.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, October 30, 2011

TAJUK 254: ANTARA APPROACH, METHOD dan TECHNIQUE ?

Kali ini saya berbicara tentang istilah. Istilah yang tepat akan menggambarkan kewibawaan pengucap atau penulisnya.

Saya tertanya-tanya, adakah pelajar faham dan tahu menggunakan istilah strategy, approach. method atau technique apabila menulis tentang kajian yang mereka sedang lakukan.....perhatikan perkataan bergaris berikut:

1. In this study, using a quantitative strategy for successful...


2. This study uses a quantitative approach which....

3. A quantitative method used in this study….

4. Alternatively, this study will use a quantitative technique …



    Abis mana satu yang betul?

    Kalau u bro…. u pilih yang mana betul?

    Aisey man…… wa feninglah….. wa pun tak tahulah….semua cam sama jer...

    Abis selama ini apa yang u tulis?

    He he he….. wa main bantai lah... kalau wa rujuk wa tiru saja ma...!!

    Mana boleh macam tu......

    Abis…. Mana wa tahu? Mana ada buku kasi hurai itu istilah.....abis kalau U tau…. bagi tau lah !

    Emmmm ko ingat ini…. jer ...S…A…M...T !

    Apa tu….. nama sekolah ko ker bro?

    Banyak ler ko punya nama sekolah….acronym ler…

    Hah?

    SAMT tu adalah: Strategy, Approach, Method, Technique. 


    Strategy paling umum (general) diikiti dgn istilah lebih khusus...Approach...Method dan terakhir Technique (paling details).


    Perkataan yang seerti:



    • Strategy (Strategi Kajian)
    • Approach (Pendekatan Kajian)
    • Method = Design (Kaedah = Reka bentuk Kajian)
    • Technique = Procedure = Step (Teknik = Prosidur = Langkah2 Kajian)




    Ok saya explain......


    Strategy adalah sesuatu gagasan umum sahaja. Bagi mencapai gagasan tersebut, anda boleh memilih approach (pendekatan) kualitatif ataupun kuantitatif ataupun kedua2nya (mixed).  Kemudian anda memperincikan lagi dengan memilih method (kaedah atau reka bentuk) samada eksperimen, survey, ethnography, grounded dll. Katakan anda memilih grounded theory…. Anda perlu memperincikan technique (teknik atau prosidur) kajian yang anda gunakan.

    Alamak bro….. otak wa dah bekulah…. Bagi ler contoh yang senang mak cik2 macam saya ni faham.

    Wokey le mak cik…


    Contoh 1 (Qualitative):

    1. Research Strategy – Menangani gejala sosial: Strategi kerajaan bagi memahami gejala sosial seperti Mat Rempit

    2. Research Approach – Quanlitative aproach: sebab nak memahami gejala Mat Rempit paling sesuai guna pendekatan kualitatif

    3. Research Method (Design) – Ethnography method / design: sebab kaedah ini sesuai untuk mencapai matlamat approach dan strategy

    4. Research Technique (Steps / Procedures) - Triangulation: Teknik seperti observation, field notes, interview dibincangkan perlaksanaannya secara detail dan bagaimana triangulation ini dapat menjawab semua persoalan kajian.


    Kesimpulan: Kajian ini berkaitan strategi menangani masalah Mat Rempit melalui pendekatan kajian kualitatif dengan memilih kaedah etnografi dengan teknik pengumpulan data triangulation melalui pemerhatian, field notes dan interview.....



    Contoh 2 (Quantitative):

    1. Research Strategy – Mengkaji keberkesanan animasi 3D.

    2. Research Approach – Quantitative aproach: guna score pre dam post test.

    3. Research Method (Design) – Pre and post test experimental research design (method) : sebab kaedah ini sesuai untuk mengukur keberkesanan treatment 3D bagi capai matlamat approach dan strategy

    4. Research Technique (Steps / Procedures) - quasi, non random sampling.... divided into control and experimental groups....give pre-test....treatment....then..compare gained scores...... (must be details...)


    Cukuplah dengan dua contoh di atas bro.....nak tulis thesis mesti professional !!

