya mesti begitu…. di momok2kan begitu…. dan diperli2 supaya jadi begitu….

Berusahalah utk mencapai tahap yang ditetapkan diperingkat Master.... inipun satu yang bukan mudah yang perlu dilalui dgn usaha yang gigih. Maknanya nak jadi juara ASEAN pun bukan mudah bro...dgn Spore pun tercungap2 nak menang....
.
Jadi kalau nak push pun pasukan Malaysia…. pushlah dulu utk jadi juara ASEAN…. dan bila dah sampai jadi juara ASEAN (dah dapat master)…. barulah push utk jadi juara ASIA (dapat PhD) dan selepas itu barulah push utk masuk piala dunia dulu…. sampai first round pun tak apa...... asal dapat lawan Holland yang penduduknya lebih kecil dari Msia !

Jadi lihatlah calon Master / PhD dgn peringkat kajian masing2…. Be practical dan realistic kerana kedua2 tahap perlu dilalui secara sistematik juga…

OT - faham tak analogi aku ni?

Tajuk 683: 8 cara jadikan menulis sebagai habit !

8 cara jadikan menulis sebagai habit !

Aku bukan penulis. Tetapi tiba2 dah macam jadi habit ler pulak. Sementelahan anda semua sedang menulis proposal atau thesis atau apa sahaja…. Meh aku kongsikan sikit kenapa tangan aku ni gatal jer nak menulis... tips dari penulis tersohor mungkin lain sebab aku ni penulis picisan jer...

Pertama:
Jadilah seorang activationist yang akan "bertindak" menulis apa sahaja bila ada idea. Bila terfikir sesuatu, terus jot down wpun pada note dalam hp… atau rakam idea anda jika berada di dlm kereta dll. .. supaya x lupa... terutama yang dah tua macam aku ni !

Kedua:
Ketahuilah bahawa idea tanpa penulisan sama spt tiada apa-apa idea. Idea pun ada jangka hayat... selepas beberapa lama idea anda mungkin hilang diganti idea lain plak yang juga akan hilang...

Sebaik sahaja menjejakkan kaki di Copenhagen

Ketiga:
Jgn tunggu idea menjadi perfect. Idea akan perfect bila anda mula menulis. Bila anda mula menulis anda mula berfikir. Bila anda mula berfikir anda akan "dipaksa" berfikir utk kembangkan idea utk meneruskan penulisan anda.

Jadi anda sebenarnya bukan stucked kerana tidak ada idea tapi anda gagal dikembangkan idea anda. Idea anda sampai bilapun tak akan berkembang kalau anda tidak menulis. Stucked menulis lebih baik dari tak menulis apa2.

Tapi stucked lepas tu tak nak menulis... ini pun tragis...jadi bro.... menulis tidak sesuai bagi seorang perfectionist !

Keempat:
Jgn menulis terlalu nak ikut sekuen dulu. Tulis dulu apa2 idea hatta terlompat2…. then barulah kemudian aturkan sekuennya.... macam puzzle. Kalau tak mula satu dulu sampai bilapun anda tak mula... malah ko boleh mula dari tengah atau belakang.... kalau itu idea yang ko dapat dulu....

Kelima:
Jgn takut utk menulis dan terima kritikan. Kalau takut…. hilanglah confident… abislah ceriter !
Kritikan ada dua - satu kritikan membina, kedua kritikan tak guna !

Keenam:
Menulis adalah tindakan mekanik bukan magik. Jadi bila ada idea…. bangun.... buka computer dan menulis… bukan tunggu magik !!

Ketujuh:
Banyak membaca bro.... dlm topik yang anda minat dan tak minat juga....membaca sambil membuat analisis... kalau tak membaca....berangan tunggu idea.... jadi pisang beranganlah idea anda tu !!

Kelapan:
Pastikan tulisan ada boleh menyumbang kepada kebaikkan.... atau sekurang2nya membuat pembaca berfikir.... kalau tidak lebih baik abiskan masa dgn berzikir....

OT - Copenhagen

Tajuk 682: Adakah draft thesis mesti SEMPURNA dan LAIN dari yang lain ?

Aku nak menulis skit pasal 2 saranan yg aku baca supaya….

