.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, March 13, 2013

Tajuk 456: VIVA - Adakah ini ADIL bagi pelajar?

Aku ingin merafakkan kesyukuran kerana blog drotspss kini telah melepasi 500,000 review atau setengah juta. Aku akan terus menulis.... insyAllah...

Aku abadikan angka 500,000 ini.....

NINE - Icon drotspss
Dah bujang anak den ni.....
Now berbalik kepada tajuk entry.... utk difikirkan bersama... VIVA adalah "the moment of truth". Semua menanti2 VIVA dgn penuh excited.... spt pengantin menunggu tetamu balik kerumah masing2.... 

Excited kerana penat lelah, jerih dan segala macam pengorbanan akan berakhir dgn VIVA. Begitu juga dgn pengantin... segala penah jerih membuat persiapan, maka ingin diraikan dgn satu pengalaman "the moment of excitement" saat indah malam pengantin yang hanya sekali dalam hidup.... bersama isteri tersayang...

Mendapatkan tarikh VIVA pun dah cukup menjadi satu penantian yang sgt menyiksakan. Hanya empunya diri sahaja yang tahu. Jgn ler nak tanya SV... mereka semua dah lupa saat getir tersebut... mereka dah jadi pakar...mereka dah tak kisah... makam mereka dah tinggi...

Aku pernah menulis bahawa VIVA adalah stesen terakhir pengujian thesis , supaya menepati satu piawai. Dan aku sgt percaya, SV telahpun memastikan piawai ini tercapai setelah sekian lama diperbaiki, diperbetulkan, diperbaiki, diseminarkan, dipublished dll..... 

Pelajar akan mendapat 3 option - Lulus dgn minor, lulus dgn major, resubmission. Kenapa agaknya pelajar mendapat resubmission? Logik kah ini berlaku setelah 5, 6 tahun menulis dan memperbaiki manuskrip tersebut dgn bimbingan SV bertaraf Prof yang juga menjadi panel VIVA kepada pelajar lain?

Pertama:
Thesis perlu mendapat kelulusan supervisory committee yang terdiri dari para Prof dan Prof Madya....sebelum layak di VIVA. Jika benar thesis tidak mencapai satu piawai.... mengapa diluluskan utk VIVA? Apakah maknanya ini?

Kedua:
Panel VIVA ada kalanya mempunyai school of thought yang berbeza, Contohnya, Prof A pakar psychology kanak2 tetapi berorientasikan qualitative. Dia sudah pasti kurang arif  amende yang ditulis oleh pelajar yang gunakan analisis yang advanced spt PLS. Jadi, dia tak der pilihan, selain menggali  sedalam2nya bahagian theory yang dia expert lalu mengenakan hukuman yang berat bahawa theory "tidak tepat" sehingga mencadangkan  rombakan semula. Akhirnya pelajar kena resubmission sedang kekuatan analisis data PLSnya lansung tidak disentuh !!

Ketiga:
Prof B adalah expert quantitative tapi kurang arif analisis qualitative. Apabila Prof B menjadi panel VIVA... dia akan gali sedalam2nya bahagian quantitative.... gali sedalam2nya.....sehingga mencadangkan sesuatu yang lebih advanced sedangkan pelajar hanya menggunakan statistik yang simple kerana analisis data yang utama ada interview. Prof B tak berapa berkenan interview lalu dia juga cadangkan resubmission......

Keempat:
Prof C pula.... kuasai quali dan quanti. Namun dia ni pakar Rasch Model, maka dia tak setuju data ordinal dilayan sebagai data interval. Maka dia mencadangkan tukar semula skala... buat semula soalselidik dan ambil semula data....lalu diapun memberikan resubmission...

Kelima:
Prof D memang sensitif dgn statistical power. Sebabnya dia dulu berguru dgn SV yang macam dia juga sekarang ni, semuanya mesti power. Bagi dia, buang jer data ke dalam longkang jika statistical power tak cukup. Kalau minum kopipun dia pilih kopi cap kapal api.... ADA POWER ! Lalu diapun menguji pelajar yang tidak menyertakan ulasan statistical power lalu mengatakan "data u tak boleh pakai" lalu mencadangkan resubmission tanpa kisah aspek2 lain yang telah ditulis dan dikupas oleh pelajar secara mendalam.

Keenam:
Ini paling sadis. Prof E pernah mengajar di Uni. P. Dia ada masalah dgn Uni. P lalu keluar dan berhijrah ke Uni. Q. Apabila dia tahu sahaja pelajar yang akan dia VIVA adalah pelajar dari Uni. P, maka dia pun menjadi panel yang sangat strict (tahap gaban) ..... cari segala kesalahan yang ada....tanpa melihat kekuatan thesis tersebut keseluruhannya....dan akhirnya pelajar mendapat resubmission..

Emmm..... ko percaya tak semua ini BISA berlaku malah telahpun berlaku?

Persoalan - Adakah ini adil bagi pelajar ?

Kenapa aku tulis ini? Ini kerana thesis ditulis sebagai contribution to the body of knowledge dan sekiranya ini diberikan perhatian maka thesis perlu disemak sebagai satu manuskrip secara menyeluruh bukan bergantung kepada beberapa aspek sahaja yang kita mahir dgn nya....lalu mengenakan satu hukuman yang simplistic - resubmission !

Aku boleh bayangkan tekanan yang dihadapi oleh pelajar yang telah berhempas pulas.... lalu mendapat resubmission ! 

Bayangkan apabila abis VIVA lalu ditanya oleh kawan2 dan sahabat handai...."Amacam VIVA - bila nak konvo?"

Jika benar2 pelajar tersebut tak layak... mengapa dia dibenarkan utk VIVA ? 

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...