    Wow…. Itu macam ka? Fuhh…. Wa punya SV tak dak kisah wa tulis apapun semua OK…dan dalam artikel pun macam2 istilah mereka guna....


    SV bukan examiners bro.... dia supervise jer....dan yang tulis artikel tu ada macam2 jenis manusia...sebab tulah ada VIVA ada external examiners.... dan wpun dan di supervised.... kenapa masih ada pelajar yang kena resubmission bro...dan yang sadis ada yang fail sebab tak mencapai standard.....

    Tapi bila lu dah tahu menerusi blog santai ni….. guna istilah yang betul dan tepat pada maksudnya….supaya jangan bila lu jadi SV nanti......main bantai jugak....


    Contoh lagi  

    Kerajaan telah menggalakkan siswazah menggunakan strategi kajian berkaitan isu gejala sosial seperti Mat Rempit. Oleh itu, pendekatan kajian kualitatif adalah paling sesuai kerana budaya ini perlu dikaji secara mendalam. Antara kaedah kajian yang sesuai bagi pendekatan kualitatif adalah kaedah etnografi yang dapat membongkar makna disebalik berlakunya budaya Mat Rempit. Secara lebih khusus, kaedah etnografi ini akan menggunakan teknik kajian seperti pemerhatian, nota lapangan serta temuduga sebagai teknik pengumpulan data secara komprehensif……

    Wah….. wa baru jelas….. crystal clear lah omputih cakap….

    Jadi gunakan istilah strategy, approach, method, dan technique pada tempatnya. Jgn main bantai jer seperti contoh berikut:

    Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif....Oleh itu, pendekatan  eksperimen digunakan dalam kajian..... 

    Ok..Ok.. wa faham sekarang....



    OK bro….. wa masuk tidor dululah….. sebelum wife merajuk dan pelok bantal sampai ke pagi....abis wa nak pelok ape?


    Ko pelok komputer ko ler....he he


    He he.... ingin ku abadikan pic bersama wife tersayang.... yang juga .... my girl friend ... my best friend.......my team-mate....roommate....sleeping partner....sometime my enemy....grrr....

    1 + 1 = 3

    Wassalam.....

    OT

    ICT atau I-CITY..... Membantu yang susah...

    Malam tadi saya mengambil kesempatan ke I-City di Shah Alam, kerana tertarik dengan lampu2nya yang berbagai warna menjadi pokok2 yang disusun indah..... yg boleh dilihat dari Federal Highway. Wpun hati nak melihat final NS vs Trengganu, namun saya dah berjanji nak bawa anak2 ke sana. Lagipun kami kesana meraikan Hari Jadi Kak Ngah.


    Sebaik sahaja sampai...... sungguh mempersonakan dan terpukau seketika. Memang menakjubkan! Nine kelihatan tak sabar2 nak berjalan. Jika anda ada masa dan tak pernah ke sana, bolehlah bawa anak2..... agak crowded jika weekend. Namun saya dapati banyak arca2 berlampu yang berada ditanah seperti rusa, itik dll seperti tidak diselenggara dengan baik. Ada yang dah terpadam lampu nya. Mujurlah banyak pokok2 yang tinggi dan tak tercapai oleh tangan masih cantik dan memukau pandangan waktu malam. Ada juga permainan untuk anak2 tetapi terlalu ramai so.... kitorang jalan2 jerlah. 


    Saksikan beberapa pic di I-City:


    Deretan pokok2 berbagai warna....

    Arca-arca berlampu....

    Nine seronok dikelilingi lampu.....

    Happy birthday Kak Ngah....


    Jika sebelah malam di I-City....paginya pula saya and wife  keluar awal pagi untuk menyertai satu program amal bagi membantu sebuah sekolah agama.  Kami daftarkan nama sebagai sukarelawan bagi membantu mengutip sumber kewangan membantu pelajar dari keluarga susah. Program melibatkan jualan amal pakaian terpakai, buku, jualan makanan dan meraikan anak-anak yang susah.


    Wife membantu menjual pakaian terpakai.......dan saya pula diminta menjadi artis !! Phew......


