Saya dan Mendeley tak dapat dipisahkan sejak mengunakan versi beta pada 2009 dan menjadi orang pertama memperkenalkannya dalam dunia PG keseluruh negara. Mendeley yang diambil dari nama Mendeleyev, bapa Jadual Berkala Moden, adalah elemen utama dalam bidang saya, Kimia.
Saya juga telah dibawa ke Seoul utk bertemu Vice President Mendeley lalu mewakili Mendeley dalam satu demonstrasi di sana pada 2015. Kisah saya muncul di BLOG MENDELEY pada tahun yang sama spt video berikut.
OT
Link : https://www.youtube.com/watch?v=ljiXLku8GH4&feature=share&fbclid=IwAR2l_Kb1stEGyXIyIaygdX1rWc2RxKNClcL74YWSPUop0EXanHAWBHHw4TA
.
"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"
MORE THAN 3 MILLION HITS !
Statistik
SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI
Pertanyaan: zahinothman@gmail.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...
Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...
Friday, January 8, 2021
Tajuk 1823 - Kempen 1000 subcribers..
Situasi berkurung mberi ruang utk aku memulakan Youtube Channel. Target 1000 tu boleh tercapai jika followers dan rakan FB masih aktif utk SUBCRIBE dan share. Seramai 588 yg dah subscribed.. I U
Link: https://www.youtube.com/c/OthmanTalib_OT?fbclid=IwAR3ddnUY5kxAh8OhC_evBybg0juOff5N9CK8X0gelfglZaK9tZrVAwWL_iM
OT
Tajuk 1822 - Theoretical ke conceptual framework dan methodology !
Anda fahami video ini secara explisit dan aplikasikan dalam konteks kajian anda. Bahan ini saya sesuaikan dari theoretical dan conceptual framework kajian Nor Tutiaini.
Salam sayang.. SHARE dan SUBCRIBE !
OT
Link : https://www.youtube.com/watch?v=ixaa040fO4I&feature=share&fbclid=IwAR2-YrUnw6Zu2Me_yNaDaJjHzB9anlPrsv-JCFKWdf5MQA5LU_X95Ox5d1E
Tajuk 1821 - Wajib subcribe..
Tak subcribe tak nak kawan...
Berikut aku senaraikan dulu 50 subcribers Channel Youtube aku. Tahniah kepada semua 507 subcribers sehingga pagi ini. Terima kasih.
OT
Tajuk 1820 - Multistage sampling yg popular
Multistage Sampling... teknik asas !
Jgn ni pun tak tahu..
OT
Link : https://www.youtube.com/watch?v=EUr_1pU0myc&feature=share&fbclid=IwAR0xqjz_z9OC5D7dHsdteYfj1lUIOiJ5ejouZI5KzAGKGMI9uKjXzVjWQMg
Tajuk 1819 - Simplistic !
Sifir 'orang kita' sangat mudah. Ada pangkat orang itu hebat.. ada duit orang itu hebat dan ada jawatan... dia juga hebat..
1. Kalau thesis... ada data kajian tu hebat.. kalau data berceranggah lagilah dasat... kalau susah nak faham... konpom maqam terangkat..
2. Kalau hantar proposal 5 pages, lom baca dah kena sergah. Kalau 50 pages... barulah gah...
3. Orang sains akan memandang sinis orang sosial sains dan orang quantitative memandang semacam orang qualitative.
Tak caya dan nak nafikan?
Terserah dan tiada masalah. Ini bukan kajian dgn data empirikal pun. Nak buat generalisasipun tak lepas. Ia sekadar pandangan peribadi dari pengalaman hidup sebagai 'orang sains dan orang sosial sains'... yang berkesempatan belajar dan menjelajah dalam dan luar negara.
Itu sahaja.
OT
Tajuk 1818 - Analisis Artikel.. Pls Share..
1. Menganalisis artikel satu yg perlu dikuasai oleh PG. Ia bukan mudah bagi yg baru utk bermula.. jika tiada panduan... apatah lagi PG yg lansung tak pernah publish artikel. Skit2 suruh analisis artikel.. entah apa yg nk dianalisis tak plak dijelaskan (foto 1).
