.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, October 23, 2011

Tajuk 250: SEPARUH SEDAR...MENCARI GAP, THEORETICAL & CONCEPTUAL FRAMEWORK

Tajuk 250: Separuh sedar.. Mencari Gap, Theoretical and Conceptual Framework... 


Secara jujur saya katakan bahawa semua postgraduate students sama ada menerima hanya sedikit latihan utk mencari gap dan theory dalam LR ataupun tidak menerima latihan lansung. Kursus yang ditawarkan di IPTA seperti Research Methodology hanyalah panduan2 umum akan proses penyelidikan yang bakal dihadapi oleh mereka sepanjang penulisan tesis. 


Saya menyedari pelajar perlu berusaha sendiri untuk mencari gap dan membuat pembacaan utk penulisan LR. Namun saya juga menyedari, kebanyakkan bahan dalam buku dan sumber lain hanya memberikan rule of thumbs atau panduan umum yang sukar diterjemahkan oleh pelajar apabila menulis.....

Menulis LR samalah seperti “mempamirkan” pengetahuan penulis tentang segenap aspek yang ingin dikaji dari segi latarbelakang, perkembangan pengetahuan, teori, isu serta methodology yang sering digunakan. Saya dah jelaskan dalam entry yang lepas bagaimana anda boleh mencari gap seperti Teknik Hibridization. 


Bagi entry ini, saya hanya akan memberi satu contoh lagi mencari gap dan theory utk satu kajian Management Information System (MIS).Moga anda dapat terjemahkan kepada kajian anda. Contoh ini adalah hasil cadangan dan pandangan saya kepada salah seorang peserta bengkel di UitM Puncak Alam. 


Gap yang saya cuba utarakan disini telah saya cadangkan kepada peserta tersebut dan beliau sedang mendalami gap tersebut utk kajian PhD beliau. Kajian yang saya maksudkan seperti yang dijelaskan oleh peserta bengkel tersebut adalah isu utk meningkatkan keberkesanan web portal MOH (Kementerian Kesihatan) yang jarang dikunjungi oleh orang ramai walaupun terdapat banyak informasi berguna. 


Tentu anda terfikir mengapakan hal ini berlaku dalam hampir kebanyakkan portal kerajaan walaupun kerajaan ada budget, kemudahan malah telah mengiklankannya saban hari di kebanyakkan media massa. Apa yang tak kena? 

Saya nasihatkan peserta bengkel tersebut supaya membuat pembacaan yang intensif. Katalah ini adalah hasil pembacaan tersebut dari perspektif saya sendiri untuk tujuan berkongsi idea dalam pencarian gap bagi isu di atas.  

Teori sedia ada:
Anda dapati....banyak kajian lepas menguji keberkesanan web portal melalui beberapa teori seperti The unified theory of acceptance and use of technology (UTAUT), Technology Acceptance Model (TAM1 dan TAM2) dll yang menjurus kepada "the ease of use", keselesaan dan kemudahan menggunakan sesuatu web portal. Anda dapati semua teori2 ini hanya menggarap aspek teknikal pembinaan portal tetapi kurang menyentuh aspek interaksi dengan pengguna. Teori2 ini agak bersifat superficial dan perlu diperdalamkan lagi.

Teori mengisi gap:

Anda dalami pembacaan anda dan mendapati pembinaan web portal kurang mengambilkira interaksi antara pengguna dan portal tersebut. Anda dapati, keadaan ini boleh diwujudkan (mengisi gap) dengan mengintegrasikan teori HCI (Human Computer Interaction) supaya web portal mempunyai ciri “individualized” atau “personalized”. Gabungan ini melibatkan kombinasi pengetahuan tentang computer dan juga behavioral science. Inilah gap yang akan anda isi !!


Petanda tak baik jika gap anda tidak jelas
dalam conceptual framework anda..

Theoretical framework:
Anda perlu membina theoretical framework anda berdasarkan 
model2 yang telah established iaitu UTAUT, TAM1 dan TAM2.