    Tapak jualan baru bermula.... kelihatan flat PPR di belakang

    Anak-anak ini walaupun dari keluarga susah tetapi mereka sentiasa  ceria

    Inilah tugas saya..... jadi artis face painting... tak kisah asal dapat 
    raikan anak-anak yang datang...

    Emmmmm.....

    He..he buat eagle....


    Angry bird !!! He he...

    Salis dgn face painting....

    Kasut terpakai yang kita mungkin tidak hargai tetapi sangat berharga bagi keluarga yang susah...

    Anak-anak diraikan dengan permainan

    Berebut-rebut.....

    Wife sibuk menjual pakaian terpakai dan baru yang diderma

    Friday, October 28, 2011

    TAJUK 253: SIMPLESITI dan TAIB and THE TYPE WRITER: TUKAR THESIS SEDIA ADA KEPADA DOCUMENT MAP

    Saya rasa teruja sebab usaha saya mempopularkan doc map atau abangnya navigation pane telah mula menampakkan hasil. Inilah asas penulisan pantas dan effisyen yang tidak dikuasai oleh hampir semua pelajar siswazah yang bakal membuat thesis dan menggunakan MS Word. 


    Sungguh sadis bila komputer canggih manggih anda dalam berbagai bentuk dan saiz juga warna.....dengan MS Word yang power...diguna persis  typewriter sahaja.... Jika nama anda Taib..... maka jadilah Taib and the typewriter...... jika Siti jadilah Simplesiti sebab guna features Word  yang simple2 jer masa menaip tesis......(tapi pakai Simplysiti yang mahal2 woo...New Age...Clear Skin)... bila tanya Document Map, Compare, Split, Cross Reference, Break, Caption semua tak tau amende dan bagaimana nak guna....wpun icon2 tu dok tercongok (dah sedia ada ler) kat features MS Word tiap kali anda buka MS Word nak menaip tesis......maka keluarlah jerih anda bila nak mengedit thesis anda yang menjela2.... buka file ni, tutup file tu, edit file ni, format file tu.....dan membuatnya secara manual... macam type writer ! Bukan sahaja jerih..... masa yang lama dan sangat membosankan anda membuat kerja2 yang sama berulang2 kali.
    Saya simple.....?  Biarlah rahsia.....
    (Saya buka mulut masuk ribu2.... Anda buka MS Word kena taip ribu2)


    Come on bro..... wa guna typewriter sebab tulis lirik  satu page jer tapi korang tulis ribu2 perkataan woo...
    apsal korang tiru wa....guna type writer ?



    Banyak komen2 positif saya terima dari peserta bengkel dan paling syahdu bila ramai yang dahulunya menulis macam kura-kura sehingga deman kura-kura kini dah mula bergerak laju. Thesis yang dulu terpendam macam harta karun berkurun2...kini dah mula terbongkar dan mula menulis macam org tak sedar diri sedang menurun !! 


    Ada peserta bengkel yang email dan maklumkan berjaya siapkan proposal utk presentation dalam 3 hari 3 malam sahaja selepas lebih 3 bulan mengeram.....


    Namun ramai peserta bengkel yang bertanya jika mereka telahpun menulis thesis dan bagaimana nak reverse proses menjadikan thesis tersebut dalam mode doc map atau navigation pane. Walaupun saya dah tunjukkan dalam bengkel (dengan menjadikan semua file dalam mode Normal), namun saya ingin tunjukkan satu lagi fungsi yang sgt mudah untuk tujuan tersebut, khusus buat peserta bengkel.


    Langkah 1:
    Anda copy and paste semua chapter2 anda dan jadikannya dalam satu file sahaja.


    Langkah 2:
    Anda pilih Home - Select - Select All


    Langkah 3:
    Anda pilih Home - Clear Formatting (icon gambar eraser)


    Langkah 4:
    Semua format yang pelik2 akan hilang dan file anda akan jadi text tanpa heading


    Langkah 5:
    Mulakan operasi document map / navigation pane - Heading, caption dll seperti dalam bengkel..... 


    Saya paparkan operasi diatas dengan dua pic berikut sebab tanpa pic..... payoh nok nampok !!


    Kelihatan Navigation Pane (spt juga Document Map) dengan Heading, subheading.....