Pertama: Jgn hantar draft selagi tak sempurna

Research bukan bermatlamatkan kesempurnaan. Research hanya satu usaha utk mendapatkan jawapan yang boleh menjelaskan part and partial sesuatu fenomena atau penyelesaian masalah mengikut prosidur pengumpulan dan analisis data yang bersesuaian. Ini menjelaskan mengapa research dilakukan berulang kali dalam topic yang sama tetapi dgn beberapa modifikasi.
Presentation di Aaolborg University, Denmark, Okt 2014


Tiada research yang sempurna, begitu juga penulisan thesis…. lebih2 lagi diperingkat PG. Tak percaya bagilah mana2 tesis minor / major correction yang telah di”sempurna”kan kepada penilai yang lain…. anda akan dapati wujud lagi kekurangan di sana sini… malah berbalah sesama panel akan sesuatu aspek dalam thesis adalah suatu lumrah malah acap terjadi dan sesuatu yang normal – jadi milik siapakah kesempurnaan itu?

Kesempurnaan tak wujud bukan sahaja pada draf . Questionnaire pun tidak sempurna. Setiap satu item dlm questionnaire mempunyai error…. Begitu juga dgn analisis data yang semuanya berasaskan estimation, bukan perfection. Pemilihan sample yang walaupun random tetapi masih mengikut probability… apatah lagi yang bukan random dgn kewujudan extraneous yang tidak boleh dikawal?
Tugas PG adalah utk menyediakan draft yang lengkap….dari segi structure.... format… kandungan - selebihnya adalah tugas SV utk menyemak dan verify standard draft tersebut berdasarkan “pengalaman” dan “expectation” SV. Thesis sebagai manuskrip hanyalah “partial requirement” bagi mendapatkan master / doctorate kerana pengetahuan dan pengalaman menjalankan kajian tidak dapat dicatatkan dalam thesis.

Jadi hantarlah draft thesis yang lengkap dari segi structure, format dan kandungan bagi menepati kriteria sebuah thesis yang baik bukan yang “sempurna”. Pastikan draft tersebut bukan dibuat secara CINCAI dan dangkal…… ditambah dgn kesalahan ejaan dan format citation yg tak sepatutnya berlaku.

Kedua: Jgn replicate kajian yang sudah dilakukan !

Research lebih2 lagi pada peringkat PG adalah replicated. Theory…. analisis data…. semuanya replicated…melainkan dilakukan sedikit modification disana sini bersesuaian dgn objektif kajian. PG masih dalam fasa belajar…. fasa mamahami…. fasa latihan akademik tahap tertinggi…. malah sebahagian besarnya bermula dari “zero”.... maka kajian mahu tidak mahu adalah satu replikasi sebahagian aspek dari kajian lepas…. bagi membolehkan proses pembelajaran berlaku secara intensif…. dalam bidang kajian masing-masing…. dgn modifikasi yang dilakukan boleh diterima sebagai contribution to knowledge…

Ketahuilah bahwa PG diberikan seorang SV kerana mereka masih novice ! Seorang novice yang dilatih utk jadi expert dalam dunia research sgt memerlukan highly personalized experienced melalui latihan menjalankan research. Namun…. research bukan terhenti selepas mendapat PhD…pintu membuat research tidak pernah tertutup selepas graduated….maka sebab itulah tujuan PG membuat research adalah lebih kepada membina skills melalui proper research and realistic expectation …

OT - Copenhagen

Tajuk 681: 10 sebab utk diketahui oleh setiap POSTGRADUATE - APA MASALAHNYA DGN KAJIAN REPLIKASI ?



Ini sambungan post sebelum ini. Bersedialah utk membaca satu tulisan yang panjang…. Kerana malam aku di Copenhagen ni pun panjang jugak. Baca dgn hati terbuka… jgn baca sekerat jalan.
Ini adalah satu kenyataan… sekurang2nya kepada dunia PG social science.

Pertama:
Dunia research dunia baru bagi aku, anda dan SV apabila mula mendaftarkan diri. Dunia yang hampir semua PG bermula dgn ZERO tentang research.

Kedua:
Aku percaya…. Hampir 100% PG yang ketika mendaftar belumpun confirmed area of investigation yang ingin dikaji, malah sebahagiannya “menggelupur” mencari GAP kerana memenuhi saranan turun temurun “jgn buat kajian yang replikasi” atau “buatlah kajian yang belum ada orang lain buat” !

Ketiga:
Aku juga percaya…. majority PG kadang2 bukan sahaja tak tahu amende tu MANOVA, ANOVA factorial, EFA dan CFA, AMOS, Rasch, inductive + deductive + induced coding, thematic coding + inter-rater …. kadang2 chi-square, t-test, normality dan correlation pun macam alien ….

Keempat:
Dan aku percaya bukan sahaja 3 aspek di atas adalah ZERO bagi sebahagian besar PG…. skill lain spt sampling technique, instrumentation, validation techniques, data collection, analytical dan critical review, citation, interpretation dll pun lebih kurang sama !

