.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, March 4, 2013

Tajuk 451: T-test juga boleh check reliability ujian !


Aku masih menulis pasal t-test. Sebagai ujian perbandingan min yang begitu popular dan sempoi, maka ramailah yang gunakan t-test ni esp yang buat master.

Namun, tak ramai yang tahu akan t-test ini, lebih tepat lagi paired sample t-test boleh digunakan utk melaporkan reliability ujian pre-post.

Selama ini korang dok guna apa utk check reliability pre-post ni?

Katalah korang ada ujian pre-A dan post-A dan ini adalah hasilnya:


Jadual paired sample correlation menunjukkan nilai korelasi test-retest (ujian pre-post) dengan r = 0.86. Nilai ini menunjukkan kebolehpercayaan ujian yang tinggi yang mana, pelajar yang mempunyai skor ujian Pre A yang tinggi juga  cenderung mendapat skor yang tinggi juga dalam Post A. 

Ini juga membawa makna, ujian pre betul2 menguji kemampuan pelajar dengan konsep yang sama secara konsisten dengan ujian post. Pelajar yang mampu menjawab pre-A mampu juga mampu menjawab post A kerana menguji konsep yang sama. Maka wujudnya perbezaan skor antara Ujian Pre dan Ujian Post adalah disebabkan kesan IV.

Jadual kedua iaitu Paired Sample Test ko laporkan spt biasa atau sebagaimana aku buat dalam entry sebelum ini, entry 450… 

Dah ngantuk dah aku..... jam menunjukkan 12.19 am.... nak gi solak Isyak dan zzzzz..... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...