    Selepas Select All, klik icon spt yang highlighted iaitu Clear Formatting...klik icon ini maka semua fomat yang pelik2 akan hilang....
    (lihat tertulis....This document does not contain headings.... anda berjayalah tu ) 

    Semoga anda akan terus progress dan sukses dalam penulisan anda......


    OT

    Wednesday, October 26, 2011

    Tajuk 252 - Ha... Fungsi COMPARE lagi power !!!

    Satu petang yang bening... hening.... dan fening....

    Alamak bro..... wa ada satu masalah lah....tengah fening kura-kura ni... dah 2 malam wa minum 3 cawan kopi POWER.. nak sengkang mata nak settlekan masalah ini....

    Wuaaa.... dahsyat tu.....


    Memang dahsyat bro... sampai wife panic bila tahu wa minum 3 cawan kopi POWER yang wa baru beli....dia kata wa buang tabiat.... sambil dia tersenyum semacam jer..... he he 


    Abis.....?


    He he.... mana leh citer bro...wa punya masalah dgn proposal lah bro....wa dah save 4 file bila wa updated bro....wa bagi nama prov1....prov2...prov3 dan yang latest prov4

    Baguslah..... apa masalah nya....

    Masaalahnya..... ada benda2 yang wa dah taip dan buang dan edit..... wa nak cari balik.... tapi wa tak ingat bro.... tak ingat kat file mana wa buat benda2 tu....dan amende yang wa dah buang, tambah dan edit bro...

    Kenapa plak....

    Mula2 SV kata kena buang.... then bila wa buang...wa edit..... SV suruh masuk balik..... wa fening bro....

    Salah ko jugak.... tak explain betul2 pada SV ko....

    Ada tip ke lagi bro.....

    Ko kata ciri researcher mesti berani explore….

    Memang le…..

    Ko dah explore ke Word ko tu?

    Kat mana bro….. banyak sangat nak explore…

    Wokey…..

    Yesss…. Mesti ada tip….. wa caya lu lah bro…

    U klik REVIEW….. then klik COMPARE….dan ada 2 options…. Compare atau Combine.

    Ok…OK…

    Katakah ko nak check dulu dalam file asal ko prov1 dengan prov4…. Ko jadikan prov1 sebagai Original document dan prov4 sebagai Revised document… then klik OK…. Lain2 function tu ko boleh try kemudian…

    Then apa jadi bro?

    Akan keluarkan 4 bahagian….. Compared document….. Original Document …. dan Revised document serta Main document Changes and Comments….

    Semua yang ko dah edit dll akan muncul dalam Compared document…. Dan ko trace lah kat mana perubahan yang ko dah buat. Ko boleh cuba pula dengan file2 ko yang lain….Ko lihat ler print screen berikut...

    Fungsi COMPARE yang tidak pernah digunakan wpun ramai yang hadapi masalah


    Phew…. Separuh jiwa ku datang balik….


    Tak bis lagi..... kalau ko ada 2 document....dari 2 author berbeza.... ko nak combine jadi satu..... ko gunalah option COMBINE pulak... tapi yang ini ko explore ler sendiri..... jgn nak kena suap jer bro...

    Tak sabar wa nak try fungsi COMPARE ni …. mekacih mekacih….alamak bro... wife wa dok asyik jeling2 jer wa dari tadi ni......emmmm....wa gi dulu...... 


    Cayo tak cakap den.... MS Word ni power....bukan asyik minum kopi POWER jer utk sengkang mata buat editing..... sebab MS Word sebenarnya lebih POWER dari kopi POWER!!


    Begitu adanyer....


    Lawa dan kacak pemuda makasar
    Tinggi dan lampai dara di pantai
    "Wa" dan "bro" bahasa pasar
    Menyampai mesej secara santai...


    Pulau redang indahnya pantai
    Tamu berkunjung sukar diramal
    Walaupun mesej secara santai
    Ilmu terkandung mesti diamal...

    OT

    Mahalnya belajar MS WORD !

    Salam,


    Saya mendapat satu maklumat bengkel menulis thesis menggunakan MSWord dari seorang pembaca blog drotspss di NZ.  


