.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, October 16, 2011

TAJUK 246 - TIPS KAMCING DGN SV - BHG 2

Apabila timbul conflict:

Saya selalu tak setuju dengan SV saya. Dia suruh saya buat macam2…… tensionnyer…. mentang2lah saya ni student….dia tak tahu kitapun ada macam2 masalah....

Jgn gabra dulu…. tak semua SV suruh bermakna “anda kena ikut”. Ini satu hint supaya anda betul2 pastikan apa yang anda patut buat. Selalunya bila SV suruh buat dan tambah itu ini, anda hanya “menurut perintah”….sedang SV anda maksudkan supaya anda memahami dahulu apa yang anda tulis....

Jadi anda akan terus fikir SV anda suka mengarah anda buat itu ini…. sedangkan SV anda mahu anda tunjukkan yang anda tahu apa nak buat….dan pertahankannya....bukan cuma pasrah sahaja dan tak yakin apa yang anda buat. Anda jugalah yang akhirnya tension….


Ini le sebabnya anda perlu betul2 dalami LR bidang kajian anda supaya anda yang lead the discussion with your supervisor.... not the other "war" around! Selalunya SV hanya ada idea.... not the details..... so dia suruhler anda buat macam2 sedang anda sendiri pun tak sure... esp bila kajian anda baru bagi SV anda.....dan anda pulak percaya SV anda tahu semuanya....


Tips ini maybe lebih relevan jk SV anda masih muda belia....masih baru dapat PhD.....baru balik obersi.....kontena barang garaje sale diapun belum sampai pelabuhan Kelang lagi....tapi perlu mengekalkan "ego" sbg SV sdg SV anda sendiripun tidak familiar dengan kajian anda....so diapun suruh lah anda buat apa sahaja...itu style dia.....sbb diapun "tok fahe seabuk pong mu buat gapo dio". 


Jgn tak tahu.... ada SV hok mude2 yang buat qualitative.... tak tahupun amende chronbach alpha pun.....sebabnya SV pun macam anda juga bukan dapat title "Dr" jer terus tahu semua mende !! Kalau yang dah otai tu....maybe tak ler macam tu...

Jika anda betul2 pasti, tahu apa yang anda buat….berikan justifikasi anda….. dengan yakin dan mantap…. pasti SV anda akan membantu anda memantapkan lagi apa yang anda ketahui….sebab anda dah sediakan asas yang kukuh.



Akan den terkesimakan SV den dengan apo yang den tahu......


Anda kena baca Tajuk 132 (Anda lebih terror dari SV anda!!) dalam blog ini utk memahami apa yang saya maksudkan.

Sentiasa maklumkan progress anda. Jgn sampai SV terlupa yang anda wujud sebagai supervisee sebab dah berkurun lama anda menyepi…. lansung tidak memaklumkan apa2 perkembangan tesis anda.

Selepas berjumpa SV:

Hubungi SV anda secara consistent dengan email. Jangan hanya menghantar email selepas anda terdesak, inginkan tandatangan, nak deffer, nak kawin, nak bersalin.... ataupun hanya bila berhadapan masalah… itu perangai buruk !!

Minta jasa baik SV anda maklumkan jika beliau tiada dipejabat dalam tempuh yang lama…spt pergi luar negara atau menjalankan research outstation.

Keywordnya adalah…… keep in touch consistently with your SV !!

Paling ideal……aturkan pertemuan berkala dengan SV anda. Minta SV aturkan masa dan cadangkan waktu yang sesuai. Jgn anda pula yang ponteng dan member pelbagai alasan utk tidak hadir…..contohnya 2 minggu sekali.

Ingatkan SV anda sehari sebelum meeting anda dengan SV anda, manalah tahu SV anda anda agenda pejabat yang tak dapat dielakkan.

Pastikan anda membuat progress setiap kali perjumpaan….jgn beri alasan tak sempat buat itu dan ini. Ini hanya akan merendahkan pandangan SV terhadap kemampuan anda.

Terus terang jika ada perkara yang anda inginkan kepastian sebelum perjumpaan supaya anda dapat tunjukkan apa yang anda lakukan, bukan bertanya itu dan ini utk kepastian semasa perjumpaan….. mengabihkan current sahaja kalau macam tu..

SMS sekali sekala kpd SV anda bertanya kabar secara ringkas…. terutama sempena hari raya ker…Merdeka ker…. apa2lah….sebagai bukti ANDA MASIH WUJUD…. belum lagi pupus macam dinasour! Maklumkan juga secara ringkas perkembangan thesis anda.

Jangan bertanya sesuatu yang anda sebenarnya belum lagi mencuba utk menyelesaikannya. Tunjukkkan anda telahpun mencuba tetapi masih belum dapat mengatasi sepenuhnya.

Jgn tanya soalan basic yg anda patut explore sendiri seperti … Macamana saya nak cari journal ? Kat mananyer saya boleh jumpa journal ini? Kalau tak baca journal tak boleh ker Prof?

Ini hanya kan memalukan diri anda sendiri.

Ingat….SV bukan mentor anda….. ini bukan hubungan mentor-mentee…..macam pelajar undergraduate…. ini adalah hubungan professional…. so be professional !!

Jgn mengadu masalah peribadi….ntah2 SV anda lagi banyak masalah peribadi. Jgn ceritakan hutang anda dll….. atau hal anak2 anda.. kecuali ditanya oleh SV anda. SV bukan sdr mara anda !! Jgn minta simpati pulak…SV juga bukan kaunselor atau kawan anda….Jgn ceritakan stress anda sebab SV anda juga mungkin lebih stress… hik hik

Juga sayugia diingatkan…..

Jgn hantar thesis tanpa edit kepada SV anda…. pastikan tiada  spelling error…..Jadual tak ada tajuk… muka surat tak betul….. ini akan menyakitkan saja hati SV anda apabila membaca thesis anda....memang nak kena budak ni !!

Tolonglah bro….SV juga bukan editor anda…. wpun ada yang kesian dan baik hati membantu juga mengedit sedikit sebanyak di sana sini….tapi menjadi tjawab anda pastikan kesempurnaan aspek teknikal draf yang anda hantar kepda SV anda !!


OK bro... wa minta diri dulu.... tips kat atas tu basic jer....kalau ko tak boleh ikut juga.... baik ko buat kerja lain jer lah......jgn  buang masa dan duit...dan tenaga.....jadi Master Chef ker


Wa sendiri masih belajar jadi SV yang effective.....

OT

1 comment:

  1. Tq Dr OT...., mlm ni sajer dah banyak ilmu yg saya dapat...petang tadi sebenarnyer ada discussion dgn student..so, apa yg saya baca kena dan sealiran dengan apa yg dibincangkan...part tips yg paling best...saya suka gaya Dr OT menulis...santai...seolah-2 tengah online kat FB pulak...mungkin saya juga kena ubah stail saya sikit kot supaya lebih santai..so, kepalapun x pening....once again tqvm Dr OT....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...