Dalam tajuk yang lepas aku ada tulis pasal perubahan polisi
pendidikan dalam Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang tidak pun "merujuk" mana2 tesis PhD…. dgn sebab yang ko boleh baca dalam entry tersebut…
KPM sebenarya telah melantik panel antarabangsa bagi
membantu panel tempatan menyiapkan PPPM. Bayaran RM20 juta telah dikeluarkan kepada
McKinsey and Co sebagai panel antarabangsa untuk menyiapkan PPPM. Emmm....aku pasti Kinsey and Co tak merujukpun mana2 tesis PhD yang ada di mana2 IPTA (apatah lagi tesis master) utk siapkan PPPM.... ko setuju tak?
Setuju....!!
www.mckinsey.com |
Tau tak per.....jadi kenapa
sibuk2 bahawa tesis PhD perlu beri impak kepada policy makers….. sedang ianya spt
tidak berlakupun….tidak pernah diberikan keutamaanpun......terutama dalam kebanyakkan bidang science social termasuklah bidang pendidikan. Bidang lain seperti hard science (agriculture, engineering, medical etc) maybe keadaannnya berbeza...
Kenapa plak dalam social science macam tu?
Sebabnya bagi aku sangat mudah..... tesis tersebut hanyalah academic exercises kepada calon PhD dan master.... sebelum mereka benar2 menjadi experts....wpun ramai SV yang mungkin tak mahu mengaku perkara ini lalu memomokkan bahawa tesis mesti bermatlamat mengubah dunia sebaik sahaja ianya disiapkan.... lalu mewujudkan tekanan yang "tidak perlu" kepada supervisee sedang tumpuan kepada meningkatkan competency menjalankan research, menguasai methodologi dan mendalami analisis data yang menyumbang kepada knowledge menjadi overshadowed !

Kenapa ko sangat berminat nak
sentuh isu ini bro?
Aku bukan berminat… cuma tak mahu jadi hipokrit.... cakap tak serupa bikin....berikan tekanan kpd supervisee utk hasilkan tesis yang kononnya mesti mengubah itu dan ini....sedang kajian SV sendiri tak sampai kemana... tak mendapat apa2 pengikhtirafan pun.... nak masuk journal dgn impak factor yang tinggipun tak lepas2 lagi... sedang tesis supervisee pula akan berakhir di rak2 library dan dalam journal2 utk rujukan ilmiah penyelidik lain....
Betul ker cam tu?
Terserah.... may ada SV yang tak setuju....setidak2nya inilah fenomena awal yang aku observed wujud dalam minda calon2 PhD / Master yang BARU mendaftar... mereka gelisah dan stressed memikirkan tajuk kajian yang pada pemahaman mereka mesti memberi impak maksima dan implikasi kepada sebarang polisi yang ada dalam bidang kajian mereka.... spt yang diminta oleh SV masing2...
Cam tu plak...
Aku juga sekadar ingin membuka minda ko utk berfikir…. sebab persekitaran membuat research dah macam satu environment dengan calon2 master dan PhD sangat tertekan dgn momokan tersebut… sehingga pencarian tajuk menjadi satu yang membebankan sebaik sahaja memulakan langkah sebagai pelajar pasca siswazah…. sedang ini bukan matlamat utama membuat kajian diperingkat ini.

Abis tu?
Ko tahu tak satu perkara?
Amende?
Caya tak.... jika aku katakan bahawa jabatan atau fakulti tempat ko belajar pun tak berapa nak hairan apapun tajuk kajian yang ko nak buat…. ada impak atau tidak....
Mana ada bro…. ko jangan main tulis jer… kalau mereka tak
kisah, kenapa sampai ada Graduate Office yang menguruskan pelajar
postgraduate…. mereka concern .....termasuk sediakan SV yang hebat2...
Memanglah mereka concern menguruskan hal2 postgraduate, malah mereka bekerja dengan penuh dedikasi....tapi percayalah akhirnya mereka akan LEBIH kisahkan benda lain.... dan kalau benda tu tak ada.... tak lalu makan bro!