    Jumlah yang dikenakan kepada pelajar adalah NZ260 bersamaan RM650 untuk bengkel 5 jam sahaja.... tersangatlah mahalnya. Lihat iklan berikut....




    Sekadar berkongsi rasa dan fikir....


    OT

    BENGKEL LAGI....POWERNYA MS WORD...

    Tak lengkap jika bengkel document map dan LR kali ini tidak dimuatkan dalam blog ini sebagai kenangan terindah....Terima kasih kepada Rosidah (UKM) dan Wajia (UKM) yang sama-sama menguruskan bengkel ini.....


    Baca dan taip dan baca dan taip.... biar document map
    organize utk ko....sempoi !


    Menulis thesis dgn document map, write while you read dan dirdio pasti buat anda tersenyum

    MS Word jauh power dari apa yang anda sangkakan.....

    Taip dulu our voice our thought....consistently
    baru cite..... cayalah...

    Menulis LR secara kritis bukan lagi satu masalah negara....

    Mula intro...point....dan conclusion.....tu jer !
    Ish..isk... selama ni aku main bantai jer....

    Macamni ha..... baru complete zero draft ni....

    Merakam kenangan.....

    Monday, October 24, 2011

    TAJUK 251: POWERNYA FUNGSI SPLIT DALAM MS WORD !!

    PERNAHKAN ANDA GUNA FUNGI SPLIT MS WORD ANDA?

    Alamak bro….. wa tabik la dengan document map yang bro ajar….. berdesup wa tulis bro….full swing…..sampai tak perasan mertua datang rumah dah 2 hari bro…

    Mak ai….dasyat sungguh tu….emm…..

    Hari ni wa tersilap panggil darling…. ingatkan wife wa....rupa2nya mak mertua hu hu……nasib baik dia tu sporting..... tulah anak dan mak cam sama jer bro....

    Per masalah ko ni.....?

    Last week wa termenung 3 hari 3 malam bro…..sampai wife wa merajuk..... panjang muncung dia bro.....tu yang mak dia datang tu


    Dasyat ko termenung....apa hal?


    Wa termenung camner wa nak menulis perbincangan di Chapter 5, sambil merujuk kepada jadual-jadual yang banyak di Chapter3 dan 4. Wa betul2 fening bro..... sebab banyak jadual wa nak kupas....wa ingat nak print then boleh selak2 sambil menaip bro.....

    Apsal nak print ler pulak...... membazir kertas dan ink jer....

    Susahlah bro, nak tulis di page lain…..nak rujuk di page lain bro….. ada tips ker?

    He he…. dijamin ader….

    Fulamak bro….caya lah lu.....cepatler kasi tau…… tak sabar nak tulis dan tunjukkan kepakaran wa dalam Chapter 5….dan nak pujuk wife wa.... sure wa bagi satu kucupan azimat kalau wa dapat settle kan problem ini bro.....

    Ok….. ko tutup dulu doc map then ko klik view….

    Pas tu bro?

    Ko klik “Split” dan akan kuar satu garisan….. ko letak garisan tu kat paragraph yang ko nak tulis….

    Split..... tak pernah tahupun ada benda tu.....OK….Ok…..

    Then ko klik jer…. Timbul ler satu ruler yang memisahkan paragraph u dengan keseluruhan tesis u yg lain.

    Ok…OK….

    Then ko letakkan cursor ko pada bahagian file di bawah garisan split (file kedua yang dah split) ....ko guna function "Find" dan bila ko klik jer “Find Next” berdesup Jadual 31 tersebut muncul dibawah paragraph yang ko Split tadi.....then apa lagi ko rujuk dan taip ler apa sahaja yang ko nak.....

    Mak ai…. Tak tercapai aqalku !!

    Then ko buat ler diskusi ko dengan merujuk kepada jadual tersebut atau mana2 bahagian yang ko nak rujuk. Cuba lihat contoh dibawah ni...... ko boleh tulis pada bahagian Research Questions sambil merujuk Table 31.... yang berada jauh antara satu sama lain.....malah dalam chapter yang berbeza.....

