Aku dah popularkan idea hybridization lama dulu. Sila baca Tajuk 242
blog ini. Then aku telah menulis dalam entry Tajuk 430 pada 20 Disember 2012 bagaimana membina Literature Review dengan Atlas.ti. Kemudian aku
terfikir, kenapa tak hibridkan sahaja Atlas.ti dgn Mendeley dan insert dalam
ZDOT (peserta yg dah ikut bengkel penulisan cepat tesis jgn tak tahu apa itu ZDOT)....
Ko ni macam saintis…main hibrid2 ler pulak !
Bukan saintis tapi creative… he he
Perasanlah ko….
Tak kisahlah perasan atau perasaan sebab idea hybrid tu dah
lama aku simpan…. Tak sempat buat experiment lagi… ….now aku
nak demo kat ko… dgn andaian ko dah tahu operate Mendeley dan Atlas.ti. Kalau
belum… kenalah beli buku aku atau masuk bengkel…. Hu hu
Yezza…. Aku memang dah tahu guna dua2 tu…. tapi secara terpisah….
macam tidor bilik asing2….
Jgn takut… aku akan kawinkan Atlas.ti dgn Mendeley malam ini juga…. supaya
mereka boleh tinggal sebilik dan tidur sebantal… dan esok akan melahirkan zuriat sorotan
literatur yang comel.
Analogilah tu !
Agaknya lah.....tapi aku buat demo dgn skala kecil2an jer…. katalah ko ada
20 artikel yang aku ringkaskan kepada 2 sahaja !! Ko dah masukkan kedua2 dalam
Mendeley. Artikel tersebut adalah oleh Wilson (2011) dan Ashton (2005) spt 2 artikel teratas dalam rajah Mendeley berikut:
Then ko masukkan juga kedua2nya dalam Atlas.ti dan mulakan
proses coding mengikut tema. Katalah ko nak buat tema Problem Statement dan
Analysis Data supaya kesemua maklumat dari kedua2 artikel berkaitan problem
statement dan data analysis dapat dicantumkan dalam ZDOT dan terus dicite
dengan Mendeley !! Ko boleh bina tema2 lain seperti background, theory, dll spt
dalam ZDOT... tak ada hal punya asal ko buat coding tema2 tersebut dalam atlas.ti.... Berikut satu coding Prob statememt berjaya ko buat pada artikel Wilson....lakukan hal yang sama pada artikel Ashton dengan semua tema yang ko ada....
Perhatikan code yang terhasil dari kedua-dua artikel dalam Atlas.ti berkaitan dengan problem statement dan analysis data apabila ko buka Quotation Manager adalah spt berikut....
Ko highlightkan kesemua quotation dan lakukan langkah berikut…..
then klik Editor. Inilah hasil outputnya....siap dengan nama author sekali.....
Kemudian save as katakan sorotan literature, fail di atas akan terus ditukar dalam file document MS Word secara default maka ko akan dapat file baru spt berikut:
Berikut adalah semua citation yang ko dah gabungkan dari 2 artikel dalam atlas.ti (ko boleh gabungkan banyak manapun).... dan kini dalam bentuk MS Word ZDOT.... then ko siapkan heading sebagaimana yang aku ajar dalam bengkel Tulis Tesis Cepat aku...
Tugas seterusnya adalah menggabungkan kesemua statement dari beberapa artikel secara analitikal (juga dah aku ajar dalam bengkel).....supaya terhasil LR yang kritis..... lagi komprehensif...
Woo.... baru aku nampak bro....
Bahagian REFERENCES tu ko tulis diakhir tesis atau proposal ko lah....bukan spt dalam rajah di atas yang hanya untuk tunjukkan bahawa semua citation yang ko masukkan dalam ZDOT melalui References - Insert Citation Mendeley akan menghasilkan references secara automatic....
Seperkara lagi.... bagi yang buat pure kuantitatif dan tak tahu atlas.ti....jgn risau sebab dalam ZDOT sendiri dah boleh buat tema-tema / heading / sub heading dan masukkan semua citation mengikut tema-tema / heading / sub heading dari seberapa banyak artikel pun tak kisah. Apa yang aku tulis ini hanyalah tambahan... mungkin ada yang suka menggunakan kedua2 atlas.ti dan mendeley.... semua ini boleh dimanfaatkan....
Tu dia bro..... nampaknya semua dah dihujung jari....
Aah....jadi apa lagi yang ko nak?
Ada satu lagi....?
Apa dia?
Aku pun nak kawin jugak macam Atlas.ti dan Mendeley.... hu hu....
Tu ko uruskan sendiri.....tak dapek den nak tolong...
Aah....jadi apa lagi yang ko nak?
Ada satu lagi....?
Apa dia?
Aku pun nak kawin jugak macam Atlas.ti dan Mendeley.... hu hu....
Tu ko uruskan sendiri.....tak dapek den nak tolong...
OT
No comments:
Post a Comment