Fening aku... biarlah tulis
terang2….apa dia benda lain tu.. kicap Jalen ker?
Bohonglah kalau aku katakan Jabatan atau Fakulti tak kisah lansung kajian ko…. tapi apabila ko dah mendaftar, mendapat SV dan mulakan kajian ko....mereka akan LEBIH
kisahkan "bila tesis ko nak submit ke jabatan" atau "bila tesis ko nak siap" .... tak kisahlah apa tajuk kajian ko sekalipun !
Hah... kenapa?
Kerana Jabatan dan Fakulti termasuklah SV akan gelisah jika ramai yang gagal siapkan tesis pada jangka masa yang diperuntukkan dan terpaksa pulak extention beberapa kali.....sebab ini akan memberi impak kepada prestasi SV (termasuklah aku bro... hu hu) dan KPI jabatan !
Emmm..
Malah.....pasangan (suami atau isteri ler) dan keluarga ko pun sendiri tak
kisah apapun tajuk kajian yang ko buat….. samada memberi impak ataupun tidak.....yang mereka kisah…. bila ko nak siapkan tesis
dan bergraduate….supaya mereka nak pergi konvo dan bergambar dgn jubah PhD ko….dan dimuatnaik dalam FB sebelum pic tu digantung diruang tamu... bersebelahan gambar konvo tadika anak ko....betul tak?
Emmm…. betul jugak kata ko tu...maksudnya?
Maksudnya kalau ko lambat siapkan tesis…. biar apa tajuk kajian ko sekalipun…..... sehebat mana tajuk ko pun....pasti memberi impak kepada statistic dan prestasi jabatan dan SV…. itu yang LEBIH diutamakan dari impak tesis ko kepada policy makers atau komuniti yang sebenarnya tak pernahpun dibincangkan diperingkat jabatan.... malah pasangan ko pun akan lebih utamakan bila ko
akan konvo dari mengambil kisah samada kajian ko ada impak atau tidak....
Wo… wo… makin mendalam maksud ko
tu?
Terserahlah pada tafsiran masing-masing….dalam atau
cetek….dan inilah yang muncul dalam minda aku….yang aku nak kongsikan dgn ko
Abis…. Tak pentinglah tesis dan
kajian tu?
Ko ni tak faham2lah…. tesis dan kajian tu sangat2 penting
kepada calon master / PhD bagi meningkatkan penguasaan pengetahuan dan
kemahiran menjalankan kajian, bukannya crucial dalam memberi impak lansung kepada pihak lain samada masyarakat dan policy makers... sebab mereka tak hairanpun kajian ko tu. Dgn tesis dan kajian, berkembanglah pengetahuan
dan kemahiran…. yang perlu dikuasai sebelum ko menjadi seorang
expert yang kemudiannya mengumpul pengalaman bertahun2 pula sehingga dilantik jadi
panel atau konsultan bagi mengkaji perubahan sesuatu polisi yang membawa impak maksima kepada masyarakat...
Kalau cam tu bolehlah buat tajuk thesis yang cincai-cincai bro...
Buatlah cincai-cincai kalau ko nak kena cincang macam cincau !! Tajuk ko mestilah mantap..... berada di frontier of knowledge hasil pembacaan yang menyeluruh dari perkembangan dalam main stream bidang kajian ko....tapi bro.....penguasaan teori, pengetahuan tentang methodology dan kemahiran data analisis yang sebenarnya memberi weight kepada keperluan ko buat tesis..... diperingkat master / PhD !

Jadi tak perlulah buat tesis yang beri impak kepada masyarakat dan policy makers?
Memangler perlu memberi impak.... tetapi pastikan impaknya dahulu kepada calon tersebut utk melengkapkan diri dgn competency sebagai bakal penyelidik dan konsultan....malah kalau dah tersangatlah expert dan femes....boleh apply bekerja dengan Mc Kinsey and Co pulak...... no problem....