    Contoh aplikasi SPLIT

    Ok bro.... mekacih mekacih.....wa tabik spring lu bro... toing2...wa nak kasi kucupan azimat dgn wife wa dulu yang dah panjang muncungnya sejak 2 hari lepas......he he....bagi muncung dia back to normal bro...

    Wokey ..... no worries bro.... wa nak masuk tido....sok wa ada bengkel lagi...... wassalam...


    OT


    Sunday, October 23, 2011

    Tajuk 250: SEPARUH SEDAR...MENCARI GAP, THEORETICAL & CONCEPTUAL FRAMEWORK

    Tajuk 250: Separuh sedar.. Mencari Gap, Theoretical and Conceptual Framework... 


    Secara jujur saya katakan bahawa semua postgraduate students sama ada menerima hanya sedikit latihan utk mencari gap dan theory dalam LR ataupun tidak menerima latihan lansung. Kursus yang ditawarkan di IPTA seperti Research Methodology hanyalah panduan2 umum akan proses penyelidikan yang bakal dihadapi oleh mereka sepanjang penulisan tesis. 


    Saya menyedari pelajar perlu berusaha sendiri untuk mencari gap dan membuat pembacaan utk penulisan LR. Namun saya juga menyedari, kebanyakkan bahan dalam buku dan sumber lain hanya memberikan rule of thumbs atau panduan umum yang sukar diterjemahkan oleh pelajar apabila menulis.....

    Menulis LR samalah seperti “mempamirkan” pengetahuan penulis tentang segenap aspek yang ingin dikaji dari segi latarbelakang, perkembangan pengetahuan, teori, isu serta methodology yang sering digunakan. Saya dah jelaskan dalam entry yang lepas bagaimana anda boleh mencari gap seperti Teknik Hibridization. 


    Bagi entry ini, saya hanya akan memberi satu contoh lagi mencari gap dan theory utk satu kajian Management Information System (MIS).Moga anda dapat terjemahkan kepada kajian anda. Contoh ini adalah hasil cadangan dan pandangan saya kepada salah seorang peserta bengkel di UitM Puncak Alam. 


    Gap yang saya cuba utarakan disini telah saya cadangkan kepada peserta tersebut dan beliau sedang mendalami gap tersebut utk kajian PhD beliau. Kajian yang saya maksudkan seperti yang dijelaskan oleh peserta bengkel tersebut adalah isu utk meningkatkan keberkesanan web portal MOH (Kementerian Kesihatan) yang jarang dikunjungi oleh orang ramai walaupun terdapat banyak informasi berguna. 


    Tentu anda terfikir mengapakan hal ini berlaku dalam hampir kebanyakkan portal kerajaan walaupun kerajaan ada budget, kemudahan malah telah mengiklankannya saban hari di kebanyakkan media massa. Apa yang tak kena? 

    Saya nasihatkan peserta bengkel tersebut supaya membuat pembacaan yang intensif. Katalah ini adalah hasil pembacaan tersebut dari perspektif saya sendiri untuk tujuan berkongsi idea dalam pencarian gap bagi isu di atas.  

    Teori sedia ada:
    Anda dapati....banyak kajian lepas menguji keberkesanan web portal melalui beberapa teori seperti The unified theory of acceptance and use of technology (UTAUT), Technology Acceptance Model (TAM1 dan TAM2) dll yang menjurus kepada "the ease of use", keselesaan dan kemudahan menggunakan sesuatu web portal. Anda dapati semua teori2 ini hanya menggarap aspek teknikal pembinaan portal tetapi kurang menyentuh aspek interaksi dengan pengguna. Teori2 ini agak bersifat superficial dan perlu diperdalamkan lagi.

    Teori mengisi gap:

    Anda dalami pembacaan anda dan mendapati pembinaan web portal kurang mengambilkira interaksi antara pengguna dan portal tersebut. Anda dapati, keadaan ini boleh diwujudkan (mengisi gap) dengan mengintegrasikan teori HCI (Human Computer Interaction) supaya web portal mempunyai ciri “individualized” atau “personalized”. Gabungan ini melibatkan kombinasi pengetahuan tentang computer dan juga behavioral science. Inilah gap yang akan anda isi !!


