.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, May 23, 2016

Tajuk 859 - Pilot Artikel of Topic (PAOT)... Ibarat "tikus jatuh di beras"

Aku mula berjinak2 dengan mobile apps dalam sains... sebab itu adalah state of the art dalam bidang aku. Aku tak berapa nak buat kajian seperti "The relation between P, Q, R.... towards S and T" sebab bagi aku ini bukanlah satu authentic research dalam bidang aku sebab dapatan yang diperolehi masih bersifat "superficial relationship"... wpun sedalam manapun analisis yang dikemukakan. Jika PG yang buat, its OK..

Berbalik kepada tajuk. Pilot Artikel of Topic atau PAOT adalah artikel yang telah menghimpun review dalam sesuatu topik. PAOT juga adalah artikel2 yang hampir sama dgn apa yang anda sedang lakukan. Contoh:



Jadi, jika anda buat apapun kajian... manalah tahu, cuba dapatkan PAOT yang review isu yang anda kaji... perghhhh....ini adalah ibarat "tikus jatuh ke beras" akan memudahkan lagi anda.
Berikut adalah PAOT (2016) yang baru muncul dari search Mendeley aku....yang menggunakan Scopus data base.. sekadar berkongsi sesuatu yang boleh anda fikir2kan..

OT

Tajuk 858: Antara cara terbaik mendapatkan tajuk kajian.... yg MANTOP !

Antara cara terbaik mendapatkan tajuk kajian.... yg MANTOP !
Aku dah byk tulis tentang tajuk kajian... sampai aku lupa apa yang aku tulis. Ini satu lagi.... bagi memudahkan perjalananan anda menuju destinasi !

Matlamat buat PhD / Master antaranya:
1. Menguasai / dalami bpengetahuan khusus suatu bidang
2. Menyumbang kepada knowledge dari dapatan kajian
3. Menjadikan anda independent researcher yg ada skills

Jika anda boleh mendapatkan satu atau beberapa buku yang khusus berkaitan dgn keyword kajian anda, terutamanya buku handbook terbitan terkini, buku spt ini memudahkan anda menguasai semua aspek yang releven dengan kajian anda.

Contohnya kajian anda menggunakan keyword spt "Mobile Learning", "Learning Technology", "Learning Strategies" maka  contoh buku berikut boleh menjadi asas kuat aspek teori dan trend yang telah dijalankan dalam kajian lepas.




Wpun buku sumber sekunder, ia penting kerana penulis telah menggabungkan artikel terdahulu serta kupasan yang dilakukan dalam buku tersebut membolehkan anda tahu "what else need to be done" sebagai novelty yang signifikan... dgn syarat buku tersebut adalah antara terbitan terkini...

Just to give an idea... supaya anda ada panduan yang telah dibukukan selain anda tidak lemas dalam himpunan artikel2 anda yang banyak tu.....

OT

Tajuk 857: Gap dan school of thought..

Dialogue yang aku dengar sebelum solat Jumaat semalam….

A: Saya buat kajian innovation… 
B: OK… apa research gap you?
A: Saya tak isi gap… saya buat extention kepada model yang ada sebagai satu innovation.
B: Mana boleh… you kena tahu apa gap yang u kaji
A: Saya tak kaji gap…. saya buat extention !!
B: Ala… tulislah apa2….sipi2pun tak apa… nanti dalam VIVA mesti kena tanya gap punya !

Fuhhh…. kuat betul penangan GAP… entah siapa yang mula menggunakan istilah GAP…ada rujukan yang specific ker tentang gap.... spt Bloom dgn taxonomynya, atau Bandura dgn Planned Behaviour atau Piaget dgn schematanya atau Likert dgn scale qnairenya.... sehingga diwarisi turun temurun... spt satu kewajipan bertanya ‘GAP’.


Malah banyak tulisan cuba mengupas maksud gap.... bacalah berlambak dalam internet... ada yang menyatakan bahawa gap adalah ‘missing element’ dalam literature atau persoalan “that has not been answered adequately”. Malah pelbagai pihak telah sedaya upaya menjelaskan maksud gap sehingga menjadi makin kabur... Aku percaya, mungkin ada yang bertanya GAP sendiri xjelas apa yang ditanya - orang lain tanya... diapun nak tanya jugak...