2. Analisis artikel bukan hanya cari kekuatan.. kelemahan.. dahlah PG pun tak tahu apa yg kuat dan apa yg lemah.
3. Aku cadangkan .... utk PG merujuk kpd template AOT aku (foto 2) dgn 20 perkara yg perlu ada dlm artikel dan komen 20 elemen ini. Contohnya... adakah artikel menyatakn reka bentuk kajian dan boleh tak reka bentuk mjawab persoalan kajian. At least tak adalah terkial2 apa nk di analisis...
OT
Tajuk 1817 - Subscribe youtube channel saya...
Terima kasih sayang...
Tqvm kpd 311 yg dah subscribe youtube channel saya... dan tentunya saya target semua followers saya sbg subscriber utk berkongsi apa shj dlm dunia PG. Yang belum.. silalah subscribe..
Link: https://www.youtube.com/c/OthmanTalib_OT?fbclid=IwAR1KBn9A27vMdTui66USe_rfaShLsacVDuwKt5FDtTmIpDjf9twFh4uX1r0
Tajuk 1816 - ROTx - Mudah je nak perlekehkan Proposal PG (#3)
Muqaddimah:
Tujuan utama proposal bukan utk siapkan tesis tetapi utk MULAKAN KAJIAN dengan menyemak researchability dan untuk memulakan pembacaan yang lebih MENDALAM.
1. Proposal TAK PERLUKAN CHAPTERS sebagaimana kajian pun tak perlukan chapter. Kajian hanya perlukan tajuk.. pernyataan masaalah.. RO.. RQ.. methodology dan maybe gantt chart. Masa present PD dan VIVA pun kita present kajian, bukan by chapters.
2. Bila proposal disibukkan dgn 3 chapters yang tebal maka kecohlah pulak kenapa PG tak menyediakan proposal yg jelas dan 'berkesinambungan'. Masing-masing dgn wajah kehairanan, kenapa lah PG 'bengap' sangat sedang bukan itu caranya PG patut menyediakan proposal.
3. Proposal juga disibukkan dengan gap itu dan gap ini, melebihi keperluan kajian, sedang itu hanya satu pendekatan yang dianuti sebahagian old school yang 'percaya kepada kelompongan' dalam sosial sains, sedang yang lebih universal adalah problematization yang merangkumi juga extension, integration, innovation dan creation.
4. Proposal perlu menonjolkan 'contribution' (spt contoh ROTx) yang dapat disusuri dari awal hingga akhir proposal
5. PG dimangsakan dengan membuang banyak masa utk pastikan proposal lengkap dgn kerja-kerja editing, revision yang kadang-kadang berubah sana sini tak abis-abis sedang ia masih subject to change.
6. Kajian bersifat HEURISTIC dgn ill-structured problematic, maka ia terdedah dgn komentar yang pelbagai fahaman, maka sayugia ia disediakan dalam bentuk proposal yang ringkas tapi lengkap utk kurangkan isu PG demotivated dijadikan bola ditendang ke sana sini dari awal sehingga VIVA.
7. Kenapa PG kat obersi boleh hasilkan kajian yang hebat2 hanya dengan proposal 5 muka surat sedang PG kita terkial-terkial macam tak larat wpun berbekal proposal 50 muka surat yang sarat?
8. Pemahaman asas PG akan jelas dengan proposal yang ringkas dan dapat dilihat kesinambungannya, baru diikuti selepas itu dengan pembacaan lanjut untuk pemahaman yang mendalam, susah ke nak faham?
9. Proposal adalah blueprint aka kerangka kajian keseluruhan, maka ia mesti dilihat sebagai rangka utk dinilai kekukuhan rangka tersebut, bukan ketebalannya.
10. Saya dah cuba bantu PG yang belajar di obersi menyediakan asas rangka ini... dari FROT ke ROT ke ROTplus (kini ada ROTx) then selepas 3 dan 4 tahun, mereka berjaya dgn kajian yang hebat ! Ada apa masalah?
