Tu lah ko..... tak tahu cerita sebenar.....cer ko baca petikan email yang aku terima ni dan beberapa lagi yang aku tak siarkan....email ni bertarikh 3/9/13... masih panazzz
Saya dalam dilema yang amat berat..saya pelajar PhD yang telah berdaftar setahun yang lalu. Tapi sehingga kini masih terkontang-kanting menyiapkan proposal dan sehingga sekarang masih tidak jelas macamana nak buat, Ini disebabkan saya set dulu tajuk......sememangnya saya menggali kubur sendiri dan saya faham (setelah membaca blog) yang kajian yang dipilih adalah not researchable.....
Ini bukan satu kes gali kubur sendiri bro.... berapa ramai malah majoriti siswazah sedang fikir apakah tajuk untuk kajian mereka....tanpa kesah sama ada ianya viable... researcable ataupun ada banyak sumber ....dah kira macam gali kubur beramai-ramai ler pulak !!
Jgn macam tu... takut lak aku bro....
www.czygyny.wordpress.com |
Aiseh..... tu hanya perumpamaan.... tapi bukan murah harga yang hendak dibeli bila tajuk pilih sendiri ... dgn otak kosong.....tanpa terlebih dulu membuat persiapan rapi....dgn pembacaan yang teliti...
Tapi ada satu jenis kes lagi....kes pihak jabatan atau SV pulak yang tolong galikan….
Wow ini dakwaan lagi keras…
Aku tak buat dakwaan…aku dah tulispun kisah ini dalam entry lepas....aku hanya reflex petikan email berikut….tapi yang ini email yang baru aku terima...
Dilema besar yang saya hadapi, tempat pengajian saya mewajibkan kajian bidang xxx ..yakni kajian baru yang amat "rare" orang buat. Oleh itu, saya telah teroka ScienceDirect, Wiley, Emerald, Proquest untuk mencari ....article....saya bingung sebab tidak ada artikel yang merujuk kepada xxx...
Ko tahu maksud “rare”?
Tahulah…. benda yang jarang orang buat…kan..kan..kan !
Tau tak per...hairan jugak… pelajar suka cari tajuk kajian dahulu….sebelum membuat sebarang literature search..... tapi aku lagi hairan ada jabatan atau SV yang suruh buat tajuk yang “rare” yang confirm tak ada atau sedikit sahaja rujukan.
Tak boleh ke cam tu?
Bukan tak boleh.... bahkan nak suruh buat tajuk dasar laut atau bulan pun boleh....tapi biarlah fahami maksud kenapa perlunya PhD tersebut? PhD bukannya mesti kena buat benda pelik2...yang "rare" supaya mencapai standard yang tinggi.... itu aku fikir kurang tepat. PhD hanyalah "the highest academic qualification" bukan ruang utk memomokkan benda2 pelik utk dibuat kajian.... dgn ayat klise "U mesti buat kajian yang org lain tak pernah buat" sedang satu jabatan sendiri tak sanggup nak buat !!
Ko tahu tak bro…. apa maksud rare tu?
Ha ha.... maksudnya kajian yang "unusual" atau "uncommon" atau bahasa kampungnya yang "luar dari kebiasaan"...
Ko tahu sebab apa kajian tu “rare” ?
Sebab tak ramai yang buatlah !
Ko tahu kenapa tak ramai orang buat?
Ntah.... susah kot? Masih baru?
Tak ramai yang nak buat.... samada penyelidik dalam atau luar negara.... tak diterbitkan dalam juornal....termasuklah expert-expert pun tak nak buat kajian tu…. termasuklah SV pun tak nak kaji.... sebab tu “rare”....tiba2 ko lak nak buat....... atau disuruh buat benda "rare" macam tu !!
Bagilah contoh bro?
