.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, January 8, 2021

Tajuk 1804 - Ada artikel tanpa volume, series dll info



Adoi....
Ada reference tapi info tak lengkap - Jom Terjah !
Apabila maklumat artikel tak lengkap, tak boleh downloaded untuk references dalam Mendeley, spt volume, series, pages... anda boleh terjah cara lain. Ikuti video ringkas ini.
Cam beso... SUBCRIBE secara berjemaah !

https://www.youtube.com/watch?v=YFh97Y2oUwc&feature=share&fbclid=IwAR2UMJ5ua1JQ9QbtW1F940QvtlS3iFf-dohXEqnDwSots0nmHJCVuN8ZV9M

OT


Tajuk 1803 - Buat PG tersayang - anda sayang saya ?



Kalau sayang
mohon SUBCRIBE dan SHARE Youtube saya di:
https://www.youtube.com/watch?v=YFh97Y2oUwc&feature=share&fbclid=IwAR2UMJ5ua1JQ9QbtW1F940QvtlS3iFf-dohXEqnDwSots0nmHJCVuN8ZV9M


Note: Dah ada 2 bini Blog dan FB, malam ni tambah sorang lain Youtube, larat ke nak jaga ni..




Tajuk 1802 - 7 bentuk citation dalam thesis !


Berikut pelbagai bentuk in-text citation yang anda perlu manfaatkan dalam penulisan akademik. Jgn main tulis je... asal ada citation.
1. Author sebagai reference sahaja (idea / isi lebih penting)
It is argued that the way chemistry teachers teach is often influenced by their experience as a student (W, 2004).
2. Author berkaitan direct dgn idea / isi
S and G (2009) conducted a study by analyzing college chemistry textbooks as sources of misconceptions in understanding electrochemical cells.
3. Author sebagai subject dgn initial phrase
According a study conducted by A and B (2001), students have difficulty in thinking about chemical processes because most of them are oriented to concrete examples.
4. Cara penulisan bagi menunjukkan banyak sangat kajian lepas dalam creativity yang hampir2 sama maka anda hanya memberi contoh (menulis 'e.g') empat daripadanya iaitu A, B, C dan D yang dipilih seboleh2nya bagi menggambarkan konteks kajian yang bersifat global dan kronologi sehingga masih dikaji dalam kajian semasa .
Previous studies (e.g. A, 2009; B, 2008; C,2010; D, 2009) revealed that boys are better than girls in creativity.
5. Cara begini digunakan apabila kajian A dan B relevant dengan apa yang anda ingin sampaikan sehingga anda mempelawa pembaca melihat (dgn menulis 'see') artikel khususnya B jika inginkan maklumat lanjut / khusus.
Previous studies revealed that boys are better than girls (A, 2009; see B, 2008) in creativity.
6. Kombinasi perbagai viewpoints berbeza dari beberapa authors
The integration of computer animation in science instruction has been proposed as tool that can facilitate students’ conceptual change (B, 2000; S, 2000; W, 1998) and provide an opportunity for the students to organize and comprehend the sequences of the abstract, dynamic and complex processes (A, 2003; Z & C, 2003). For example, animation can be used by chemistry teachers to show the donation of electrons during the process of electrolysis (W, 2010).
7. Kombinasi secara general satu pernyataan dengan persamaan pendapat bbrp authors
The constructivist theory of learning has been accepted as one of the dominant epistemological which can be applied to develop theories of teaching and learning in science education (A, 2002; B, 2003; C, 2008; D. et al, 2007).
Salam sayang....
OT

Tajuk 1801 - Dari semalam sayang....