Kelima:
Kajian-kajian lepas adalah satu urutan “replikasi” – sekurang-kurangnya pada theory dan analisis data. Sebab itulah thesis wajib ada Chapter 2 – Literature Review dan Chapter 3 – Methodology yang direview dari kajian lepas !!

Jadi PG perlu belajar dan menguasai dgn mengetahui, memahami, mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan membuat penilaian kajian yang ingin dijalankan berdasarkan kajian lepas… supaya ada ruang advancement, modification, added value, refinement dari kajian lepas sebagai sedikit contribution to knowledge.

Keenam:
PG yang bermula dgn ZERO perlu segera menguasai semua kemahiran dan pengetahuan di atas SEBELUM berupaya menjalankan kajian secara INDEPENDENT…..

Ketujuh:
Oleh PG berada dlm “dunia akademik” … maka hasil kerja mereka disemak, dinilai dan diperbaiki … sebelum layak dianugerahkan apa2 ijazah yang dipohon. Apa sahaja hasil kerja akademik sejak dari Tahun 1….. adalah utk memastikan pelajar mencapai satu standard yang ditetapkan. Jika sebelum ini, mereka belajar ikut silibus… dalam dunia PG, mereka belajar secara self-education..

Kelapan:
Maka aku percaya hasil utama dalam dunia PG adalah utk memastikan mereka “menguasai” kemahiran yang sangat banyak tersebut… lalu bersedia utk menjadi researcher yg competent in the future.

Kesembilan:
Jika kajian adalah segala2nya dalam dunia PG…. jika semakin “hebat kajian” semakin hebatlah PG tersebut…. sorry to say bro “maka kurang hebatlah” mereka yang mengambil mode course work dgn mini project malah di manakah kedudukan PG yang ambil full coursework dgn comprehensive exam (cam budak2 undergrads) kerana tiada unsur kajian yang boleh menyerlahkan kehebatan mereka ! Jgn sentap dulu….itu bukan maksud aku…. Tetapi fahami yang tersirat yang cuba aku sampaikan…..…. I love U !

Kesepuluh:
Bezakan antara kajian PG dgn kajian expert. Bezakan kajian oleh supervisee dgn kajian SV. Kalaupun supervisee buat kajian SVnya sendiri dgn grant, diapun tetap bermula dari ZERO ! Kajian SV yang mendapat grant lumayan hanya perlu sentuh skit sahaja theory, present dapatan dalam artikel beberapa helai pages sahaja….. boleh plak present paper ke obersi….. maka di perlukan satu “contribution yang significant” kerana dilakukan oleh sekumpulan expert dgn biaya grant yang khusus – bukan biasiswa atau PTPTN !

Air yang aku masak dalam kettle dah mendidih. Sat aku tutup. Aku nak buat kesimpulan.

Pertama:
Tiada kajian yang dibuat walaupun secara duplikasi atau replikasi dgn berhati2.... dapat dilakukan dgn mudah tanpa penguasaan kemahiran dan pengetahuan dalam menjalankan research tersebut. Ini bukan replikasi buat cup cake yg boleh bukak youtube !

Kedua:
Lebih baik belajar membuat research secara independent, sistematik dan mendalam satu kajian yang didakwa “replikasi’ sambil mengetahui dan mengusai sebahagian besar aspek dan teknik research yang baik….. dari membuang masa, tenaga mencari itu dan ini tanpa hala… lalu menghasilkan kajian yanag kononnya “baru” tapi dilakukan dgn penguasaan yang dangkal, termasuk membuang 2,3 semester hanya mencari tajuk kajian yang gah tetapi akhirnya kajian dijalankan dalam keadaaan hampir rebah.

Ketiga:
Sejauhmanakah kajian yang dilakukan tersebut dapat membentuk PG menjadi researcher yang competent dan expert in the making LEBIH AULIA dari bergelut dgn konfrontasi dan conflict mencari “novelty” yang bersifat subjective utk dijadikan reality.

Keempat:
Kajian yang dikatakan “replikasi” tetap menghasilkan contribution dan biarlah publication yang terhasil dari kajian tersebut sebagai bukti bukan dijatuhkan hukuman awal2 lagi…. kajian ini tiada novelty…..!

Kelima:
Tidak ada 2 , 3 atau 4 kajian yang sama walaupun menyentuh teori dan methodology yang sama. PG pun tahu apa itu plagiarism… maka kajian “replikasi” bukan sesuatu yang asing malah itulah tradisi yang diwarisi lalu dikembangkan lagi selepas mendapat PhD.

