.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, March 2, 2013

Tajuk 448 - Pengakuan jujur blogger....aku dan azura !

Petang ni aku agak relex. Tiba-tiba aku teringat kisah minggu lepas di sebuah restoran di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi. Seorang lelaki dgn wifenyer telah menegur aku.

Abis kenapa ada Azura pada tajuk tu... Azura tu ker yang tegur ?

Tak lah.... sebenarnya restoran yang aku maksudkan adalah Restoran Azura !!

Berbalik kepada kisah lelaki tadi....tiba2 menegur aku...

Ini Prof ker?

Nak berhenti jantung aku... bukan kerana terperanjat tetapi terasa kecik.... jgn ler panggil Prof... panggil OT pun OK...

Sebelum perkenalkan diri, aku tanya mana dia kenal aku.

Dia jawab... "saya ada baca blog yang warna purple tu !!"

Ha ha ha.... dia boleh ingat warna purple tapi tak tahu penulis blog tu.... ada ke patut !! Apapun aku rasa very2 honoured jugak atleast ada orang kenal blog aku dari warna purple tu....

Aku jawab aha.... "Saya OT..."

Then dia kata.... "Yesss Dr OT... !!"

Tapi aku bukan nak citer pasal orang tu... sekadar terfikir ramai yang kenal aku melalui blog tapi sampai sekarang saya tak sure aku ni blogger atau apa?  Apa yang aku tahu.... kewujudan blog drotspss pada 10.10.10 banyak memberi impak pada diri aku sendiri. 

Nak tahu apa dia?

1. Aku rasa jadi sikit kreatif wpun takler sampai macam de Bono tu. Melalui blog ini, otak pentium IV aku tiba2 jadi semakin lateral dengan mencipta RFOT, KOT, SROT, AROT, ZDOT, OFOT... aku merancang nak menulis buku tentang semua OT-OT ni....

Sapa2 yang tak pernah masuk bengkel aku memang takkan tahu amende semua tu.... jadi joint ler cepat2 mana2 bengkel yang dianjur oleh kawan2 PhD ... supaya momentum menulis tesis menjadi tip top....!!

2.  Aku rasa sejak menulis blog ni banyak benda yang aku tak tahu.... dan memang aku sedarpun ada PhD tak bermakna aku tahu semua benda....so aku teruskan membaca, belajar termasuk belajar dari supervisee aku dan peserta2 bengkel.....jika sebelum ini yang jumpa student UPM sahaja.... now melalui blog aku dapat pertanyaan sejauh Germany dan US... mahu terduduk aku nak jawab semua !!

3. Dalam pada tu, banyak benda baru yang aku belajar. Falsafah aku "Teaching is the best way for learning" ternyata berkesan. Aku mahirkan diri dengan SPSS,  ATLAS dan Mendeley kerana melalui bengkel aku praktislah apa yang aku tahu... lama2 banyak yang aku belajar ...

4. Aku boleh kongsi pengalaman. Ini bukan pengalaman aku sahaja, tapi pengalaman student dari UM misalnya dapat aku sampaikan kepada student Uitm dan dari IPTA2 yang lain. Maybe ini yang dikatakan "Experience is the best teacher".


NINE atau nama sebenarnya Zafri Zulqarnain 
menjadi icon blog ni dah semakin bergaya ... 
dgn gaya pop ye ye...(alahai anak ayah !!)

5. Aku buat blog sempoi sebab aku memang sempoi. Tapi perjalanan aku ke serata Malaysia mengisi bengkel memberi aku keyakinan dalam kesempoian.... sebab dulu aku takut jugak dgn calon2 PhD dari pelbagai disipline... ada engineer, ada medical doctor.... sedang aku hanya insan biasa....

6. Paling aku terharu... dapat sampaikan sesuatu yang mencelikkan wpun tak sampai menterbeliakkan mata....calon2 PhD dan master yang teraba2 mencari arah dalam menjalankan kajian dan menulis thesis...senyuman mereka adalah penawar keletihan aku menulis blog dan bercakap non-stop 8 jam dalam bengkel !!

7. Bila aku dgn tak sengaja menjadi blogger, aku mula banyak membaca.... memikir dan menulis...dan membaca dan memikir dan menulis.... tak henti2....

8. Menjadi blogger telah membawa aku menjelajaki kesemua IPTA. Semua IPTA aku dah pergi hanya dalam tempuh 2 tahun lepas...kecuali UNIMAS. Aku memang dah sampai UNIMAS tapi lama dululah...

9. Bertemu bekas2 student aku dulu..khususnya semasa aku menjadi cikgu matrikulasi UPM.... dan bertemu student dari obersi yang balik Msia terus joint bengkel2 aku.... 

10. Tiba-tiba jer aku jadi usahawan kecil2an online.... tapi bukan jutawan online lah..  mudah2an satu hari nanti....akupun tak tahu betul ker aku ni usahawan sebab dgn blog ini jugalah aku telah menjual ebooks ...dan akupun tak pasti berapa yang aku dah jual... namun akaun bank aku bila nak abis jer....sentiasa ada top-up....... alhamdulillah....


Semasa menjadi blogger nilah minat aku kepada DSLR dan micro photo muncul...

Micro photo 2

Micro photo 3
11. Bukan sahaja usahawan kecil2an online.... aku juga dah jadi facilitator ler pulak.... dok bagi bengkel sana sini... bertemu kenalan baru... dari JB hingga ke Tawau. Aku tak mimpipun nak pergi Tawau samalah macam aku tak mimpikan utk sampai ke Paris, Amsterdam, Florence, London dan Gaza.....namun kini semua dah jadi kenyataan !! 


12. Aku menjadi pencuri masa sebab itu aku nak bagi juga satu nasihat.... jgn jadi blogger kalau terikut2 orang lain. Banyak masa digunakan utk menulis...so aku curi2 masa dicelah kesibukan aku.... sebab aku tak boleh mencuri masa keluarga atau anak2.... sebab ini jugalah aku mengurangkan  bengkel2 hujung minggu sebab aku mahu bersama keluarga seboleh mungkin.


Inilah sebahagian pengakuan ku seorang "blogger"..... secara tak sengaja... 


Sentiasa saling memahami.... 


OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...