1. Dari semalam aku dok buat reflection bila aku dikatakan 'sombong' dan 'tunjuk pandai'.
2. Aku org kecik dan kerdil... nak sombong ape mendenye.. kalau setakat berjalan... tak ada sapa yang nak sapa pun, tak ada sapa nak hairan... aku bukannya boss - baik boss kecik, boss sederhana apatah lagi boss besar. Aku marhein biasa-biasa je.
3. Aku masuk TV? Itu bukan TV aku, diorang yang datang... diorang yang call, bukan aku yang menempek.. maybe aku ada 'nilai berita' kot kepada diaorang. Nak buat apa sombong. Lagi pun dah 3, 4 kali aku masuk TV, radio, majalah, newpapers, termasuk sidang akhbar. Wartawan dan DJ pun ada kawan aku...
4. Aku bukan tunjuk pandai... tapi aku tunjuk 'apa yang orang pandai di universiti ternama buat' yang kita buat dan faham kot lain, pastu paksakan kepada orang yang tak pandai. Aku bagi macam2 contoh utk sama-sama fikirkan dari Oxford, Cambridge, Wisconsin, Stanford.. bukan dari Timor Leste..
5. Aku angkat tangan kalau aku tak tahu .. tak pandai..dan minta bertanya kepada yang tahu. Sebab itu dalam komiti supervisori angel aku ada co-SV dari Fakulti Komputer dan co-SV Jabatan Kimia. Sekarang ni pun tengah meminang seorang expert dari uni. lain dalam computational thinking pula utk menjadi ahli dalam komiti angel aku... sebab aku tak pandai dan tak tahu semua.
6. Maybe aku tulis macam2 kot dalam FB? Abis dah FB dan wall aku, aku tulislah. Kalau takat nak tunjuk foto '' atau tunjuk 'warna ' biarlah orang pompuan yang buat... dah nature diorang macam tu... kita alu2kan je lah. Abis depa buat tu pun utk kaum adam jugak... ye tak ?
7. Pintu bilik aku tak pernah memilih bulu.. tiada PA ... tiada protokol... siapa datang aku cuba bantu.. atau sekadar bagi pendapat.
8. Maybe aku komen pasal gap? La... cer lihat foto. Ini tesis dari IPTA yang sukakan kelompongan. Di awal tesis kata kajian isi kelompongan, tak ada orang buat kajian tersebut .... dibahagian diskusi tulis banyak kajian lepas yang sokong dapatan kajian - amende nye yang kelompong ?
Ini nak kata sombong ke nak tunjuk pandai?
OT




Tajuk 1800 - Kenapa jiwa saya tersentuh dgn PG?


1. Ketika menjadi PG, saya melalui satu situasi berbeza di Oz, seperti saya dihormati dan selalu di address sebagai 'visiting lecturer' oleh SV, Dr. Robert dan oleh dekan saya, mendiang Prof. Kevin. Malah kerani di ofispun menunjukkan hormat kepada saya, dgn panggilan Mr. Talib. Prof. Kevin pula sering meminta saya memanggilnya sebagai Kevin sahaja, cuma saya sahaja yang tidak mahu.
2. SV saya tahu latar belakang saya, tahu saya seorang pensyarah lalu berbual dengan saya spt rakan pensyarah. Hasilnya, saya sgt fokus dan bermotivasi dalam menjalankan kajian sehingga semuanya berjalan dengan baik.
3. Sebagai PG, saya sediakan satu artikel secara draft sahaja utk publication wpun bukan menjadi syarat bergraduate. Saya hantar kepada SV tanpa meletakkan apa2 nama pada artikel tersebut. Tub-tub, SV saya mengedit bahasa saya yang 'horror' serta menambah baik artikel tersebut sebelum dia sendiri yang menghantar ke Scopus Q3 (status sekarang), dgn nama saya sebagai 1st author. Bila balik Msia baru saya tahu, amalan sebegitu sukar diperolehi di sini.
4. SV saya tidak membiarkan saya macam bola.. menghubungi pihak itu dan ini ketika saya membuat 2 pilot test di OZ, kerana sebagai foreigner, saya tidak tahu prosidur di sana. Beliaulah yang membantu saya melalui kenalan beliau di sana untuk menyediakan pelajar bagi tujuan pilot testing. Tapi bila balik Msia, saya menjalankan pilot ke 3 utk konteks lokal.. perit yg saya lalui.
5. Maka dengan cara yang sama saya telah membantu supervisee saya dari Nigeria, angel Malek mendapatkan pakar tempatan utk ditemuduga melalui kenalan saya, Dr. Azraai Bin Othman, Pn. Fathni dan Dr. Norizah. Malah mantan angel, Dr. Nur Farhana Ramli turut membantu bagi memudahkan urusan tersebut. Terima kasih semua, termasuk angel lain yang secara lansung atau tidak lansung saling membantu. Kini Malek terus dalam progress utk menuju GOT, InsyaAllah.
6. Rupanya kebaikan ini telah dipanjangkan oleh Malek dengan membantu pula angel Ibrahim... masyaAllah, sedang Ibrahim telah mendapat status TM (tak memuaskan) sebelum melantik saya sbg SV beliau yang baru.
7. Kini, saya cuba membawa budaya tersebut, dengan menyayangi dan menghormati semua supervisee saya, kerana mereka adalah penjawat awam, pensyarah, guru, serta bagi foreigner, mereka adalah pegawai di negara asal mereka. Mereka telah byk bbakti, mungkin sahaja bakti mereka lebih besar dari saya. Maka saya cuba memberikn apa sahaja kemahiran utk mereka menjadi PG yang baik dan meneruskan bakti mereka kpd negara.
8. Begitu juga dengan penganjuran bengkel PG, saya pastikan ia pada harga berpatutan, kerana motif utama utk kayakan PG dgn kemahiran dan keyakinan diri, bukan menjadikan ia perniagaan utk kayakan diri sendiri dgn mengenakn yuran yg tak masuk aqal.
9. Mungkin sahaja PG tidak tahu, saya menolak semua jemputan yang mengenakan yuran keterlaluan kepada PG, kerana bukan semua sanggup membayarnya atau membayarnya dengan keterpaksaan demi menghabiskan pengajian...
10. Saya juga mendapat tawaran one-to-one consultancy yang lumayan, tetapi saya awal2 menolaknya selagi saya menjadi pensyarah...
Itu sahaja yang saya cuba mampukan diri utk memberi.. sehingga saya tidak pernah mengira siapa PG tersebut, dari universiti mana... apapun bidang... asal boleh saya membantu.... wpun saya bukan sesiapa, tiada pangkat dan jauh sekali kuasa...
Saya sayang kamu...
OT
Note: Kerana PG juga saya telah menjelajah UK ... termasuk ke Lancaster University !




