.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, October 2, 2011

Tajuk 239: Lambat menulis? Anda berpenyakit PROCRASTINATION! Bah 2

Lambat menulis? – Anda ada penyakit PROCRASTINATION ? 

Procrastination ini bahasa canggih…. bahasa psikologi….. . Saya dan anda semua ada penyakit ini.

Dalam bahasa mak cik-makcik (bahasa pasar ler tu sebab makcik2 suka sembang2 sambil pilih ikan…), procrastination tu maknanya penyakit suka bertangguh…. tanpa disedari sehingga terlambat…… sehingga menimbulkan fenomena LAST MINUTE !!

Tajuk ini may be sedikit controversial …. mari kita berbincang…..saya utarakan pendapat saya….

Procrastination ni penyakit manusia. Maknanya penyakit yang ada pada semua manusia. Hanya keseriusannya sahaja yang berbeza. Yang menarik minat saya menulis tentang penyakit ini kerana procrastination berlaku sangat ketara dalam kalangan calon PhD dan Master !! Penyakit bertangguh ini tidak disedari kerana kita mempunyai cara tersendiri untuk menjustifikasikan tindakan penangguhan tersebut, ini yang bahaya.

Penulisan thesis adalah proses yang panjang dan very teknikal dan taktikal. Bila ramai pelajar yang lambat menyiapkan penulisan thesis, andapun menjadikan situasi ini bagi menjustifikasikan juga penangguhan anda….supaya anda tidak kelihatan pelik kerana berjaya menyiapkan tesis PhD dalam tempuh masa yang sepatutnya

Saya sangat yakin, ramai calon Phd / Master bukannya goyang kaki… tak buat apa2 sehingga berlakunya penangguhan kerja2 thesis atau banyak masa lapang terbuang begitu sahaja. Wa caya lu bro….Cuma pengidap penyakit ini berjaya mengabui matanya sendiri dengan mengisi masa tersebut dengan kerja2 yang tidak signifikan untuk penulisan atau kemajuan kajiannya.

Contohnya anda membaca artikel yang tidak relevan…. melayari internet kesana  kesini….. chatting dalam facebook…. dll….supaya kelihatannya seperti seorang pelajar yang sangat sibut…. dengan mengadap komputer siang malam namum semua ini tak mendatangkan aper2 progress kepada penulisan thesis anda… Ada tak simpton ini pada anda?

Penyakit procrastination ini menjadikan anda berfikir anda adalah BOSS.  Anda membuat kajian sendirian berhad. Anda adalah pekerja dan anda adalah BOSS pada diri anda sendiri. Kalau dah jadi BOSS…. emmmm apapun peraturan boleh di tolak ketepi…... kerana aku adalah BOSS.. he he..Tambahan anda bekerja seorang diri…. tak sapa nak tengok…. tak sapa nak tegur….tak sapa nak marah…. Aku kan BOSS !!

Procrastination menjadi serius jika anda seorang yang mencari kesempurnaan. Bila membaca dan membuat rujukan, anda tidak mahu mula menulis…. sebab anda fikir kefahaman anda belum betul2 sempurna. Anda belum putuskan method kajian anda sebab anda kena pastikan pemahaman yang sempurna dahulu. Anda tunggu kesempurnaan…. sedangkan research is not about perfection….research is about doing and trying something scientifically. Research penuh dengan andaian, justification, estimation and error !~

Selain perfection, ada pengidap penyakit procrastination yang mementingkan kerja secara sistematik….esp yang pompuan tu……Anda siapkan Chapter 1 dulu…..then Chapter 2..then Chapter 3…. sistematik bro.

Contohnya…anda baca journal….anda jumpa bahagian metodologi tapi anda skip sebab nak siapkan Chapter 1 dulu…. sedangkan anda sepatutnya boleh mula menulis dari mana-mana chapter sekalipun….
(Gambar Hiasan)
Masalah utama kajian ini adalah untuk mencari masalah dalam menyelesaikan masalah, pelajar yang bermasalah,  mengikut kaedah penyelesaian masalah....masalah betul lah....

Berapa banyak ko punya masalah daaaa....simpton procrastination ?


Pengidap penyakit procrastination juga mempunyai simpton suka mengumpul masalah melebihi dari usaha mengatasinya.

Contohnya “SV suruh aku buat quantitative…. tapi aku ni buta number…. masalah..masalah… gerenti lambatlah aku siapkan thesis aku ni….”

Semuanya adalah masalah bagi pengidap penyakit yang serius. Simpton ini akan lebih jelas jika anda jumpa jer kawan anda….. perkataan pertama yang keluar adalah…. “aku ada masalahlah…..”

Jika simpton2 di atas ada pada diri anda…… dan wujud dengan ketara….anda menghidapi penyakit PROCRASTINATION….Saya sekadar member maklumat dengan harapan maklumat tersebut dapat menyedarkan anda akan kewujudan penyakit ini….

OT 

1 comment:

  1. banyak je terkena batang hidung entry nih.

    Tapi saya and the geng yg attend kursus Doc Map tu dah mula berdikit2 menulis tesis dah! :-)

    -DeLinn

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...