OT
Tajuk 1815 - ROTx - Templat keajaipan ! (#1)
1. SV dan panel sering mengeluh kerana tidak nampak kesinambungan kajian anda, dari Pernyataan Masalah.. RQ, Hipotesis, RO hingga kepada metodologi. Bukan itu sahaja, terminologi yang digunakan juga berubah-ubah sehingga memeningkan kepala.
2. Satu puncanya kerana anda masih novis, sedang diminta pula menyediakan proposal 3 chapters yang tebal sehingga semuanya menjadi kacau bilau dan membuang banyak masa PG.
3. Inilah yang tidak berlaku dalam sistem penyediaan proposal di obersi, yang hanya memerlukan proposal spt ROT.
4. Percayalah, proposal perlu ringkas untuk memudahkan PG menyediakan cadangan kajian yang lengkap dan eksplisit.
OT
Link :
https://www.youtube.com/watch?v=QdfVM1MDYbc&feature=share&fbclid=IwAR16mVwxk82HWuVDtEL-UgzgcjEyAdwYO0hGRYA33ZB-VSbiirgBVXMSLFY
2. Satu puncanya kerana anda masih novis, sedang diminta pula menyediakan proposal 3 chapters yang tebal sehingga semuanya menjadi kacau bilau dan membuang banyak masa PG.
3. Inilah yang tidak berlaku dalam sistem penyediaan proposal di obersi, yang hanya memerlukan proposal spt ROT.
4. Percayalah, proposal perlu ringkas untuk memudahkan PG menyediakan cadangan kajian yang lengkap dan eksplisit.
OT
Link :
https://www.youtube.com/watch?v=QdfVM1MDYbc&feature=share&fbclid=IwAR16mVwxk82HWuVDtEL-UgzgcjEyAdwYO0hGRYA33ZB-VSbiirgBVXMSLFY
Tajuk 1814 - PhD akan lebih mudah jika ...
1. Passion dan minat dalam research.
Buat PhD sebab anda ada minat mendalam dalam research. Apa sahaja yang ada kaitan dgn research, anda tidak berlengah untuk kuasai. Tak tahu Rasch analysis, anda terus belajar, mencari siapa yang boleh mengajar. Anda seronok dengannya, kerana dapatan kajian anda akan menyumbang sesuatu dalam mengembangkan pengetahuan anda sendiri terlebih dahulu.
2. Suka scholar environment.
Anda suka bersama mereka yang juga scholar. Menghormati dan berkolaborasi. Anda tahu, dengan cara ini penyelidikan anda akan lebih berkembang dan akan menjadikan anda semakin menguasai bidang anda sehingga menjadi expert setelah menimba banyak pengetahuan.
3. Belajar kemahiran baru
Anda mula menguasai terma-terma dalam research. Anda tahu mendapatkan sumber rujukan. Anda kuasai keperluan penulisan. Anda tahu menganalisis data. Anda tahu membuat publication.
Kalau kurang yang diatas... merengus lah sepanjang masa
OT
Tajuk 1813 - Demo Covid19 ATLAS.ti 8 - Video 2
Jom bina code secara induktif sebelum keajaipan seterusnya akan berlaku. Bina code secara deduktif akan ditunjukkan dalam video selepas ini.
https://www.youtube.com/watch?v=xt9MZxnLVMc&feature=share&fbclid=IwAR19fDM3ZVoCAojVIqoD-JYm8R-0T75v2mPdexUNAKjoDjojsde_6_vad6o
Tajuk 1812 - Rakan tabligh..
Anda kumpulan yg mentaati agama. Anda kumpulan yg sentiasa mendekatkn diri kpd Allah yg Esa. Anda mbuka ruang pelbagai golongan mencintai dan datang ke rumah Allah dari professional hingga artis ternama. Anda bertebaran dimuka bumi mbawa mesej suci menasihati insani utk Al Khaliq ditaati.
Namun dlm hal kebaikan semua dan maslahah awam.. ketika wabak melanda.. sambil kita panjatkn doa.. sayugia sama-samalah kita ikuti nasihat kumpulan pakar perubatan yg Allah berikan kelebihan pengetahuan tentangnya... kerana mereka dan petugas lain sedang menyabung nyawa...menyembuhkn insan anda yg tercinta.. sbg amanah dan tanggungjawab bersama.. yg datang dariNya jua..