    Petanda tak baik jika gap anda tidak jelas
    dalam conceptual framework anda..

    Theoretical framework:
    Anda perlu membina theoretical framework anda berdasarkan 
    model2 yang telah established iaitu UTAUT, TAM1 dan TAM2.


    Conceptual framework:
    Anda juga perlu membina conceptual framework anda dengan mengintegrasikan theretical framework di atas dengan teori HCI bagi menghasilkan web portal yang bukan sahaja mudah digunakan serta informatif tetapi juga berciri lebih interactive dan personalize.  Antaranya seperti pengguna ada akuan sendiri, ada progress report tentang kesihatan diri, informasi2 kesihatan yang di"personalised"kan mengikut keperluan pengguna dsb. Ini bagi mewujudkan perasaan "sense of belonging" kepada web prtal tersebut.


    Contoh mudah:
    Seorang pesakit diabetes, boleh merekodkan dalam portal MOH kandungan gula dalam darah yang diambil setiap hari dgn alat portable yg boleh dibeli di farmasi.... then portal ini akan memberikan laporan dan informasi bagi membolehkan pesakit mengetahui status kesihatan "on the spot".. Malah keluarganya juga boleh mengetahui progress ini bagi tujuan pemantauan.... 


    Pesakit juga boleh key-in nama2 ubat dan mendapat informasi kegunaan dan keperluan serta side effect ubat tersebut. Selama ini penerangan ringkas hanya diberikan kepada pesakit ketika mengambil ubat difarmasi. Bayangkan jika pesakit adalah mak dan ayah kita yang berumur 70 tahun..... paham ke mereka maksud yang disampaikan oleh pihak hospital? 


    Oleh itu, pemantauan boleh dilakukan oleh ahli keluarga melalui akuan portal yang personalised. Bukan itu sahaja, dalam kes2 kecemasan.... doktor atau pihak hospital lain pun  oleh menggunakan maklumat yang sama tanpa perlu bertanya itu dan ini kepada waris..... atau kepada pesakit yang separuh sedar...Tak de lah Dr akan bertanya... "Apo kono e jang omak ko ni....?" Tetapi terus minta username dan anda masukkan password dalam portal MOH....

    Ini bermakna, melayari portal kerajaan spt web portal MOH adalah seperti anda membuka portal peribadi anda dengan segala informasi menjurus kepada keperluan anda….. bukan lagi bersifat terlalu umum dan “public”.


    Jadi bro..inilah menjadikan kajian anda penting dan signifikan utk dijalankan... 

    Anda pun boleh mula membina outline kajian anda dengan main idea sebagai  superordinate (main heading) diikuti dengan idea subordinate (sub heading). Hasil bacaan intensif anda dan menggunakan kaedah main idea ataupun kaedah synthesis matrix (spt yang dikupas dalam entry lepas) maka anda pun membina outline seperti berikut (ini dummy sahaja.....)


                                    CHAPTER 2
                          LITERATURE REVIEW

    2.0  Information management evolution

    2.1 Theoretical Framework
    2.1.1 Portals as information and communication media
    2.1.2 Technology Acceptance Model

    2.2 Types of web portal
    2.2.1 Personal portals
    2.2.2 Government portals
    2.2.3 Corporate portals
    2.2.4 Consumer portals

    2.3 Issues in previous research related to Web Portal
    2.3.1 Usability
    2.3.2 Accessibility
    2.3.3 Privacy / Security
    2.3.4 Interaction

    2.4 Conceptual Framework
                2.4.1 HCI
                2.4.1 Personalized portals

    Ouline ini menjurus kepada conceptual framework anda yang mengintegrasikan Technology Acceptance Model dengan HCI. Sila baca entry tajuk 248 bagi mengetahui bagaimana membina conceptual framework dari theoretical framework...


    Ingat, semakin clear conceptual framework ini semakin mudah untuk anda jalankan kajian dan memberi fokus kepada pengisian gap kajian anda. Saya fikir taklah susah sangat nak cari gap...... dan menyatakan sumbangan kajian anda.....


    Bagi peserta bengkel yang lepas... inilah masanya anda apply document map, "foresee" dan mengisi setiap heading dan main heading secara kritis.....