Keenam:
Satu jer pintaku…. tunjukkan kepada aku SATU…. Aku ulang SATU sahaja thesis yang didakwa bukan replikasi tapi penuh dgn nilai novelty … dan tunjukkan pada aku bersama2 dgn contributionnya sekali !

Aku kepingin sangat nak melihat dan membacanya… khususnya dalam bidang social science. Satu sahaja dah mencukupi… dari ribuan thesis yang terhasil saban tahun…

Aku nak minum dulu.

Aku bukan tidak faham…. Bukan tidak mahu atau menidakkan keperluan satu kajian yang baik dan berkualiti. AKu bukan manusia cincai…. Manusia asal buat. Wpun dgn sikap aku yang “sempoi” ….. thesis aku memenangi GOLD AWARD dan dinilai oleh sifu tersohor dalam bidang aku. Thesis dan kajian tersebut telah memberi contribution kepada penguasaan dan pemahaman aku tentang dunia research sehingga aku boleh membuat kajian2 lain selepas bergraduat dgn memberi sumbangan dalam bentuk artikel2 dan disahkan sumbangan tersebut dgn anugerah 4 copyright…. 4 Gold Medals….. wpun aku tahu ada ramai lagi yang lebih berjaya dgn bermacam2 contribution terutamanya dalam bidang hard sciences.

Alhamdulillah… aku dah masuk fasa mengkomersialkan hasil kajian aku dalam bentuk product app keseluruh dunia…. malah dah masuk paper dan TV pun…. Aku tak perlukan apa2 lagi selain melihat PG mempunyai mind set yang betul tentang dunia mereka dan terus menyumbang demi kesejahteraan umah dan manusia sejagat !!

OT - Copenhagen

Tajuk 680: 10 kejutan bila aku ke Copenhagen University... !!

Baca jgn tak baca - Hari penuh kejutan...ketahuilah wujudnya thesis warna warni dan viva sambil menikmati cuppocino.. yang 100% lulus !!

Nampaknya intuition aku.... pendapat aku dan post2 aku selama ini yang menyonsang arus perdana di Msia..... bukanlah sesuatu yang pelik... macam Ripley's Believe it or Not .... tetapi menepati apa yang dilakukan di sini.... di world class university !! Jadi baca jgn tak baca bro...

Kejutan 1: 
Kluar jer dari hotel.... aku diinterview wartawan.... tak tahu plak masuk TV atau news !! Terasa macam artis ler pulak.... Aaron Aziz pun tak sapa nak interview kalau sampai di Copenhagen.....agaknyer lah... 

Kejutan 2:
Sebelum aku ke Copenhagen University (KU) utk bengkel dgn postgraduate..... aku dibawa oleh Sdr Saiyidi kesebuah masjid di Copenhagen utk solat. Aku bertemu sekumpulan "Mat Salleh" yang sengaja datang utk melihat aktiviti masjid dan mendengar azan. Mereka sangat open. Dimaklumkan saban waktu ada sahaja Mat Salleh yang datang utk mengetahui aktiviti umat Islam di masjid tersebut. Tiada syaratpun perlu menutup kepala.... dll bagi yang non-muslim utk masuk ke dalam ruang solat.. asalkan buka kasut. Kebersihan masjid.... tip top !!

Kejutan 3:
Sampai di Copenhagen University (KU).. aku disambut 10 postgraduates. Diakhir bengkel ... aku ditunjukkan beberapa buku warna warni yang 3/4 jer dari saiz A4 dalam 200 pages.
Terkejut Tumberlina aku bila dikatakan .... itulah PhD thesis !! Belum abis aku kebah dari terkejut... aku menerima kejutan little mermaid pulak.... VIVA hanyalah satu formality memperkenalkan hasil kajian dan bertukar2 fikiran bukan penilaian dgn minor, major apatah lagi resubmission... yang dibuat secara OPEN sambil menikmati latte atau cappuccino !! VIVA tu bermakna committee advisory dah luluskan postgraduate tersebut !

Thesis pulak berupa atikel2 yang telah dipublished dan dibinding dalam bentuk buku yang bebas format ... ikutlah mana satu format standard yang difikirkan sesuai dan masuklah apa sahaja gambar yang cantik persis sebuah buku !! Colorful bro !

Kejutan 4:
Apabila balik hotel aku terkejut Viking bila aku semak internet dan dapati Copenhagen University berada pada kedudukan 45 QS world ranking.....bukan 450 bro !! Aku spt tak caya university yang penuh dgn kepakaran tersebut menjadikan proses menyiapkan thesis begitu santai kerana priority diletakkan kepada "proses" menjalankan research dgn supervision yang ketat... bukan isu titik bengik yang ntah apa2..... Sdri Intan kata dia ada 5 SVs kerana bidang kajiannya memerlukan beberapa kepakaran berbeza !!