OT
Tajuk 1811 - Zoom meeting #1
Skit clip nak share... Kelakar pun ada... but nice to have comments from others... Tq semua yang terlibat... dan yang malu nak tunjuk muka tu mesti belum mandi.. agaknya lah....
OT
Tajuk 1810 - VIVA patut diteruskan...
Saya ada pengalaman buat teleconference VIVA ketika bersama OUM, dgn calonnya dari KK. Saya juga pernah zooming dgn editors Springers terus dari Sydney, Oz utk satu temuduga (macam VIVA juga lah).
Maka dah sampai masanya, pihak IPT ambil inisiatif meneruskan aktiviti spt PD dan VIVA bagi PG, tanpa perlu menangguhkannya. Menunggu 3 - 5 bulan, kemudian tertangguh lagi dalam keadaan yang tak pasti adalah satu tekanan yang amat berat kepada PG...
Moga semuanya berjalan dengan baik...
OT
Jangan pula VIVA dalam bidang Instructional Technology yang melibatkan segala macam kajian on-line dan e-learning dgn expert bidang teknologi pun tertangguh juga....
Tajuk 1809 - Kita bukan takut Covid19 tapi kita takut mati...
Itu komen satu klip video dua anak muda.. yg dibuat khas. Kita tak takut sakit gigi sebab ia tak membawa mati. Jadi yang kita takut adalah mati sebab Covid19 bawa mati.. sedang mati tak payah tunggu tua atau sakit, mati tunggu masa je... sampai ajal, semua akan mati.
Itu hujah dua anak muda tersebut, lalu membuat kesimpulan, yang kita takut adalah mati, bukan Covid19. Anak muda ini cuba membawa mesej:
Kenapa nak takut Covid19, sedang mati itu akan terjadi juga?
Aku yang tak muda lagi ini sekadar mampu berfikir begini sahaja, tidak seberani dua anak muda tersebut.
1. Mati bukan urusan manusia. Urusan manusia adalah menjaga diri dan masyarakat.
2. Bila Covid19 berpotensi merebak cepat dan membawa kematian, ia mengundang ketakutan. Ini reaksi normal manusia yang membawa kepada usaha dan keutamaan utk ia dikawal dari merebak, malah jadi kewajipan semua pihak, bukan membiarkan manusia mati, termasuk dua anak muda yg berani mati tersebut.
3. Memang kita mati dengan pelbagai sebab. Tiada manusia yang menafikan kedatangan mati, sebab itu urusan Tuhan.
4. Urusan manusia adalah berusaha, termasuk mencegah wabak dari merebak dan membawa kepada kematian... serta berdoa untuk kesejahteraan semua.
5. Aku cadangkan dua anak muda tersebut menjadi sukarelawan di hospital Sg. Buluh, kerana mereka tidak takut Covid19... mereka juga tak takut mati.
OT
Tajuk 1808 - Aplikasi ZOOM !
Masa dah tiba utk guna aplikasi ZOOM yg sangat mudah, sesapa pun boleh guna, tak perlu ada PhD dalam instructional technologi pun. Saya demo cara nak guna yang asas kepada yang lansung tak pernah guna. Selamat mencuba...
Yang belum, silalah SUBCRIBE dan SHARE video ini !
https://www.youtube.com/watch?v=o9oXXF8cbhA&feature=share&fbclid=IwAR1b24a1UkHZhoj0y-M56KIaw2oUBBjJfRcKhfafHLu3D9kYrqgCVUHXSBo
OT
Tajuk 1807 - Zoom dan Google Hangouts..
Pertama kali saya guna Zoom ketika berinteraksi dgn editor Springer di OZ yang interview saya utk satu chapter yang saya tulis dlm buku Springer. Meh saya citer sikit... sebab baru nak guna lagi di saat 'curfew'.