Sama macam kaji fenomena amok dan histeria.... sapa ahli psikologi .... psiakiatri yang pakar kedua2 amok dan histeria ? Conflict samada fenomena tersebut gangguan mental atau makhluk halus atau depression atau.. atau....pun belum terungkai... Kalau ko nak buat kajian...ko kena tunggu ada orang mengamok dulu utk dapat data. Silap2 hari bulan... ko plak yang mengamok dan kena histeria .... sebab tak siap2 PhD ko...then ada calon PhD lain yang jadikan ko sampel kajian dia pulak.... barulah real punya "rare" ....!
Sama macam kaji fenomena amok dan histeria.... sapa ahli psikologi .... psiakiatri yang pakar kedua2 amok dan histeria ? Conflict samada fenomena tersebut gangguan mental atau makhluk halus atau depression atau.. atau....pun belum terungkai... Kalau ko nak buat kajian...ko kena tunggu ada orang mengamok dulu utk dapat data. Silap2 hari bulan... ko plak yang mengamok dan kena histeria .... sebab tak siap2 PhD ko...then ada calon PhD lain yang jadikan ko sampel kajian dia pulak.... barulah real punya "rare" ....!
Ya tak yer jugak !
Then bila expert sendiri tak buat kajian yang "rare" alih2 suruh plak calon PhD yang masih hingusan, novice, tak ada grant, buat kajian “rare” tersebut… iskh macam tak masuk aqal sungguh !!
Kenapa plak?
Buat PhD adalah medium utk menimba pengetahuan dan kemahiran….supaya boleh buat kajian yang lebih dasyat setelah menguasai pengetahuan dan kemahiran tersebut.....bukan awal2 lagi kena buat kajian yang “rare”.
Bagi contoh skit bro...
Thomas Edision buat kajian utk hasilkan mentol yang “rare” ketika itu pun dah ada ratusan patent sebelumnya ..... maknanya dia dah expert….seorang inventor yang competent.....dan "rare" ada orang macam tu....tapi masih gagal beribu kali utk hasilkan mentol yang reliable….. dan stable.....bayangkan kalau bagi student PhD.... yang masih terkebil2.....jawabnya 1000 tahun takkan mungkin !!
Apalah ko ni...tak futuristic lansung...tak sanggup hadapi cabaran !
Bukan tak futuristik... tapi PhD bukan utk yang "rare" tapi utk contribute to the body of knowledge.... dah abis ke bidang kajian yang sesuai utk calon PhD mahupun master menimba kemahiran dan menyumbang knowledge.... tak tak ada lagi ker.....sehingga sengajalak cari yang "rare".
Memanglah PhD perlu hasilkan kajian dgn standard yang tinggi. Standard yang tinggi dicapai dengan penguasaan pengetahuan dalam literature review.....dan kemahiran menjalankan proses penyelidikan yang terperinci utk kemudiannya hasilkan data berkualiti tinggi…. dgn instrument yang highly validated, calibrated, reliable quali atau quanti..... termasuk dgn advanced, comprehensive statistics. Dgn kemahiran ini…. selepas dapat PhD, barulah ko berkemampuan meneroka kajian yang maybe termasuk dalam kategori “rare”….masa tu tok sapo pun haire sebak mu doh hebak ..... tok gitu we !!
Ye ker?
Ko ada pilihan bro…. nak buat yang “rare” ketika PhD atau selepas PhD? Memanglah ada satu dua individu yang dianugerahkan keistimewaan luar biasa utk meneroka yang “rare” tapi jumlahnya jugak “rare”. Kalaupun ko buat kajian yang biasa ….. ko masih boleh hasilkan sesuatu yang juga "luar biasa" dgn kemahiran ko selepas dapat PhD.... then ko terokalah apa2pun yang “rare” sebab ko dah ada asas penyelidikan yang strong !! Ini lebih baik dari mencuba sesuatu yang “rare” sedang ruang dalam kajian sedia adapun masih banyak yang belum dikaji... banyak bro !
Jadi pilihan ditangan ko.... jgn sampai menggali kubur sendiri... dengan membuat penyelidikan yang kabur.... sedang yang jelaspun masih banyak gap yang terbuka luas.....
OT
No comments:
Post a Comment