.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, February 26, 2015

Tajuk 709: Kenapa perlu ada hipotesis?

Aku menulis post ini dgn bercakap kepada diri sendiri… dalam bahasa yang aku sendiri faham… bagi membantu menjawab pertanyaan di atas... berkaitan kajian experimental.

Katakan aku bcadang utk membuat kajian experimental dgn membandingkan min skor kumpulan treatmen (E) dan min skor kumpulan kawalan (C).

Bersama Dr Ardess Karlsson, Vice Presiden Mendeley

Pertama:
Aku menukar problem statement dalam bentuk null hipotesis. Null hipotesis adalah untuk populasi dari mana subjek kump E dan C diperolehi, maka sepatutnya tiada perbezaan min skor A dan min skor B kerana berasal dari POPULASI yang sama. Ingat… null hipotesis adalah utk POPULASI.

Kedua:
Oleh kerana aku nak buat research, aku kenalah ambil sample E (n=28) dan C (N=29) , lalu aku menulis pula research hipotesis iaitu hipotesis bagi SAMPEL bagi menguji adakah min skor E > min skor C selepas dikenakan treatment.

Ketiga:
Aku pun menetapkan degree of confidence pada 95% iaitu nisbah perbezaan skor min E dan C akan berada dlm kawasan terima null hipotesis (perbezaan tidak signifikan)

Keempat:
Terdapat lagi 5 % lagi (p=0.05) kawasan kebarangkalian pada hujung taburan kebarangkalian dgn nilai extreme (kawasan kritikal)

Kelima:
Oleh kerana aku guna sample maka akupun menggunakan formula t bagi mengira perbezaan min skor E vs min skor C. lalu mendapat nilai t-obtained atau t-calculated, iaitu nilai nisbah perbezaan min / variance dari kajian.

Jika perbezaan min skor E dan C ini cukup besar, maka nilai t yang dikira juga akan besar dan jika nilainya melampau nilai 95% menerima null hipotesis sehingga memasuki kawasan 5% nilai extreme (memasuki kawasan kritikal), maka aku yakin bahawa perbezaan ini berlaku kerana treatment (perbezaan yang signifikan), iaitu aku menolak null hipotesis, lalu menerima research hipotesis, iaitu wujud perbezaan yang signifikan.

Keenam:
Oleh kerana sampel E dan C diambil secara rawak (seboleh2nya) dari populasi yang sama, maka dgn ini, bolehlah dibuat inferens kepada populasi yang mempunyai criteria yang sama.

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...