.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, January 8, 2021

Tajuk 1800 - Kenapa jiwa saya tersentuh dgn PG?


1. Ketika menjadi PG, saya melalui satu situasi berbeza di Oz, seperti saya dihormati dan selalu di address sebagai 'visiting lecturer' oleh SV, Dr. Robert dan oleh dekan saya, mendiang Prof. Kevin. Malah kerani di ofispun menunjukkan hormat kepada saya, dgn panggilan Mr. Talib. Prof. Kevin pula sering meminta saya memanggilnya sebagai Kevin sahaja, cuma saya sahaja yang tidak mahu.
2. SV saya tahu latar belakang saya, tahu saya seorang pensyarah lalu berbual dengan saya spt rakan pensyarah. Hasilnya, saya sgt fokus dan bermotivasi dalam menjalankan kajian sehingga semuanya berjalan dengan baik.
3. Sebagai PG, saya sediakan satu artikel secara draft sahaja utk publication wpun bukan menjadi syarat bergraduate. Saya hantar kepada SV tanpa meletakkan apa2 nama pada artikel tersebut. Tub-tub, SV saya mengedit bahasa saya yang 'horror' serta menambah baik artikel tersebut sebelum dia sendiri yang menghantar ke Scopus Q3 (status sekarang), dgn nama saya sebagai 1st author. Bila balik Msia baru saya tahu, amalan sebegitu sukar diperolehi di sini.
4. SV saya tidak membiarkan saya macam bola.. menghubungi pihak itu dan ini ketika saya membuat 2 pilot test di OZ, kerana sebagai foreigner, saya tidak tahu prosidur di sana. Beliaulah yang membantu saya melalui kenalan beliau di sana untuk menyediakan pelajar bagi tujuan pilot testing. Tapi bila balik Msia, saya menjalankan pilot ke 3 utk konteks lokal.. perit yg saya lalui.
5. Maka dengan cara yang sama saya telah membantu supervisee saya dari Nigeria, angel Malek mendapatkan pakar tempatan utk ditemuduga melalui kenalan saya, Dr. Azraai Bin Othman, Pn. Fathni dan Dr. Norizah. Malah mantan angel, Dr. Nur Farhana Ramli turut membantu bagi memudahkan urusan tersebut. Terima kasih semua, termasuk angel lain yang secara lansung atau tidak lansung saling membantu. Kini Malek terus dalam progress utk menuju GOT, InsyaAllah.
6. Rupanya kebaikan ini telah dipanjangkan oleh Malek dengan membantu pula angel Ibrahim... masyaAllah, sedang Ibrahim telah mendapat status TM (tak memuaskan) sebelum melantik saya sbg SV beliau yang baru.
7. Kini, saya cuba membawa budaya tersebut, dengan menyayangi dan menghormati semua supervisee saya, kerana mereka adalah penjawat awam, pensyarah, guru, serta bagi foreigner, mereka adalah pegawai di negara asal mereka. Mereka telah byk bbakti, mungkin sahaja bakti mereka lebih besar dari saya. Maka saya cuba memberikn apa sahaja kemahiran utk mereka menjadi PG yang baik dan meneruskan bakti mereka kpd negara.
8. Begitu juga dengan penganjuran bengkel PG, saya pastikan ia pada harga berpatutan, kerana motif utama utk kayakan PG dgn kemahiran dan keyakinan diri, bukan menjadikan ia perniagaan utk kayakan diri sendiri dgn mengenakn yuran yg tak masuk aqal.
9. Mungkin sahaja PG tidak tahu, saya menolak semua jemputan yang mengenakan yuran keterlaluan kepada PG, kerana bukan semua sanggup membayarnya atau membayarnya dengan keterpaksaan demi menghabiskan pengajian...
10. Saya juga mendapat tawaran one-to-one consultancy yang lumayan, tetapi saya awal2 menolaknya selagi saya menjadi pensyarah...
Itu sahaja yang saya cuba mampukan diri utk memberi.. sehingga saya tidak pernah mengira siapa PG tersebut, dari universiti mana... apapun bidang... asal boleh saya membantu.... wpun saya bukan sesiapa, tiada pangkat dan jauh sekali kuasa...
Saya sayang kamu...
OT
Note: Kerana PG juga saya telah menjelajah UK ... termasuk ke Lancaster University !




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...