Kedua-dua Zoom dan Google Hangouts mempunyai tujuan asas yang sama... collaboration or meeting or online conference. Kedua-dua boleh download free utk kegunaan fungsi yang basic.
Saya dan angels saya akan guna Zoom sebab hanya gunakan basic meeting sahaja. Itupun dah canggih ! Spt Google Hangouts, Zoom boleh tunjukkan fail spt Ppoint presentation utk di share bersama pada screen komputer.
Chairman hanya perlu ada emel ahli utk invitation dan setiap ahli perlu buka Zoom pada masa yang sama. Better guna lappy, besar sikit, dari guna handphone !
Download di sini: https://zoom.us/download
Tajuk 1806 - Artikel di tolak sbb tipu citation ?
Dont play-play. Aku biasa baca artikel dan tesis PG... dalam text ada 120 citation tapi dalam senarai References ada 130, banyaklah cantik. Kalau mood tada baik, reject teruslah. Jgn main agak2. Semak guna SPLIT.
OT
Nafas Tenok Bau Sekerap, Lepas Tengok Sila SUBCRIBE
Tajuk 1805 - Extent your horizon of thinking..
Janganlah macam tu sayang.... pls extent your horizon of thinking..
1. Ramai yang mengerling aku bukan 'orang teknologi'. Aku tak layak berbicara pasal educational technology.
2. Jgn tak tahu.. tesis doctorate aku pasal teknologi (computer-animated instruction) yg aku dibangunkan sendiri 100% sepenuhnya, bukan main guna atau upah orang lain punya, atau main celup2 guna questionnaire, tak mainlah sayang...
3. Aku ada apps sendiri (OCRA - Organic Chemistry Reaction Mechanism) dgn GOLD awards 2, 3 butir, bersama mantan angel aku, Dr. Azraai Othman. Malah akupun ada gamification apps bernama Monsterlysis yang dibangunkan bersama UPSI.
4. Being practical sbg technology person, aku wujudkan blog, FB dan sekarang dgn Youtube Channel. Minah Salleh cakap, Walk-the-Talk... bukan Talk-n-Talk.
5. Im a practical educational technology person. Science education is my FoE (field of expert) dan educational technology is my FoI (Field of Interest).
6. Ni zaman IoT.. semua bidang adalah teknologi lah sayang. Teknologi bukan lagi milik seseorang, dan teknologi kini milik mereka yang creative, innovative... termasuk budak sekolah yg tak ada PhD dan tak pergi obersi pun boleh bina apps dan games yang lebih sofisticated dgn pelbagai element education berbanding dgn sebahagian so called expert di menara gading yang masih bermain dgn UTAUT, TAM dan gap ! Malah apps spt Google Classroom, Zoom, dan beribu2 lagi namanya bukan dibina oleh educational technologist di universitipun.
Ada soalan?
7. Terima kasih RMC UPM yang mengadakan sidang akhbar tersebut yang juga pertama di FPP, UPM.
8. Maaf, video ni tangkap muat jer... guna hp aku... ada suara latar yang excited aku masuk TV. Adoi. Ada satu lagi video TV3, pun sama juga... tak sempat nak minta rakaman asal.
OT
Tajuk 1804 - Ada artikel tanpa volume, series dll info
Adoi....
Ada reference tapi info tak lengkap - Jom Terjah !
Apabila maklumat artikel tak lengkap, tak boleh downloaded untuk references dalam Mendeley, spt volume, series, pages... anda boleh terjah cara lain. Ikuti video ringkas ini.
Cam beso... SUBCRIBE secara berjemaah !
https://www.youtube.com/watch?v=YFh97Y2oUwc&feature=share&fbclid=IwAR2UMJ5ua1JQ9QbtW1F940QvtlS3iFf-dohXEqnDwSots0nmHJCVuN8ZV9M
OT
Tajuk 1803 - Buat PG tersayang - anda sayang saya ?
Kalau sayang
mohon SUBCRIBE dan SHARE Youtube saya di:
https://www.youtube.com/watch?v=YFh97Y2oUwc&feature=share&fbclid=IwAR2UMJ5ua1JQ9QbtW1F940QvtlS3iFf-dohXEqnDwSots0nmHJCVuN8ZV9M
Note: Dah ada 2 bini Blog dan FB, malam ni tambah sorang lain Youtube, larat ke nak jaga ni..
