.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, March 9, 2013

Tajuk 454: KARNIVAL "JOM HEBAT" SISWAZAH - Rasch + SEM + PLS + Mendeley + QIQQA + Atlas.ti !!

Petang ini aku terlena sebab kepenatan mengisi bengkel di UNISZA semalam. Aku terasa kecil dan syukur kerana ALlah memberikan jalan utk aku terus berkongsi pengalaman, berjumpa teman2 baru dan meniti masa depan. 

Bila aku bangun jer.... terus membuka laptop dan terhasillah catatan ini....

Minggu lepas aku dikunjungi oleh Presiden Siswazah Pendidikan UKM dgn 3 hulubalang2 yang ensem lagi gagah perkasa. Pertemuan tersebut memang aku atur bagi merencanakan satu program "Karnival Siswazah". Aku saja namakan dulu sebagai Karnival "JOM HEBAT" Siswazah.... tapi terserah kpd persatuan siswazah IPT menentukannnya...

Pertemuan di Bilik 128 Fakulti Pendidikan UPM (bilik akulah tu..) berlansung dgn penuh mesra wpun tanpa jamuan... kesian diaorang !! Aku seronok dpt berjumpa semula ex peserta bengkel dan ex student aku yang dah pegang jawatan dipersatuan tersohor di UKM.

Program ini adalah idea dan hasrat aku sendiri utk menggabungkan beberapa penceramah bagi mendedahkan aspek2 research yang perlu diketahui kepada siswazah. Karnival ini akan melibatkan demontrasi aplikasi Rasch Model, SEM / AMOS / PLS, Mendeley / QIQQA dan ATlas.ti yang dijalankan sehari suntuk bagi pendedahan kepada siswazah.

InsyaALlah,demonstrator yang terlibat dalam karnival sehari tersebut adalah: 

Dr Aryl Mahdzir (UTM - Rasch Model)
Dr M. Awang Idris (UM - SEM / AMOS / PLS)
Dr OT (UPM - Mendeley / QIQQA)
Pn Ani Munirah (UUM - Atlas.ti)

Karnival ini pada dasarnya akan diadakah secara terbuka dan insyaALlah sedang diusahakan supaya percuma utk semua siswazah dan pelajar tahun akhir IPTA / IPTS seluruh negara !!

Tentu korang dah tahu kenapa aku panggil mereka ni hulubalang...mula2 akupun seram bila pemuda2 tough ni masuk bilik aku  namun mereka semua berhati mulia dan mempunyai bakat kepimpinan yang terserlah !!

Semoga perancangan karnival "JOM HEBAT" ini mendapat sambutan dan menghasilkan bakal2 lulusan Master dan PhD, DBA, MA, DEd yang hebat2 jua.... dgn kehadiran yang boleh mengatasi "Jom Heboh".....dan graduan yang dah bergelar artis juga akan dijemput sebagai penyeri.... sapa dia biarlah hulubalang2 tersebut putuskan... bersama2 rakan2 mereka dari persatuan siswazah IPTA yang lain..

OT 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...