Kejutan 5: 
Dalam kereta, kenalan pelajar Msia yang bawa aku berkata dia cuti gaji penuh 3 bulan sebab isteri bersalin....tapi kali ini aku terkejut manja bila dmaklumkan isterinya diberikan cuti 9 bulan bergaji penuh utk menjaga baby !! Wow... tingginya mereka menilai sebuah kelahiran !!

Kejutan 6:
Tak cukup dgn itu...tiba-tiba Intan yang menganjurkan bengkel aku berkata.... setiap PG daftar jer dapat sorang satu laptop... dgn meja yang boleh adjust.... kalau penat duduk.... meja boleh ditinggikan supaya kerja dgn posisi berdiri pulak.... then adjust utk posisi duduk supaya menjaga tulang belakang.... mak aiii... sampai kesitu sekali !!

Kejutan 7:
Semalam aku demo Mendeley kepada PG di Copenhagen University (KU). Kelajuan internet yang aku gunakan di makmal KU tersebut mengingatkan aku betapa slownya internet di IPTA tanah air ku tercinta. Tanpa perlu menunggu loading…. semua yang dicari oleh Mendeley dipaparkan berdesap desup.
Apa nak buat…. internet slow ni satu trademark di IPTA… pergilah manapun… takkan ada yang laju. Akupun tak tahu kenapa….



Aku bersama PG di KU, Denmark !


Kejutan 8:
Aku terkejut lagi…. sebab tiada tanda open access pada Mendeley dari search yang aku buat. Lebih terkejut lagi bila aku klik artikel yang bukan open access….. semuanya boleh didownload…. Maknanya hampir semua artikel yang dipaparkan oleh Mendeley menjadi “open access” di makmal tersebut ! Fuhhh…. Ini macam 2, 3 hari dah boleh kumpulkan semua artikel yang releven.

Kejutan 9:
Aku dimaklumkan oleh salah seorang peserta bengkel yang belajar di KU… sekiranya masih ada artikel yang tidak dapat didownload… pelajar hanya perlu inform librarian dan kemudian pilih option samada ingin dihantar ke email ataupun hardcopy ke alamat rumah ! Sampai macam tu skali?
Librarian akan dapatkan artikel tersebut utk pelajar. Bukan itu saja…. bukupun jika diperlukan tapi tak ada dilibrary pula akan diperolehi oleh library dan akan dihantar ke alamat rumah utk pinjaman dan kemudian baru dipulangkan di library semula.
Adakah ini satu mimpi?

Kejutan 10:
Thesis pelajar yang akan viva diedarkan atau boleh diperolehi di pejabat. Kemudian thesis penuh juga boleh diperolehi dari website university. Aku terkejut sebab di tanah air aku…. yang tercinta…. thesis diberi penghormatan istimewa utk berada di red spot dan memperolehi imunisasi utk tidak dibawa keluar. Kehebatan thesis yang dikatakan padat dgn contribution kepada society dan memberi impak tersebut disimpan dgn rapi dalam library…. Maybe menunggu pihak policy makers atau wakil kementerian utk datang dan merujuk ….. namun tidak pernah muncul2 !!

Aku ingat aku jer yang giler bila cadangkan supaya thesis pelajar diedarkan dan boleh dipinjam spt bukn teks yaag lain dilibrary.... rupanya University Copenhegen lagi giler dari aku !
Cukuplah 10 kejutan tersebut….. wpun aku sedar ramai yang tidak bersetuju akan perbandingan yang aku buat…. spt semuanya baik di Barat dan semunya buruk di tanah air sendiri. Ntah2 akan ada yang akan sebut – cam tu baik kuar jer dari Msia !!

Sabar bro…. sebab IPTA kita sedang berusaha utk menjadi university bertaraf dunia…. maka perlulah didedahkan sedikit sebanyak apa yang berlaku di university lain yang bertaraf dunia... taklah PG kita hanya mengiyakan apa sahaja spt itulah yang berlaku di tempat lain.

Akhir komentarku…. IPTA di Msia aku lihat sgt ketat dalam “menilai” thesis PG tetapi keketatan tersebut tidak pula ketara sepanjang “proses” kajian dan thesis tersebut berlansung sehingga sebahagian PG terbiar meraba2 mencari hala sendiri ….. memikul ungkapan “your thesis is your responsibility”... so semuanya buatlah sendiri....