    OT

    Tajuk 249 - Bye-bye regression….Hi hi SEM !

    SEM atau omputihnya structural equation modelling telah berkembang sebagai generasi baru berbanding analisis klasik seperti  ANOVA, MANOVA, multiple linear regression (MLR). Wpun mula diperkenalkan pada tahun 1960an, hanya sekarang dengan adanya AMOS yang sangat friendly user, SEM menjadi terkenal….macam juara AF..... sehingga menjadi kegilaan teruna dan dara.

    Ini kisah syahdu apabila sampai dicuping telinga saya bahawa ada yang mendakwa mereka yang menggunakan analisis seperti MLR diibaratkan seperti melancong dengan menaiki kapal laut sedang dengan SEM, anda seperti melancung menaiki kapalterbang!! Fulamak…. dasyak sungguh perumpamaan tersebut!!

    SEM tiba2 menjadi bahan perbualan dalam kalangan pelajar PhD dan Master. SEM tiba2 menjadi begitu glamer.... sehingga yang tak tahu SEM seakan2 rasa ketinggalan dan yang baru masuk bengkel SEM (wpun tak faham lagi) tiba2 rasa macam dah nak konvo bulan depan !! 

    Timbul lagi isu..... mereka yang mula nak guna SEM, terasa darjah mereka tinggi berbanding kawan2 yang guna MLR..... macam filem P. Ramlee.. antara dua darjat... walaupun kedua SEM atau MLR menggunakan asas yang sama iaitu menganggar coefficients bagi satu set linear equations. Bezanya dalam SEM, linear equation ini boleh mengandungi observed (measured) dan unobserved (latent) variables yang berkaitan dengan observed variable tersebut. SEM boleh mengukur multiple relationships of DV dn IV. SEM menggunakan asas confirmatory factor analysis dan graphical modelling interface bagi menguji model dengan pelbagai DV, menguji model dgn mediating variables, dgn error measurements dan test coefficients across multiple between-subjects groups. Walau bagaimanapun, SEM hanya sesuai digunakan sebagai confirmatory technique.

    Oleh itu, jika tujuan kajian anda utk menganalisis hubungan berbentuk exploratory….. maka  MLR adalah analisis yang lebih sesuai. Tambahan jika sampel saiz secara relative adalah kecil, dan apabila timbul masalah normality assumptions,  regression adalah analisis yang lebih sesuai digunakan. Tambahan jika instrument pengukuran mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi (maka kesan measurement error spt yang diukur dalam SEM tidak perlu dibimbangkan sangat dalam analysis). MLR juga sesuai meramalkan variance bagi data interval bagi DV, dichotomous or dummy IV.

    Jadi…. analogy SEM naik kapal terbang meninggalkan analisis lain hanya naik kapal….. adalah analogy kurang cerdik... dan sedikit sombong. Jika SEM ibarat microwave yang boleh memasak dengan cepat…. anda tetap memerlukan dapur gas utk masakan2 yang tidak mampu dibuat didalam microwave… Jadi, jgn hanya kerana anda ada microwave….anda lupakan dapur gas anda…. Silap hari bulan black out….atau microwave anda rosak.... anda tetap akan cari dapur gas anda….. he he.... Bayangkan bakar lemang dalam microwave !!

    Walaupun SEM memang mempunyai advantages, namun dalam membuat kajian, kesesuaian analisis data adalah keutamaan dan anda perlu memilih analisis yang menepati persoalan kajian dan latar belakang kajian anda…. bukan kerana anda baru ikut bengkel SEM….. atau SV anda tahu SEM…….semuanya mesti dengan SEM….. SEMput....!!


    Saya ingin sentuh hal ini kerana apa sahaja analisis statistik masing2 ada tempat yang sesuai. Sebagai contoh mudah.....jika anda ingin bandingkan 3 kumpulan serentak..... gunalah ANOVA.... bukannya SEM. Jika bandingkan kumpulan2 tertentu berdasarkan frequensi.... gunalah chi square....Jika nak masak rendang gunakan dapur gas... bukan microwave....SEMpoi....!!

    OT 
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...