Aku fikir elok juga aku tulis benda ni dulu.... biar jelas beza keduanya.
Topik kajian adalah adalah "area of investigation" atau apa yang ko nak kaji. Topik kajian mestilah jelas dan fokus kepada sesuatu kajian dan mestilah sesuatu yang ko berminat utk mengkajinya. Jika ko nak kaji ciri-ciri yang diperlukan untuk membangunkan satu animasi yang berkesan dalam pengajaran, maka topik kajian ko mestilah jelas seperti membangun animasi 3D dengan ciri-ciri konstruktivis dengan fokus misalnya kepada pengajaran tajuk mekanisma tindak balas Organik. Ko tak boleh ada topik yang terlalu luas.... mati ko nanti !!
Topik ini mestilah researchable dan penting ko (i) ada pengetahuan dan (ii) berminat dengan tajuk tersebut. Sebelum itu, ko kena jalankan preliminary search atau literature search untuk pastikan tajuk ko tu mempunyai rujukan sumber primer (articles) dan sekunder (spt buku dll), kerana ko perlu mengupas tajuk tersebut dgn intensive dan extensive dan mengetahui the frontier of knowledge bagi kajian ko sehingga menghasilkan satu manukrip yang tebal dengan dapatan yang boleh menyumbang kepada knowledge dlm topik tersebut.
Topik kajian boleh bersifat theoretical problem ataupun practical problem. Mendapatkan ciri-ciri efektif suatu animasi adalah bersifat theoretical problem sedang membuat kajian experimental membandingkan keberkesanan animasi adalah practical problem. Mana satupun ko boleh pilih, malah ada yang memilih kedua2nya dalam satu kajian.
Selepas ko mendapat topik kajian dan mengetahui semua aspek2 penting yang ko nak kaji..... barulah ko boleh merangka TAJUK kajian ko pulak yang reflect TOPIK kajian yang ko nak jalankan. Tajuk inilah yang ko tulis dalam proposal dan tesis ko. Tajuk boleh berubah tetapi topik kajian tidak boleh...
Atas alasan ini jugalah mengapa terdapat pendapat supaya pelajar tidak digalakkan mengambil topik yang dicadangkan oleh SV. Dalam kes tertentu, ada SV mencadangkan topik yang dia sendiri kurang mahir, maklumlah topik tersebut masih baru. Ini selalunya berkaitan dengan research grant yang diperolehi oleh SV.
Oleh kerana topik tersebut masih baru, maka supervisee diharapkan dapat meneroka topik tersebut dan menyediakan asas kepada kajian yang bakal dijalankan. Dalam perkataan lain..... supervisee lah yang dahulu masuk hutan menebas barulah SV masuk. Silap haribulan... tebas punya tebas bukan jalan yang dibina tetapi sesat seorang diri..... sapa nak cari ?
Oleh kerana topik tersebut masih baru, maka supervisee diharapkan dapat meneroka topik tersebut dan menyediakan asas kepada kajian yang bakal dijalankan. Dalam perkataan lain..... supervisee lah yang dahulu masuk hutan menebas barulah SV masuk. Silap haribulan... tebas punya tebas bukan jalan yang dibina tetapi sesat seorang diri..... sapa nak cari ?
Jika inilah keadaannya.... ko perlu berfikir 23 kali. Jgn kerana ko takut utk berkata "No" dgn penuh hikmah....dgn alasan takut kelak tidak mendapat bimbingan SV... atau takut tak mendapat "signature" SV maka ko relakan diri ko mengambil topik tersebut sebagai topik kajian ko wpun topik berkenaan baru dan alien bagi ko.
Abis nak buat camner..... giler ko nak lawan SV?
Sapa pulak suruh ko lawan SV.... ko memang perlu hormat SV yang akan membimbing ko.... cuma maksud aku jgn terus bersetuju wpun SV mengeluarkan kata2 manis utk mendapatkan persetujuan ko. Jika topik tersebut memang terkeluar dari topik yang ko ada pengetahuan dan minat..... elok jgn ko terima. Malah tiada masalah ko tukar SV yang spt mendesak ko menerima topik tersebut. Jika sebaliknya topik kajian tersebut mmg ada dalam pengetahuan ko.... bolehlah ko pertimbangkan untuk terima.... no problem....malah ko akan dapat banyak advantages....
Aku utarakan hal ini kerana tak ramai yang berani membahaskan isu ini dari perspective pelajar.... seolah2 pelajar perlu menerima apa sahaja dari SV. Memanglah SV tak boleh paksa tetapi SV tahu supervisee selalunya lemah lutut utk menolak !! Jgn tak tahu.... bukan sedikit pelajar yang alami keadaan ini? Bagaimana dengan ko?
La ni byk SV yang dapat research grant dan sebahagiannya melibatkan topik yang baru tanpa banyak sumber primer utk ko rujuk. Jgn takut untuk mendapatkan pendapat pihak ke 3, 4 atau 5 sebelum menerima pelawaan utk membuat kajian dalam topik baru yang dicadangkan oleh SV.... Ko masih boleh menjadi supervisee kpd SV tersebut dgn topik kajian ko sendiri.... tanpa perlu terikat dgn topik atau pet area SV ko.... lebih2 lagi topik yang masih diperingkat infant stage....
Ini satu kisah yang boleh dikongsi bersama... bila seorang SV meminta supervisee mengkaji satu topik yang agak futuristic kononnya utk menjadikan supervisee tersebut satu2nya pakar dalam topik tersebut di Malaysia. Kembang kuncup supervisee bila SV sendiri berkata begitu....
Dipendekkan kisah.... selepas 2 tahun.... supervisee tu masih lagi terkial2 utk mendalami topik tersebut dan akhirnya give up dan mula menjadi kaku sebab tiada tempat nak mengadu, sedang SV sendiri tidak mendalami tajuk yang dia sendiri berikan kepada supervisee tersebut....nak maju dah tak mampu.... nak berundur pulak dah kendur.... akhirnya nasik pun jadi bubur....
Aku ingin sampaikan satu message...utk ingatkan diri aku jugak supaya biarlah ada mutual understanding antara SV dan supervisee dan jauhi dari sebarang vested interest hanya dari satu pihak....itu sahaja...
OT