Lihat contoh berikut:
Mobile application atau app dapat membantu pelajar meningkatkan engagement dan motivasi…. sebagaimana di review dalam literature. Wbmpun… engagement dan motivasi tersebut lebih bersifat sementara jika dibandingkan dengan engagement dan motivation dalam games seperti argument yang mula muncul dalam literature terkini sehingga membawa kepada persoalan kajian:
How can gamification be integrated through pedagogical approach in educational mobile app to increase students’ authentic engagement and motivation to learn?

Ini bukan missing element dalam kajian lepas, sebab ia isu semasa yang muncul dan baru disedari urgencynya. Ia juga bukan persoalan yang belum dijawab kerana tiada siapa mempersoalkannya kerana app dan gamification baru mendapat tempat dalam educational setting…. Ini adalah extention yang menggabungkan mobile apps dengan ciri gamification terkini untuk meningkatkan engagement dan motivasi pelajar. Dapatan kajian akan menghasilkan sesuatu yang novel utk contribute to knowledge.

Tapi bro ... banyak teori dalam literature tanpa practical... maka wujudlah GAP antara theory and practice?

Ini namanya applied research.... mengkaji application sesuatu theory.... Kajian tersebut membuat aplikasi kepada teori.... sebab sesuatu teori yang baik wajar mempunyai aplikasi..... apa perlunya tanya GAP lagi ?

Tapi bro…. dalam research ada byk school of thought…. ada school of thought yang anggap GAP ini satu kemestian…

Tanyalah 3 soalan asas lagi penting ini:
- Kenapa isu ini yang dipilih utk dikaji ?
- Apa persoalan kajian yang telah diformulasi?
- Kenapa kajian ini suatu yang signifikan untuk dijalankan?
Soalan di atas ditulis dan dikupas dalam thesis… oleh semua PG tanpa kira school of thought - science atau social science... tanyalah utk lebih kepastian !

Jadi... yang suka sangat tanya GAP ni school of thought mana?
OT

KB Airport

Tajuk 856: GAP GIP GULP...

Dgn btemu sendiri ribuan PG secara direct atau maya.... baru aku tahu menjalarnya gesaan mencari GAP... menuntut impak kajian pada society, community... dan polisi... yg semuanya bukan matlamat asasi mbuat scholar research master / PhD di universiti.

Gesaan ini secara tak lansung mberi tekanan tanpa sebb mengatasi keutamaan menguasai analisis data yg mdlm, mbina dan validated instrument, penulisan kritis, pencarian leading topical journal serta publication.

1. Gap bukanlah apa yg ingin diketahui bila menghadiri konferen, kolokium atau simposium... peserta hanya ingin tahu kajian dan dapatan tkini dlm sesuatu bidang dan knowledge yg terhasil darinya. Aku belum pernah dengar ada peserta btanya "what is the research gap" masa konferens.... wpun ia spt satu soalan wajib utk dijawab seblm diterima sesuatu tajuk master / PhD!

2. Impak dan implikasi pula boleh diketahui dlm presentation keynote speaker yg expert.. experienced dan lama dlm sesuatu bidang yg kajian dan ideanya telah ada impak... lalu diundang khas dlm sesuatu konferens... dan sbb itu bukan sbrg org yg dipanggil sbg keynote speaker....

3. "Implikasi for future research" pula adalah implikasi utk penulis sendiri kerana kajian yg dilakukn tidak akn terhenti disitu. Apakah idea.. intention penulis sendiri utk mengembangkn kajiannya dimasa dpn... bukan utk menyuruh org lain melakukannya pula.... spt yg ditulis selama ini kerana masing2 penulis ada kajian masing2...

Lebih sadis ada yg mencadangkn gap boleh ditemui dlm implication for future research dan juga dlm limitasi kajian org lain... begitulah gawatnya mereka mcari gap !

4. PG perlu mdapat gambaran sebenar knp mereka perlu buat kajian... mmahami terlebih dahulu maksud pernyataan masalah... then formulasikn dlm btk RQ atau hipotesis... dan pemilihan isu yg novel dan signifikan.. . bukan awal2 terus digesa pencarian tajuk utk mengisi GAP... dah btukar2 tajuk kerana dikatakn GAP tajuk tersebut xcukup dlm... dah ditukar lagi utk dalamkn GAP.. dikatakan xcukup impak pula... bila diubah supaya kelihatan ada impak... dipersoalkn pula aplikasinya kpd polisi...

APAKAH SEMUANYA INI ?

OT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...