Perbualan dgn PG disini menunjukkan betapa SV bersama2 mereka dalam “proses” menjalankan kajian…. dan penilaian berlaku sepanjang proses menjalankan kajian tersebut, bukan hanya berlaku apabila dah sampai dihujung jalan …. ketika VIVA !!

Aku tidak menafikan kelebihan belajar di IPTA sendiri… tetapi byk yang perlu diperbetulkan lagi utk kebaikkan semua… yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan…..

OT - Copenhagen

Tajuk 679: 10 peringatan sebelum hantar manuskrip tesis

Berikut adalah 10 peringatan yang perlu anda ketahui sebelum menghantar manuskrip thesis anda kepada SV…. yang aku tulis sementara menghabiskan malam yang panjang.

Pertama:
Tolong jgn sampai ada kesalahan ejaan, salah spacing, tak justified ….semua ini adalah indicator anda menulispun tak qualified. Anda hanya menjatuhkan “maruah” anda sendiri di mata readers. Maaflah aku nak katakan bahawa kesalahan kecil spt ejaan adalah “nothing dan normal” dalam FB tapi menjadi “dosa besar” dalam penulisan thesis !

Kedua:
Bila diselak bahagian References….. tak jumpa senarai high impact journal dalam bidang yang dikaji…. memang anda belum bersedia lagi.... memang nak kena taji !

Ketiga:
Jangan ada statement yang kaw-kaw tapi tak ada citation ler pulak atau citation dari artikel student undergrad, suratkhabar picisan ataupun buku teks.... online atau dari artikel yang jurnalnya tak sapa pernah dengar !

Keempat:
Bila dibaca.... tiada satupun nama-nama tersohor dan leading authors dalam senarai citation dan references anda…. yang banyak nama2 lain yang anda jumpa online…. yang ntah sapa2.... samalah anda mengutarakan teori multimedia dalam pembelajaran tanpa mengupas kajian Sweller, Mayer, Moreno, Clark, Kozma, Chi dll… dan selitkan juga tulisan oleh Othman dan Rozhan dalam konteks Malaysia !!

Kelima:
Elakkan pernyataan yang definite atau generalisasi yang tak bertempat spt “TIADA kajian lagi dibuat…. Pada HAKIKATNYA…. SEMUA dapatan kajian lepas menunjukkan…. “ giler ker?

Keenam:
Ayat anda banyak yang bermula yang bermula dgn “According to….” diikuti dgn ayat lain “… while X mentioned….” ditutupi dgn satu ayat lagi…. “ theferore Y argued….” yang semuanya hanya SATU ayat setiap SATU author sahaja tanpa sebarang kupasan lanjut.

Ketujuh:
Awal-awal lagi menulis dgn satu kecenderungan dan bias… theory ini adalah yang terbaik….. kajian ini akan mengupas persoalan…. modul . model ini berkesan....dapatan kajian akan merungkai masalah…. Please stay neutral lah bro….

Kelapan:
Menganggap approach kajian anda adalah yang terkini…. Kajian anda yang terkehadapan…. Conceptual framework anda yang the latest…. Sedang bila dibaca manuskrip..... anda hanya mengupas beberapa kajian lepas yang outdated !

Kesembilan:
Manuskrip thesis adalah lambang diri anda sendiri sebagai calon PG yang berada dalam dunia scholar peringkat tertinggi, maka kehebatan anda hanya boleh dibaca dan diserlahkan dari cara anda menulis dan menyiapkan manuskrip tersebut…. selain itu…tak sapa yang tahu tak sapa pun yang kisah....

Kesepuluh:
Anda dianggap tidak layak berada dalam dunia scholar , dunia akademik peringkat tertinggi, kalau dalam manuskrip anda ada tanda2 yang jelas anda malas… tak menguasai secara mendalam apa yang anda kaji…. membaca secara surface, tidak meluas dan menyeluruh sehingga kedangkalan pemahaman terserlah dalam manuskrip yang anda sediakan….

OT 

Tajuk 678: Panasss..... VIVA oh VIVA ….. apa lagi ni?


Aku pun mencari2 sebab diadakan VIVA….. lalu terjumpalah akan aku kenapa VIVA diperlukan dari beberapa website iaitu:

Sebab 1. confirm that the thesis is your own work;

Sebab 2. confirm that you understand what you have written;

Sebab 3. investigate your awareness of where your original work sits in relation to the wider research field;

Sebab 4. provide a developmental opportunity for considering future publication and research options.

Sebab 5. to ascertain that the candidate has developed research skills at this level, and that he or she understands the relationship of the thesis to the wider field of knowledge;

Sebab 6. in cases where the thesis and/or the candidate clearly does not meet the criteria for the award, to try to determine the possible reasons.