Tajuk 1802 - 7 bentuk citation dalam thesis !
Berikut pelbagai bentuk in-text citation yang anda perlu manfaatkan dalam penulisan akademik. Jgn main tulis je... asal ada citation.
1. Author sebagai reference sahaja (idea / isi lebih penting)
It is argued that the way chemistry teachers teach is often influenced by their experience as a student (W, 2004).
2. Author berkaitan direct dgn idea / isi
S and G (2009) conducted a study by analyzing college chemistry textbooks as sources of misconceptions in understanding electrochemical cells.
3. Author sebagai subject dgn initial phrase
According a study conducted by A and B (2001), students have difficulty in thinking about chemical processes because most of them are oriented to concrete examples.
4. Cara penulisan bagi menunjukkan banyak sangat kajian lepas dalam creativity yang hampir2 sama maka anda hanya memberi contoh (menulis 'e.g') empat daripadanya iaitu A, B, C dan D yang dipilih seboleh2nya bagi menggambarkan konteks kajian yang bersifat global dan kronologi sehingga masih dikaji dalam kajian semasa .
Previous studies (e.g. A, 2009; B, 2008; C,2010; D, 2009) revealed that boys are better than girls in creativity.
5. Cara begini digunakan apabila kajian A dan B relevant dengan apa yang anda ingin sampaikan sehingga anda mempelawa pembaca melihat (dgn menulis 'see') artikel khususnya B jika inginkan maklumat lanjut / khusus.
Previous studies revealed that boys are better than girls (A, 2009; see B, 2008) in creativity.
6. Kombinasi perbagai viewpoints berbeza dari beberapa authors
The integration of computer animation in science instruction has been proposed as tool that can facilitate students’ conceptual change (B, 2000; S, 2000; W, 1998) and provide an opportunity for the students to organize and comprehend the sequences of the abstract, dynamic and complex processes (A, 2003; Z & C, 2003). For example, animation can be used by chemistry teachers to show the donation of electrons during the process of electrolysis (W, 2010).
7. Kombinasi secara general satu pernyataan dengan persamaan pendapat bbrp authors
The constructivist theory of learning has been accepted as one of the dominant epistemological which can be applied to develop theories of teaching and learning in science education (A, 2002; B, 2003; C, 2008; D. et al, 2007).
Salam sayang....
OT
Tajuk 1801 - Dari semalam sayang....
1. Dari semalam aku dok buat reflection bila aku dikatakan 'sombong' dan 'tunjuk pandai'.
2. Aku org kecik dan kerdil... nak sombong ape mendenye.. kalau setakat berjalan... tak ada sapa yang nak sapa pun, tak ada sapa nak hairan... aku bukannya boss - baik boss kecik, boss sederhana apatah lagi boss besar. Aku marhein biasa-biasa je.
3. Aku masuk TV? Itu bukan TV aku, diorang yang datang... diorang yang call, bukan aku yang menempek.. maybe aku ada 'nilai berita' kot kepada diaorang. Nak buat apa sombong. Lagi pun dah 3, 4 kali aku masuk TV, radio, majalah, newpapers, termasuk sidang akhbar. Wartawan dan DJ pun ada kawan aku...
4. Aku bukan tunjuk pandai... tapi aku tunjuk 'apa yang orang pandai di universiti ternama buat' yang kita buat dan faham kot lain, pastu paksakan kepada orang yang tak pandai. Aku bagi macam2 contoh utk sama-sama fikirkan dari Oxford, Cambridge, Wisconsin, Stanford.. bukan dari Timor Leste..
5. Aku angkat tangan kalau aku tak tahu .. tak pandai..dan minta bertanya kepada yang tahu. Sebab itu dalam komiti supervisori angel aku ada co-SV dari Fakulti Komputer dan co-SV Jabatan Kimia. Sekarang ni pun tengah meminang seorang expert dari uni. lain dalam computational thinking pula utk menjadi ahli dalam komiti angel aku... sebab aku tak pandai dan tak tahu semua.