Tajuk 1799 - Ketika plakat As masih lagi ditempah oleh 'sekolah' utk dipegang oleh murid bagi menunjuk-nunjuk...

Pemikiran...
Ketika plakat As masih lagi ditempah oleh 'sekolah' utk dipegang oleh murid bagi menunjuk-nunjuk...
Dlm satu meeting dgn seorang engineer dari satu syarikat.. beliau berkata..bil As bukan lagi keutamaan beliau dlm mengambil engineer baru bagi syarikat beliau...
Reflection...
1. Behaviorist
Pemikiran jenis ini mementingkan perlakuan yang boleh diperhatikan spt mendapat As. Perlakuan ini menjadi dorongan maka berlakulah competition. Siapa yang bagus akan menang. Ini adalah behaviorist. Kelompok ini lebih suka menunjuk-nunjuk kemenangan dan mengaitkannya dengan simbol kejayaan sebagai extrinsic motivation seperti gred utk terus bersaing.
2. Humanism
Pemikiran kedua adalah jenis humanistic yang fokus kepada perkembangan menyeluruh individu secara internal. Kumpulan ini fokus kepada personal improvement melalui intrinsic motivation. Jika mereka guru, mereka memahirkan diri spt mewujudkan PLC dan berkolaborasi sbg satu intrinsic motivation utk mencapai personal improvement dan mengajar murid pendekatan yang membawa kepada murid menghargai personal improvement juga. FPN adalah humanistic approach..
3.
Diperingkat persekolahan, walaupun agak sukar, menanam intrinsic motivation lebih utama berbanding extrinsic motivation.
4.
Maka acara pegang plakad As adalah behaviorist centralised reward system yang tidak menjadi amalan mainstream di negara maju, khususnya di sekolah rendah. Never ! Mereka sentiasa mengutamakan personalised rewards dalam bentuk encouragement yang berterusan, sedikit demi sedikit dalam aktiviti PnPc.
5.
Zaman dah lama bergerak ke arah cognitivism, humanism... tetapi ada yang masih tak berubah dengan keutamaan kpd behaviorism..
OT

Tajuk 1798 - Bila Prof. KJ ...


