.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, October 5, 2011

Tajuk 242: MENCARI GAP DGN TEKNIK HYBRIDIZATION

MENCARI GAP DGN TEKNIK HYBRIDIZATION

Teknik hybridization? Istilah canggih tu bro!

Istilah jer canggih tetapi menepati apa yang bakal saya tulis.

Mana bro dapat teknik tu?

He he…. Cetusan idea….

Cepat ler bro…. amende hybridization tu…

Mencari tajuk kajian memang mudah…. Tulis jer apa yang terfikir dibenak kepala anda…. sebahagiannya tercetus kerana pengalaman dan selebihnya kerana emosi.

Emosi? Camner tu bro?

Bila saya tanya… tajuk apa kajian u…..

Dengan cepat pelajar menjawab contohnya: 
Saya memang tak puas hati bila pelajar saya tak faham past tense, present tense dan continuous tense…. Apalagi tensionlah saya!

Jadi ?

Jadi saya nak buatlah tajuk…. “Kaedah Mengajar Tenses dalam Subjek English tanpa Tension menggunakan animasi 3 Dimension bagi pelajar Daerah Port Dickson”

Fullamak….. dasyatnye tajuk… macam tajuk filem ler pulak…

Tahu apa jadi selepas satu semester?

Tiga kali tukar tajuk bro…. sebab pelajar tu kata tak jumpa artikel pasal TENSION ….

Abis….?

Apa lagi….. Tension Mension ler pelajar tu!!

Berbalik kepada pencarian gap…. gap penting sebab kajian tidak dilakukan jika tak ada gap….dan kajian dibuat kerana ingin menutup atau mengurangkan gap….jadi gap sangat crucial ibarat nut pada sebuah tayar sebuah kereta. Carilah atas muka bumi ni satu tayar kereta yang tak ada nut.

Ada lah ! tayar kereta mainan anak saya ...

Eloklah tu berfikir macam budak2....

Saya ingin propose teknik ini, maybe ada yang dapat memanfaatkannya dalam mencari gap. Katakan anda ada 3 artikel berkaitan bidang yang anda minat, katakan MULTIMEDIA dan pengajaran ENGLISH. Anda berminat nak jalankan kajian kuantitatif menggunakan soal selidik tetapi tak ada teori dan instrument.

Andapun meneroka journal dan akhirnya menjumpai 3 artikel (Artikel 1, 2 3) dengan isi utama dalam artikel tersebut diringkaskan spt illustrasi berikut. Salah satunya (Artikel 2) membicarakan khusus tentang teori multimedia :

Dengan proses hybridization anda boleh mendapatkan:


1. Gap = aplikasi multimedia dalam pengajaran Bahasa Inggeris

2. Instrument = soal selidik ABC disesuaikan dari artikel 2

3. Method = survey - berdasarkan kajian artikel 3

4. Theory = Multimedia learning theory dari artikel 2


5. Senarai rujukan = Snow ball bibliography artikel 1,2,3

Phew.... anda dapat 5 perkara serentak.....ini dah kira baik.... untuk anda memulakan penulisan proposal... sementelahan tak banyak kajian multimedia dalam pengajaran English di Malaysia. 


Ironinya... anda masih juga perlu menyelongkar artikel sekiranya anda telah menetapkan awal2 tajuk kajian anda...bukannya gap...dan tidak menggunakan teknik hybridization....so apa bezanya?  


Bezanya... ... pencarian gap (yang bersifat terbuka) menerusi pencarian artikel menggunakan teknik hybridization akan terus menghasilkan sesuatu yang dinyatakan di atas, manakala pencarian berdasarkan tajuk (yang bersifat tertutup) belum tentu lagi anda menjumpai artikel yang "serasi" dengan tajuk yang telah anda tentukan dari awal lagi (spt contoh cikgu yang TENSION di atas) dan mendapat apa yang diperolehi sekiranya anda menggunakan teknik hybridization....


Ya...ya.. faham...... mekacih...mekacih.... wa mahu try ler bro...

Kenapa dinamakan hybridization?

Ini kerana pencantuman artikel2 seperti contoh di atas mestilah antara artikel2 yang setara dan dalam bidang yang sama. Hal ini berlaku dalam hybridization tumbuh2an seperti hybrid bunga orkid. Anda hanya boleh hybrid bunga orkid A dengan species orkid B, lalu menghasilkan hybrid orkid yang lebih cantik, tahan lama dengan diberi nama yang lebih glamer… katakan hybrid SPSS !!


Jadi jgn ada pulak yang hybrid bunga orkid dengan bunga Rafflesia dengan niat orkid yang anda dapat akan sebesar bunga Rafflesia..... confirmed org kata anda........ (isilah sendiri)

Bayangkan hybrid orkid Rafflesia dgn diameter 1 meter
Boleh jadi jutawan sekelip mata ko !!

OT 

2 comments:

  1. salam Dr. Othman. Amatlah best baca coretan dan cara Dr bg "kuliah" kat sini. Sangat santai, kelakar tapi faham. Dr yang terBEST setakat ni yang saya jumpa !! Terima kasih Dr ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...