Lalu otak Pentium V aku ni pun berkata2….

Sebab 1. Sepatutnya di confirmkan oleh SV…. bukan orang lain.

Soalan 2. Bukankan ini juga tugas SV bagi mempersoalkan apa yang tertulis dan diperbetulkan masa pertemuan demi pertemuan yang diadakan

Soalan 3. Persoalan ini dah awal2 lagi masa defend proposal patutnya settle

Sebab 4. Tak jadi soal sebab dah published pun paper… ada data.. adalah research skills….

Sebab 5. Ini tak payahlah sampai nak adakan VIVA…. bila dah pandai tulis dan published artikel tu internationally dah widerlah tu….

Sebab 6. Ini dikesan semasa defend proposal….dimonitor sepanjang menjalankan research oleh supervisory committee…. out of questions

Akhirnya kalau nak uji kemahiran presentation..... hantar ker pelajar tu present paper mana2.... abis citer !

Maaf bro..... aku berpendapat….. kenapa nak tunggu VIVA….. sampai meraban pihak jabatan nak cari pakar yang memakan masa berbulan2 …. nak bayar lagi....sehingga ada yang sampai lebih 6 bulan… what a waste of time… . lebih baik masa tu digunakan utk publish paper atau lakukan internal correction (jika ada) diantara pelajar dan supervisory committees...

Tapi bro…. kenalah semakan pakar dulu ?

Kenapa? Ini hanyalah latihan akademik buat research yang cukuplah supervisory committee yang lakukan…. cer ko fikir situasi ni….

Pertama:
Satu student yang main SV adalah seorang Professor atau Professor Madya dalam bidang kajian tersebut….. tiba2 dok cari pulak pakar lain yang ada kemungkinan tak sehebat main SV tersebut utk adakah VIVA.. atau mempunyai approach / persepsi / school of thought yang berbeza... tak ke naya !

Dalam masa yang sama, main SV tu pulak dipanggil utk VIVA kan student lain …. tak ke ini satu kepelikan?

Kedua:
Kalaupun nak VIVA…. SV dan committee mesti dipanggil sama utk menjelaskan apa2 aspek yang pelajar maybe gagal menjawab dgn baik… mungkin TINDAKAN tersebut hasil cadangan dan komen SV yang dilakukan oleh pelajar…. kenapa plak pelajar dipersoalkan ? Silap haribulan pelajar tu dah buat betul dah.... tiba2 pandai2lah pulak SV yang mintak ubah ! Tak ke haru !

Tapi bro..... kalau pakar dari obersi yang semak dan jadi panel Viva barulah high standard.

Betul ker macam tu? Abis World Class University yang tak ada ViVa ataupun yang hanya adakan ViVa sebagai formality tu tak standard lah? Cer ko jawab?

Kesimpulan sempoi..... supervisory committee kena kerja kuat lah.... dan diberikan job spec yang lebih detail..... bukan sekadar "this is your PhD" so "buatlah sendiri !!

Maaflah kalau cara aku fikir menyonsang .....

OT


Monday, November 10, 2014

Tajuk 677: 5 sebab kenapa VIVA disadvantages dan menakutkan postgraduate !!

Aku lebih cenderung mengatakan bahawa membuat research dan thesis adalah satu proses experiential learning yang emphasis diletakkan kepada “proses” menjalankan kajian secara menyeluruh dan bukan menilainya sebagai satu “output” menerusi VIVA… sebagaimana mana yang dihadapi oleh PG di Msia.

Semasa viva… pelajar mempunyai pelbagai disadvantages sehingga menakutkan !

Pertama:
PG berhadapan dgn at least dua panel yang selalunya professor dalam bidang yang sama…. tetapi tidak semestinya mempunyai focus kajian yang juga sama. Ini membuka ruang persepsi yang berbeza tentang fokus dan aspek lain dalam kajian.

Kedua:
Panel tidak semestinya mempunyai school of thought yang sama sehingga mencabar apa yang pelajar lakukan dari school of thought yang berbeza... dan ini meletakkan pelajar dalam dilema dan serba salah utk "MENCABAR" school of thought panel !!

Ketiga:
Panel yang terlalulah experience nya mungkin tanpa sedar telah meletakkan standard yang jauh dari tahap master /PhD dalam menilai thesis pelajar.

Keempat:
Ini belum lagi PG diletakkan dalam satu bilik tertutup…. dalam suasana utk "mempertahankan" dirinya dari mendapat hukuman “resubmission” ….. dgn SV yang dibisukan sementara …. persis satu interrogation yang dilakukan oleh special branch !!

