.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, September 21, 2013

Tajuk 520: Beza kajian master dan PhD...tajuk cam sama jer !!

Bro tolong bagi tahu aku….. persoalan yang bermain diminda aku ni…. termasuklah persoalan samada kajian yang aku buat bertaraf master ataupun PhD. Camner nak beza antara master dan PhD?

SV ko tak bagi tahu ke?

Ada… bila aku tanya beza MSc dan PhD dia bagi tahu…. “U buat jer dulu….. nanti saya tengok”. Kalau macam tu tak yah jawab pun tak per….

Relex lah bro….cam nilah…aku bagi satu contoh mudah….. katalah satu kajian ada 5 persoalan kajian dan salah satunya adalah seperti berikut:

Apakah faktor mempengaruhi penggunaan ICT dalam pembelajaran pelajar di IPTA ?

Cuba teka…. adakan ini kajian master atau PhD?

Ko lagi terok dari SV aku… main teka2 pulak !!

Ala….cuba lah teka dulu…nanti aku jawab !

OK…..  emmmm ini persoalan kajian master !!

Salah…

Cam tu PhD lah….

Pun salah.....  

Alahai…. jgn lah ko confusedkan aku lagi….

Salah sebab jawapannya adalah "Kedua2 sekali….boleh MSc ataupun PhD" !! 


Jgn confused kerana Turki adakah kedua-duanya sekali
Asia dan juga Eropah....

Maksud ko?

Maksud aku..... persoalan kajian boleh sama tapi proses menjalankan kajian tu yang berbeza.... PhD lebih mendalam.........ni adalah perbezaan secara umum kajian master dan PhD dalam menjawab persoalan kajian di atas.

1. Kajian MSc boleh menggunakan instrument sedia ada, adopted atau adapted. Instrument ini disemak validity dan diuji reliability. Kajian PhD menggunakan literature utk dapatkan construct dan bina instrument sendiri yang kemudian diuji validity dan reliability.

2. Kajian MSc maybe sekadar uji content validity dgn experts. Kajian PhD uji validity dengan content validity dgn experts dan menguji lagi dgn criterion validity, diikuti dengan factor analysis bagi mengurangkan jumlah item dan bagi mendapatkan jumlah construct yang related. 

3. Dengan data yang dikutip dari soal selidik, kajian MSc boleh menjalankan analisis deskriptif dan menjalankan multiple regression utk mengetahui factor peramal yang paling mempengaruhi penggunaan ICT dalam pembelajaran pelajar di IPTA. Kajian PhD pula, analisis structural equation model (SEM) digunakan bagi membentuk perkaitan antara factor peramal dengan penggunaan ICT dalam pembelajaran pelajar di IPTA dalam bentuk model yang sepadan.

Lagi.....kajian MSc maybe menggunakan sample secara convenience manakala kajian PhD menggunakan sample secara rawak. 

Jadi kajian PhD membina instrument sendiri serta membuat validation secara lebih rigorous. Walaupun kedua-dua kajian master dan PhD dapat menentukan factor peramal paling dominan dalam mempengaruhi penggunaan ICT dalam pembelajaran pelajar, kajian MSc hanya memberikan hubungan direct IV dan DV setelah dianalisis dengan multiple regression sedangkan kajian PhD dapat memberikan hubungan dalam bentuk model yang lebih flexible.

Selain itu, kajian MSc hanya menggunakan analisis statistics intermediate iaitu multiple regression sedang kajian PhD menggunakan analisis statistic advanced melibatkan factor analysis dan SEM.

Woo…. Cam tu plak…. baru lah den faham !


Jadi persoalan kajian malah tajuk kajian pun boleh seakan2 sama…. tetapi bagi kajian PhD “proses menjalankan kajian dan analisis data” yang digunakan mesti lebih rigorous. Jelas bahawa “contribution to the body of knowledge” bagi kajian MSc tertumpu kepada dapatan kajian tetapi bagi kajian PhD, bukan sahaja dapatan, tetapi kajian tersebut juga menyumbang kepada pembinaan satu  instrument yang baru….yang validated dan reliable serta pembinaan model dalam menjawab persoalan kajian.


MSc or PhD is not about "the title of the research"
but is more about "the process of the research" !!

Oleh itu.... pelajar PhD mesti mendalami proses menjalankan kajian termasuk analisis data melebihi pelajar MSc...

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...