Conceptual framework:
Anda juga perlu membina conceptual framework anda dengan mengintegrasikan theretical framework di atas dengan teori HCI bagi menghasilkan web portal yang bukan sahaja mudah digunakan serta informatif tetapi juga berciri lebih interactive dan personalize.  Antaranya seperti pengguna ada akuan sendiri, ada progress report tentang kesihatan diri, informasi2 kesihatan yang di"personalised"kan mengikut keperluan pengguna dsb. Ini bagi mewujudkan perasaan "sense of belonging" kepada web prtal tersebut.


Contoh mudah:
Seorang pesakit diabetes, boleh merekodkan dalam portal MOH kandungan gula dalam darah yang diambil setiap hari dgn alat portable yg boleh dibeli di farmasi.... then portal ini akan memberikan laporan dan informasi bagi membolehkan pesakit mengetahui status kesihatan "on the spot".. Malah keluarganya juga boleh mengetahui progress ini bagi tujuan pemantauan.... 


Pesakit juga boleh key-in nama2 ubat dan mendapat informasi kegunaan dan keperluan serta side effect ubat tersebut. Selama ini penerangan ringkas hanya diberikan kepada pesakit ketika mengambil ubat difarmasi. Bayangkan jika pesakit adalah mak dan ayah kita yang berumur 70 tahun..... paham ke mereka maksud yang disampaikan oleh pihak hospital? 


Oleh itu, pemantauan boleh dilakukan oleh ahli keluarga melalui akuan portal yang personalised. Bukan itu sahaja, dalam kes2 kecemasan.... doktor atau pihak hospital lain pun  oleh menggunakan maklumat yang sama tanpa perlu bertanya itu dan ini kepada waris..... atau kepada pesakit yang separuh sedar...Tak de lah Dr akan bertanya... "Apo kono e jang omak ko ni....?" Tetapi terus minta username dan anda masukkan password dalam portal MOH....

Ini bermakna, melayari portal kerajaan spt web portal MOH adalah seperti anda membuka portal peribadi anda dengan segala informasi menjurus kepada keperluan anda….. bukan lagi bersifat terlalu umum dan “public”.


Jadi bro..inilah menjadikan kajian anda penting dan signifikan utk dijalankan... 

Anda pun boleh mula membina outline kajian anda dengan main idea sebagai  superordinate (main heading) diikuti dengan idea subordinate (sub heading). Hasil bacaan intensif anda dan menggunakan kaedah main idea ataupun kaedah synthesis matrix (spt yang dikupas dalam entry lepas) maka anda pun membina outline seperti berikut (ini dummy sahaja.....)


                                CHAPTER 2
                      LITERATURE REVIEW

2.0  Information management evolution

2.1 Theoretical Framework
2.1.1 Portals as information and communication media
2.1.2 Technology Acceptance Model

2.2 Types of web portal
2.2.1 Personal portals
2.2.2 Government portals
2.2.3 Corporate portals
2.2.4 Consumer portals

2.3 Issues in previous research related to Web Portal
2.3.1 Usability
2.3.2 Accessibility
2.3.3 Privacy / Security
2.3.4 Interaction

2.4 Conceptual Framework
            2.4.1 HCI
            2.4.1 Personalized portals

Ouline ini menjurus kepada conceptual framework anda yang mengintegrasikan Technology Acceptance Model dengan HCI. Sila baca entry tajuk 248 bagi mengetahui bagaimana membina conceptual framework dari theoretical framework...


Ingat, semakin clear conceptual framework ini semakin mudah untuk anda jalankan kajian dan memberi fokus kepada pengisian gap kajian anda. Saya fikir taklah susah sangat nak cari gap...... dan menyatakan sumbangan kajian anda.....


Bagi peserta bengkel yang lepas... inilah masanya anda apply document map, "foresee" dan mengisi setiap heading dan main heading secara kritis.....


OT

1 comment:

  1. Salam DrOT,
    from zderi.
    Just to let you know,
    Lepas buat zero draft, saya dah siap satu paper on gap yg akan dibentangkan di postgrad workshop. Tulis dlm masa 3 hari saje guna doc map dan endnote. Bukan riak dr cume nak cakap yg ianya berkesan. TQVM. :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...