Ramai yg kenal Prof. KJ. Dia insan unik. Publication bagi dia macam makan kacang.. Aku tak nak citer pasal itu. Itu kepakaran dia.
Aku tak kenal beliau sebelum ini. Hanya mendengarnya dari rakan-rakan. Aku ni ibarat pemain kampung dan beliau pemain professional..
Bulan lepas aku joint bengkel beliau anjuran fakulti. Bengkel plak dibuat betul2 depan bilik aku. Akupun joint.
Aku terkejut bila dia panggil aku 'OT'. Bila plak dia kenal aku yg kerdil ni? Tak cukup dgn itu.. beliau crop satu status FB aku dlm slide beliau. Patutlah...
Itu aku ok je. Yang aku tak tahan.. dia emel dan WA tanya progress artikel Q1 yg sdg aku tulis dari bengkel berkenaan. Mmg suatu yg aku tak sangka.. respect kpd beliau yg betul2 serius memastikan penerbitan artikel tersebut.. diselit2 dgn perbualan kehidupan aku.
Maka... aku tidak lagi kehairanan akn komitmen beliau yg tinggi dilangit dlm penerbitan dgn sikap beliau yg merendah dibumi... a truely Professor !
Tqvm Prof... 

OT



Tajuk 1797 - The effects of a client's political connections on auditors' judgements

Tajuk tesis YB Menteri Pendidikan dari repository Australian National University (world top 30 university), setebal 190 pages tak termasuk ref. dan appendix.
"The effects of a client's political connections on auditors' judgements"
Tajuk ni klu di Msia lom tentu lepas ni...
Tajuk tesis YB Menteri Pengajian Tinggi, graduated dari UUM spt foto di bawah pada respon adalah
"Pengaruh aspek kesedaran terhadap penggunaan e-dagang dlm kalangan peniaga wanita TEKUN nasional"
Tesis tu kelihatannya nipis tapi kritis !

OT


Tajuk 1796 - Learning theories...



Jika anda guna learning theories.. ada sesuatu yg anda boleh fahami dari foto ini..
OT



Tajuk 1795 - 4 pilihan kpd PG yang sebahagian masanya berada depan laptop..



Jom tidor.. Anda 4 pilihan kpd PG yang sebahagian masanya berada depan laptop.
1. Sleep:
Jika anda membuka laptop anda selang beberapa jam, gunakan “sleep” supaya laptop anda sentiasa ready dgn semua program yang tersedia yang anda gunakan, dan cepat jer nak buka. Power digunakan tetapi minima sahaja. Dont worry baby.
2. Hibernate:
Jika anda nak gi shooping, dan tinggalkan laptop anda dalam 24 jam… gunakan hibernate. Fungsinya lebih kurang spt sleep tapi guna Power kurang dari sleep dan bila nak buka, beberapa saat lambat dari sleep. But its ok baby.
3. Shut down:
Jika anda balik kg utk beberapa hari dan tak guna laptop, barulah shut down!!
4. Lid close
Ini satu option yang baik n paling practical bagi pengguna laptop yg tegar. Gi ke Control Panel – Power Option dan pilih lah “When lid is closed – option: hibernate atau sleep atau shut down”.
Jika anda aktif guna laptop. Pilihlah “sleep”... atau mana2 yg sesuai dgn habit pggunaan komputer anda. Tutup jer lid... terus sleep.... sempoi !
Kalau laptop anda tak ada option ini – mesti laptop anda super new.. atau dah otai dan tak berbisa lagi...

OT



Tajuk 1794 - Sumpah .. abang tak tahu sayang !