Bagaimana pulak dengan bahagian implikasi kajian.... yang perlu ditulis? Tak perlu lagilah?
Sapa kata tak perlu? Implikasi kajian patut lebih fokus kepada implikasi dalam aspek "contribution to the knowledge" kerana inilah antara tujuan ASAS kajian PhD / Master dilakukan daripada implikasi "turun temurun" kononnya akan ubah itu dan ini yang diwarisi dari cara penulisan tesis2 lepas. Alangkah lucunya jika ko menulis implikasi kajian ko yang kononnya dapat ubah itu dan ini sedangkan ko tak buat apa2 pun selepas ko bergraduat dan tesis ko pulak terperap jer dalam library.....then selepas beberapa ketika akan mengumpul habuk...malah aku cukup hairan tahap gaban jika SV plak yang beriya2 ajar supervisee menulis implikasi kajian sebegitu...... umpamanya seperti contoh berikut....
Dapatan kajian ini dijangka akan dapat memberi kesan kepada kementerian ABC untuk menilai semula keberkesanan polisi dan prosidur XYX yang selama ini ....... Selain dari itu, pekerja seluruh Malaysia juga diharapkan akan mendapat manfaat (fuhhh... terkesima aku dgn ayat kitar semula macam ni !!) dari dapatan kajian kerana perubahan polisi tersebut akan membawa kepada perubahan........Akhirnya dapatan kajian ini dijangka akan dapat mengubah persepsi masyarakat Malaysia terhadap......
.....sedangkan tiada satu usahapun dijalankan selepas tesis ko siap utk merealisasikan impian tersebut dan yang tinggal adalah harapan....dan jangkaan ! Ini samalah seperti menulis....
Dapatan kajian ini dijangka akan mengubah polisi alam sekitar negara dan sekaligus diharapkan akan mengubah cara rakyat Malaysia menjaga kebersihan persekitaran kediaman mereka.....
....yang akhirnya hanya tinggallah harapan, jangkaan dlm bentuk tulisan yang dikitar semula....!
Pandai ler ko komen.....abis tu camner nak tulis implikasi kajian?
Relex lah bro.... jgn emosi..... ko tulislah sesuatu yang lebih realisitik, plausible dengan implikasi yang masuk akal terhadap kajian yang ko jalankan bagi memberi impak kepada "body of knowledge" dan aplikasi praktikal kepada penyelidik dan kajian akan datang seperti..........
Dapatan kajian ini telah mengukuhkan teori ABC (Wegner, 1990) dengan penambahan dua mediator dan dua moderator yang menjelaskan lagi secara mendalam proses yang berlaku dalam perhubungan antara persekitaran pekerjaan dengan stress pekerja....... .....Dapatan kajian ini telah meningkatkan pemahaman secara lebih komprehensif terhadap teori ABC serta dapat diaplikasi dalam konteks persekitaran pekerjaan Malaysia dengan rakyat yang berbilang kaum, agama dan pelbagai budaya.... Sementara itu, pembinaan inventori baru yang terhasil dari kajian ini bagi pengukuran stress dalam konteks persekitaran pekerjaan di Malaysia boleh digunakan oleh pengkaji akan datang tanpa perlu bergantung kepada inventori yang dibina dalam persekitaran bekerja di Barat. Inventori yang telah melalui proses validasi yang ketat melalui discriminant dan factor analysis ini juga sesuai diadaptasi dalam persekitaran pekerjaan di sektor swasta mahupun awam
Tapi bro..... aku rujuk tesis2 lepas yang kat library semua tulis sama jer....macam satu stanbdard plak di bahagian implikasi kajian tu....so akupun ikut jerlah.... takkan aku memandai2 nak ubah...
Itu bukan memandai.... tapi sebab ko dah nak dapat PhD.... so makin pandailah.....

OT
No comments:
Post a Comment