Saya bagai nak giler bila pelajar tanya "Apsal n = 30 dikatakan mencukupi khususnya bagi kajian eksperimental? Saya dah baca dalam buku tak derpun.... pensyarah pun tak tahu....". Mana tak giler.... saya bukan statistician yang boleh jawab begitu jer. Saya akan ambil pendekatan mudah, sekurang2nya dapat digunakan bagi mempertahankan n = 30 sebagai sufficient enough untuk analisis statistik anda.
Anda memahami bahawa taburan bagi populasi adalah taburan frekuensi individu skor yang menghasilkan min dan s. piawai. Apabila anda mengambil satu kumpulan sampel secara rawak dari populasi tersebut, maka minnya akan menghampir min populasi.
Jika anda mengambil, katakan 20 sampel dengan setiap satunya mempunyai saiz sampel n = 5 iaitu n1, n2, n3...n20 dan anda plotkan min-min sampel tersebut anda akan dapati ianya cenderung tertabur secara normal, tak kira samada taburan populasi dimana sampel diambil tertabur secara normal ataupun tidak normal. Jika anda tambah saiz bagi 20 sampel-sampel tersebut, katakan saiz sampel n = 10, taburan akan menjadi lebih menghampiri taburan normal dengan variability yang lebih kecil.
Jika diulang dengan n = 30, taburan yang terhasil adalah "cukup tertabur secara normal" maka saiz sampel n = 30 (yang diambil secara random) adalah mencukupi untuk tujuan statistik inferens seperti t-test, ANOVA atau ANCOVA bagi mengesan sebarang kesignifikanan. Maka untuk tujuan eksperimental, mencukupilah anda mengambil sampel n = 30 bagi setiap kumpulan kawalan dan eksperimental. Tiada masalah jika anda ingin mengambil lebih sedikit sampel anda katakan n = 35 bagi mengatasi masalah keciciran sampel atau ada data yang ekstreme.... disamping itu anda kena pastikan faktor extraneous dikawal.
Malah.... jka anda ada sampel katakan n > 30 katakan 40, anda boleh gunakan Z-test. So saya "berpendapat: anda masih boleh jalankan kajian eksperimen dgn yakin walaupun n < 30 sebab anda menggunakan taburan-t bukannya Z. Jika anda ada sampel n = 25 bagi kumpulan eksperimen dan kawalan masing dengan varians kedua2nya homogen, jalankan kajian anda dengan syarat anda kawal variabel luaran (extraneous) dan tunjukkan cara anda mengawal dalam kajian anda dan laporan. Ingat, taburan-t digunakan apabila anda ada sample n < 30.... so selamat menjalankan kajian eskperimen dengan tenang....
Cuma jangan lupa... jika anda melakukan survey.... anda perlu sampel yang lebih ramai kerana anda tidak mengawal sampel anda dan tidak memanipulasi apa2 treatment. Ini telah saya bincangkan dalam tajuk yang lalu.... sila semak.

Satu-satunya sampel yang boleh tidor kat mana sahaja.... |
No comments:
Post a Comment