Pengakuan
Sumpah .. abang tak tahu sayang !
1. Ketika bergelar Dr. aku mmg tak tahu byk benda dlm research.. Banyak sungguh sayang ! Aku hanya tahu quasi-experimental design.. t-test dan Anova yg aku buat... wpun tesis aku dpt minor correction. Itu je sayang.
2. Aku tak tahu SEM-AMOS, Rasch, PLS, qualitative, case-study, instrument development, DDR dll lagi. Pendek kata ... aku byk tak tahu dari tahu.. Aku tak malu mengakuinya. Itu adalah satu hakikat yg semua lalui... bukan hanya aku.
3. Bila mula supervised PG.. 3, 4 tahun gitu barulah aku tahu skit-skit ...lalu aku teruskn mbaca. Satu cara aku nk 'paksa' diri aku adalah dgn menulis blog dan FB dan ikuti bengkel juga.
4. Sekarang aku masih terus belajar maka aku tahu begitulah PG yg masih banyak yg mereka tak tahu.
5. Insan bergelar professor pun bukan sekelip mata boleh menguasai semuanya tentang research.. malah ada yg pakar quanti sahaja atau quali sahaja. Lari skit dari itu.. mereka pun tidak tahu.
6. Jadi.. selepas aku sendiri melalui proses yg panjang ini.. aku tahu jika ramai PG yg terkial2 ... spt mana aku dulu.
7. Bukan hanya kerana seseorang itu calon PhD.. terus dia kuasai semuanya... lalu dgn mudah diperli jika 'tak sampai pelbagai maqam'... macamlah yg memerli itu dulu terus melompat ke maqam mereka sekarang. Mana ada...
8. Permudahkn bukan shj what to do.. tapi juga how to do it.
OT




Tajuk 1793 - Masalah graduated obersi..



Memang ini bukan amalan di Msia. Yg balik oversi presented 5 pages pun akn suruh PG dia tulis proposal 50 pages. Bukan sorang.. ramai yg graduated obersi.. cam tu jugak.
Tak tahu lah knp pi blaja jauh2 tapi masih ikut style lama. Bukan proposal... tajuk tesis pun tak boleh ada '?' atau ' : ' dll yg byk pantang larang. Perkara ini setahu aku tak ada masalahpun dan tak ada peraturan kat obersipun tempat depa blaja dulu.
Ironinya... prof-prof yg mengajar di obersi ini lah kita dok panggil jadi examiner.. consultant.. keynote speakers.. jadi itu dan jadi ini... dan aku boleh katakn mereka ini 'sangat santai' dan relex bila Viva kn PG.
Depa kat obersi dptkn tajuk lalu justify dari LR... kita plak baca dulu 300 LR ... dapatkn kelompongan baru jadikan tajuk. Tak boleh tunjuk kelompongan baca lagi... baca lagi..
Klu proposal 5 pages.. mmg lah xder Chapter sbb proposal bukan tesis. Kat sini xcukup dgn Chapter... yg kena buat pilot test pun ada.. sdg pilot test hanya dijlnkn sebelum kajian sebenar... bukan utk proposal.
Masa akan mengubahnya...
OT




Tajuk 1792- Anak awak SPM dapat berapa A ?





Ini soalan lazim bila keluar keputusan SPM. Pihak sekolah pun dah awal2 siapkn plakat 9As utk murid2 tayang kpd seluruh alam buana.
Aku tak mahu kupas isu di atas. Aku nak melihat kepada isu ini dari perpekstif yang lain.
1. Kejayaan individu bersifat kendiri dan immediate sedang kejayaan komuniti lebih bersifat menyeluruh dan long term.
2. Bila kita cuba membina individu yang berjaya, kita sukar menggerakkan kejayaan komuniti, malah sering menyebabkan membesarnya 'gap' individu dan komuniti.
3. Kejayaan dalam pendidikan khususnya disekolah adalah kejayaan komuniti, bukan individu. Saya ulang... bukan individu.
4. Negara tidak akan terbina dgn gah, hanya berdasarkan kejayaan individu.
5. Jepun, China, Taiwan dan Korea serta Germany mungkin, tiada tokoh individu yang betul-betul 'dikenali kejayaannya' dalam membangunkan teknologi, ekonomi, budaya tidak seperti tokoh2 barat, US dan UK. Negara-negara tersebut Jepun, China, Taiwan dan Korea serta Germany menggerakkan kemajuan komuniti, bukan individu.
6. Menggerakkan kejayaan komuniti akan memunculkan juga kejayaan individu, malah lebih ramai individu yg berkongsi kejayaan dalam komuniti.
7. Apapun agama dan kepercayaan mengutamakan maslahat komuniti dari individu
8. Kejayaan individu selalunya unik sedang kejayaan komuniti lebih universal.
9. Sekolah adalah sebuah komuniti, maka kejayaan komuniti patut menjadi keutamaan.. bukan individu.
10. Namun begitu, sebuah komuniti pun ada keunikkannya, seperti juga individu, maka perlu diselaraskan dgn keperluan keunikan komuniti tersebut dan ia lebih sukar dan memerlukan perancangan yang teliti kerana pembangunan komuniti adalah pembangunan negara, bukan pembangunan individu utk berjaya dan menjadi kaya raya...
Salam sayang buat buat anak-anak SPM
OT

