SEM atau omputihnya structural equation modelling telah berkembang sebagai generasi baru berbanding analisis klasik seperti ANOVA, MANOVA, multiple linear regression (MLR). Wpun mula diperkenalkan pada tahun 1960an, hanya sekarang dengan adanya AMOS yang sangat friendly user, SEM menjadi terkenal….macam juara AF..... sehingga menjadi kegilaan teruna dan dara.
Ini kisah syahdu apabila sampai dicuping telinga saya bahawa ada yang mendakwa mereka yang menggunakan analisis seperti MLR diibaratkan seperti melancong dengan menaiki kapal laut sedang dengan SEM, anda seperti melancung menaiki kapalterbang!! Fulamak…. dasyak sungguh perumpamaan tersebut!!
SEM tiba2 menjadi bahan perbualan dalam kalangan pelajar PhD dan Master. SEM tiba2 menjadi begitu glamer.... sehingga yang tak tahu SEM seakan2 rasa ketinggalan dan yang baru masuk bengkel SEM (wpun tak faham lagi) tiba2 rasa macam dah nak konvo bulan depan !!
Timbul lagi isu..... mereka yang mula nak guna SEM, terasa darjah mereka tinggi berbanding kawan2 yang guna MLR..... macam filem P. Ramlee.. antara dua darjat... walaupun kedua SEM atau MLR menggunakan asas yang sama iaitu menganggar coefficients bagi satu set linear equations. Bezanya dalam SEM, linear equation ini boleh mengandungi observed (measured) dan unobserved (latent) variables yang berkaitan dengan observed variable tersebut. SEM boleh mengukur multiple relationships of DV dn IV. SEM menggunakan asas confirmatory factor analysis dan graphical modelling interface bagi menguji model dengan pelbagai DV, menguji model dgn mediating variables, dgn error measurements dan test coefficients across multiple between-subjects groups. Walau bagaimanapun, SEM hanya sesuai digunakan sebagai confirmatory technique.
Oleh itu, jika tujuan kajian anda utk menganalisis hubungan berbentuk exploratory….. maka MLR adalah analisis yang lebih sesuai. Tambahan jika sampel saiz secara relative adalah kecil, dan apabila timbul masalah normality assumptions, regression adalah analisis yang lebih sesuai digunakan. Tambahan jika instrument pengukuran mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi (maka kesan measurement error spt yang diukur dalam SEM tidak perlu dibimbangkan sangat dalam analysis). MLR juga sesuai meramalkan variance bagi data interval bagi DV, dichotomous or dummy IV.
Jadi…. analogy SEM naik kapal terbang meninggalkan analisis lain hanya naik kapal….. adalah analogy kurang cerdik... dan sedikit sombong. Jika SEM ibarat microwave yang boleh memasak dengan cepat…. anda tetap memerlukan dapur gas utk masakan2 yang tidak mampu dibuat didalam microwave… Jadi, jgn hanya kerana anda ada microwave….anda lupakan dapur gas anda…. Silap hari bulan black out….atau microwave anda rosak.... anda tetap akan cari dapur gas anda….. he he.... Bayangkan bakar lemang dalam microwave !!
Walaupun SEM memang mempunyai advantages, namun dalam membuat kajian, kesesuaian analisis data adalah keutamaan dan anda perlu memilih analisis yang menepati persoalan kajian dan latar belakang kajian anda…. bukan kerana anda baru ikut bengkel SEM….. atau SV anda tahu SEM…….semuanya mesti dengan SEM….. SEMput....!!
Saya ingin sentuh hal ini kerana apa sahaja analisis statistik masing2 ada tempat yang sesuai. Sebagai contoh mudah.....jika anda ingin bandingkan 3 kumpulan serentak..... gunalah ANOVA.... bukannya SEM. Jika bandingkan kumpulan2 tertentu berdasarkan frequensi.... gunalah chi square....Jika nak masak rendang gunakan dapur gas... bukan microwave....SEMpoi....!!
Saya ingin sentuh hal ini kerana apa sahaja analisis statistik masing2 ada tempat yang sesuai. Sebagai contoh mudah.....jika anda ingin bandingkan 3 kumpulan serentak..... gunalah ANOVA.... bukannya SEM. Jika bandingkan kumpulan2 tertentu berdasarkan frequensi.... gunalah chi square....Jika nak masak rendang gunakan dapur gas... bukan microwave....SEMpoi....!!
OT
No comments:
Post a Comment