Kelima:
Apa maknanya jika berlaku major correction / resubmission? Ini bermakna proses yang dilalui 3,4 even 5, 6 tahun adalah proses yang salah….. dan pelajar sorang sahaja yang akan mennaggung kesalahan tersebut…. sedang kemungkinan besar sepanjang masa yang panjang tersebut pelajar mungkin tidak dibimbing sewajarnya

Phheww…
Copenhagen

Jika semua system bermula dari supervision, support system yang baik dan continuous assessment dari supervisory committee ….sehingga terhasilnya publication… maka viva jika perlu….. hanya satu sessi terbuka yang digunakan utk memperkenalkan research dan dapatan kepada komuniti scholar yang lain…. bukan utk penilaian lulus gagalnya sesuatu kajian.

Cukuplah dulu… waktu rehat dah abis..... sebab aku kena sambung parallel section conference aku… sementara itu saksikan keindahan Aalborg University, Copenhagen…. Terasa berada di World Class University !!

OT - Copenhagen

Tajuk 676: PG, VIVA dan Supervisory Committee... isu dgn kuku !

Post ini utk pembacaku yang majoritinya bakal menjadi SV. Sedikit bahan utk berfikir... sambungan post sebelum ini. Jgn takut. Aku orang kecil. Aku bukan policy maker. Aku tak boleh ubah apa2..

Aku hanya berfikir dan ingin berkongsi apa yang aku fikir. Jadi kalau tak setuju…. tidak akan menjejaskan apa2… Sama spt GOT....dan Thesis SOT (submitted On Time) dulupun aku diangap pelik bila sebut GOT dan SOT... nanti thesis tak berkualiti... tak ada perseverance... tapi bila KPM sebut GOT... semua dok pakat2 setuju...

Aku percaya bahawa apa sahaja system ciptaan manusia ada kelemahan dan tiada system yang perfect… di Barat mahupun di Timur. Tetapi manusia sentiasa berfikir utk mamperbaikinya… supaya tidak JUMUD… apatah lagi dalam komuniti intelektual.

Ada uni buat VIVA ada yang tidak…. dgn alasan masing2…. no big deal. Aku menulis bahawa … yang tiada ViVa atau yang ada Viva…. bukan persoalan utama…. Tetapi fokus perlu diberikan kepada memantapkan “proses” menjalankan kajian oleh PG sebagai formative evaluation…. dan viva jika adapun.... tak sepatutnya dianggap macam “interrogation” sehingga terkeluar perkataan nak “screw up” pelajar (minta izin menggunakan perkataan dari salah satu respon yang diterima) mcm lah kejayaan ViVA adalah indicator kejayaan selepas bergraduate sedang...

1. LANGKAH PERTAMA nak buat PhD adalah dapatkan SV dalam bidang kajian

2. LANGKAH KEDUA adalah supervisory committee….yang dipersetujui oleh SV. Utk apa ini semua ? Tentu utk memastikan anda mendapat bimbingan dari EXPERT dalam bidang anda.

3. Anda tak akan dapat sambung belajar kalau tak dapat SV yang sesuai dari university yang dipersetujui rankingnya. Ini membuktikan peri pentingnya SV tersebut kepada perjalananan PhD anda.

4. Bila tulis article kan ada nama SV dan co sebab mereka juga involved dalam memastikan proses kajian berjalan in a proper way. Ini bermakna SV dan committee adalah PART and PARTIAL kepada proses kajian pelajar….

5. Selagi SV DAN COMMITTEE MEMBERS tak turunkan SIGNATURE atas manuskrip thesis PhD anda sebagai tanda dah bersetuju bahawa manuskrip tersebut LAYAK dan MENCAPAI TAHAP utk submission…. anda tidak layak pun utk memohon utk VIVA...

6. Juga ... lulusnya pelajar doctorate / Master adalah salah satu KPI dan criteria wajib kenaikkan pangkat SV dan co... kerana kedua2nya saling berkaitan... isi dgn kuku. Ini termasuk juga penambahan jumlah paper yang sbg co-author bersama pelajar.




Jadi jgn sahaja fokuskan kepada VIVA sahaja... (mentang2 lah pelajar yang akan hadapinya sendirian selepas bertahun2 jalankan kajian dan berbulan2 menunggu) sedang itu hanya berlansung 1 - 3 jam sahaja... sedang proses yang lebih awal, lebih panjang, lebih crucial, lebih ISI DGN KUKU sebelum ViVa perlu lebih dianggap serius....


OT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...