Tajuk 1791 - “Tesis siap cepat kurang matang”


"Kalau setakat abis 3 tahun tu belum cukup matang"
Selalu jer aku dengar pernyataan di atas. PG cam biasalah... mengangguk je. Kata apapun yess saja.
1. Pertama: Lambat atau cepat?

Ini logic yang kurang tepat dan sgt memalukan sapa yang menutur dan mempercayainya. Kualiti thesis lebih logic dikaitkan dengan (i) isu yang dipilih yang ada urgency, significant dan novel (ii) LR yang kritis (iii) ketepatan / kesesuaian pemilihan research design, termasuk analisis data (iv) perbincangan yang menyeluruh… bukan cepat atau lambat.
Maka, tentulah kurang sihat, kalau ada calon PhD yang pilih “lambat” berbanding “cepat”...yang relex jer macam xder apa2 berlaku... sbb itu wujudnya gesaan utk GOT - got it ? Ini bukan mcm makan sahur.... lagi lambah lg byk pahala.
2. Kedua: Matang?
Apa yang matang dan tak matang? Umur atau isi thesis? Kalau umur tentulah dah terlajak matang, maka tentulah yang matang tahu menyediakan isi yang juga matang. Apa pulak isi yang matang tu. Tentulah berbalik kepada yang pertama di atas.
3. Ketiga: Had masa
Kenapa PhD ada had masa – dulu 4 tahun, sekarang 3 tahun. Ini kerana keperluan asas menyediakan thesis yang matang adalah artikel dan buku2 yang berkualiti, yang jauh lebih mudah diperolehi sekarang... bukan main google jer cam budak2 sekolah.
Kalau dulu, 30 artikel perlukan 3 bulan, sekarang maybe 30 minit dah ada dalam tangan. Kalau ada budget, boleh beli lagi.. Yang tak dapat, boleh pula minta library carikan atau minta dari sumber lain termasuk kawan2 di obersi. Dulu mana ada Mendeley… now semua dah online.
Jadi bacalah artikel dan bahan berkualiti... sehingga memahami dan mampu memberikan argument yang baik.... bukan mesti baca sampai ribu2... takut makin kelabu...
4. Keempat:
Kalau bermula lewat, mana nak sempat matang. Sebab itu, aku suruh mulakan bacaan, penulisan wpun belum mendaftar lagi. Dulu mana kelas SPSS, AMOS, PLS, Atlas.ti di IPTA mahupun diluar IPTA utk analisis data, so joinlah mana2 yang patut seawal semester 1.
Ingat bro.... anda mungkin abiskn 3 bulan tak faham2 sesuatu yg boleh anda kuasai dlm sehari dgn hadiri bengkel ! Kalau tunggu, bilanya nak matang…
Yang dah daftar, boleh saja bermula esok harinya. Kenapa tunggu abis 1 semester baru nak mula…. Lambat bermula bukan bermakna matang...
5. Kelima:
Segala2 bermula dgn proposal yang baik... jadi belajarlah camner nak buat proposal... apply dulu ROT dan rujuk juga thesis lepas dalam bidang yang sama. Baca dan familiarize dan dapatkan idea, format dll utk menyediakan proposal. Jgn citation buat manual... kelam kabut... gunalah MENDELEY.
Thesis boleh pinjam di pusat sumber jabatan / library masing-masing. Kalau tak mula menulis, bila nak matang? Kalau main trial-n-error… tanpa panduan… ini bukan menjamin kualiti… ini menjamin anda memanjang jer tak reti !
6. Keenam:
MS Word tu word processor… berdesup boleh tulis thesis. Abis kalau dah guna Word pun macam typewriter electric… nak guna navigation xtahu…. split xtahu… cross-references xtahu… break page xreti… style xtahu…. Insert caption tak reti… nak customize TOC xtahu…. Grouped object xtahu…. yang tahu adalah menaip macam ayam patuk beras
7. Ketujuh:
Kalau nak edit pulak…. berpusing2 macam gasing… sampai pening sedang yang nak edit tu simple jer tapi jadi bersimpul-simpul ! Ini bukan matang… ini dinamakan ……. (maaf idea xdatang)
8. Kelapan:
Kalau dah 5, 6, 7 tahun tak siap2…. Itu aku fikir bukan matang…. itu trang tang tang…
Ini xtermasuk yg lambat siap kerana ditimpa musibah.. instrument meletup... sakit..... SV pindah uni.... yg kes cenggini.. kita simpati... isolated cases kita tolak tepi.
9. Kesembilan:
PhD hanya permulaan utk matang. Teruskan buat research... sampai tahap Prof... dan expert.... tapi percayalah ... tiada noktah pd istilah matang dlm dunia research kerana sifat knowledge yg terus bkembang... asal jgn jadi otai tapi buat research jd pembonceng kapcai !
Ke10
Itu jer nak tulis … maaf kalau tajuk post ni tak berapa nak kena.... sebab tajuk tu untuk orang2 yang matang ...
OT


Tajuk 1790 - Review Article Operational Template - RAOT (Draf)



Selepas mencerakin beberapa 'Review Article' aku dah siapkan RAOT, tetapi masih dalam bentuk draft. InsyaAllah, ada sedikit lagi yang perlu dilengkapkan.
Aku akan share seantero dunia, jangan bimbang. Dgn RAOT, sekurang-kurangnya anda akan ada idea awal, amende nak tulis dan sekuennya juga. Foto ini aku tayang dulu dlm status ni hanyalah draft ...
Sabar nye sayang....
OT


Tajuk 1789 - Nvivo vs ATLAS.ti 8





Ada yang tanya antara kedua software. Aku dah jawab dalam status yang lepas. Aku cuma nak tambah satu lagi...
Aku mula-mula masuk bengkel NVivo di UTM, pastu masuk bengkel di UKM, pastu di UM.. sampai kesudah aku masih blurr...
Aku belajar ATLAS.ti 8 tanpa buku, tanpa bengkel, tanpa guru, hanya curiosity dan try-n-error, lalu berjaya menguasainya dan telah menulis 2 buku dan mengendalikan bengkel pula..
Itu jer aku nak bagi tau.. orang lain aku tak tahu...
OT

Tajuk 1788 - Malam ni praktis ATLAS.ti 8, dah lama tak exercise.



Membina tema dan triangulation.. its so easy. Memang untung mereka yang bergelar researcher dan menguasai ATLAS.ti 8 yang sempoi... Diagram dalam foto ini dibina oleh ATLAS.ti selepas proses coding selesai...

OT



Tajuk 1787 - Tersebutlah Kisah...



Kisahnya pernah aku tulis. Dr. Siti Faizah Sheikh Said, angel aku yang menyiapkan PhD dikala suami mengidap kanser.. dan akhirnya menyambut kejayaan konvo di hospital (foto dgn pakaian konvo di hospital yang beliau hantar kepada aku). Hari ini suami beliau pergi menemui Illahi.. Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un.
Aku dulu menyiapkan tesis Master juga ketika isteri mengidap kanser, sedang anak-anak masih kecil. Tetapi dia pergi dahulu sebelum majlis konvokesyen. Inilah kehidupan... untuk kita teruskan.. termasuk PG yang sedang dalam 'perjuangan'....
OT



Tajuk 1786 - Kawan Jepun..



Kawan aku ni masih di Jepun, menjalankan research kelas dunia di sana.
Aku kata thesis PhD di Jepun dalam 100 pages... tapi kajian hebat kawan aku ni hanya memerlukan 73 pages termasuk references..
Sekurang-kurangnya anda tahu, thesis PhD tidak semestinya sinonim dgn tebal... dan ratusan pages, apatah lagi proposal !
OT


Tajuk 1785 - Kejut aku bila 3 org kuat PTD datang lewat petang...



Ingat nk bagi surat lantikan senator.. rupanya nk tanya pasal research ..

Mekasih lah datang..
OT



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...