6. Maybe aku tulis macam2 kot dalam FB? Abis dah FB dan wall aku, aku tulislah. Kalau takat nak tunjuk foto '' atau tunjuk 'warna ' biarlah orang pompuan yang buat... dah nature diorang macam tu... kita alu2kan je lah. Abis depa buat tu pun utk kaum adam jugak... ye tak ?
7. Pintu bilik aku tak pernah memilih bulu.. tiada PA ... tiada protokol... siapa datang aku cuba bantu.. atau sekadar bagi pendapat.
8. Maybe aku komen pasal gap? La... cer lihat foto. Ini tesis dari IPTA yang sukakan kelompongan. Di awal tesis kata kajian isi kelompongan, tak ada orang buat kajian tersebut .... dibahagian diskusi tulis banyak kajian lepas yang sokong dapatan kajian - amende nye yang kelompong ?
Ini nak kata sombong ke nak tunjuk pandai?
OT
Tajuk 1800 - Kenapa jiwa saya tersentuh dgn PG?
1. Ketika menjadi PG, saya melalui satu situasi berbeza di Oz, seperti saya dihormati dan selalu di address sebagai 'visiting lecturer' oleh SV, Dr. Robert dan oleh dekan saya, mendiang Prof. Kevin. Malah kerani di ofispun menunjukkan hormat kepada saya, dgn panggilan Mr. Talib. Prof. Kevin pula sering meminta saya memanggilnya sebagai Kevin sahaja, cuma saya sahaja yang tidak mahu.
2. SV saya tahu latar belakang saya, tahu saya seorang pensyarah lalu berbual dengan saya spt rakan pensyarah. Hasilnya, saya sgt fokus dan bermotivasi dalam menjalankan kajian sehingga semuanya berjalan dengan baik.
3. Sebagai PG, saya sediakan satu artikel secara draft sahaja utk publication wpun bukan menjadi syarat bergraduate. Saya hantar kepada SV tanpa meletakkan apa2 nama pada artikel tersebut. Tub-tub, SV saya mengedit bahasa saya yang 'horror' serta menambah baik artikel tersebut sebelum dia sendiri yang menghantar ke Scopus Q3 (status sekarang), dgn nama saya sebagai 1st author. Bila balik Msia baru saya tahu, amalan sebegitu sukar diperolehi di sini.
4. SV saya tidak membiarkan saya macam bola.. menghubungi pihak itu dan ini ketika saya membuat 2 pilot test di OZ, kerana sebagai foreigner, saya tidak tahu prosidur di sana. Beliaulah yang membantu saya melalui kenalan beliau di sana untuk menyediakan pelajar bagi tujuan pilot testing. Tapi bila balik Msia, saya menjalankan pilot ke 3 utk konteks lokal.. perit yg saya lalui.
5. Maka dengan cara yang sama saya telah membantu supervisee saya dari Nigeria, angel Malek mendapatkan pakar tempatan utk ditemuduga melalui kenalan saya, Dr. Azraai Bin Othman, Pn. Fathni dan Dr. Norizah. Malah mantan angel, Dr. Nur Farhana Ramli turut membantu bagi memudahkan urusan tersebut. Terima kasih semua, termasuk angel lain yang secara lansung atau tidak lansung saling membantu. Kini Malek terus dalam progress utk menuju GOT, InsyaAllah.
6. Rupanya kebaikan ini telah dipanjangkan oleh Malek dengan membantu pula angel Ibrahim... masyaAllah, sedang Ibrahim telah mendapat status TM (tak memuaskan) sebelum melantik saya sbg SV beliau yang baru.
7. Kini, saya cuba membawa budaya tersebut, dengan menyayangi dan menghormati semua supervisee saya, kerana mereka adalah penjawat awam, pensyarah, guru, serta bagi foreigner, mereka adalah pegawai di negara asal mereka. Mereka telah byk bbakti, mungkin sahaja bakti mereka lebih besar dari saya. Maka saya cuba memberikn apa sahaja kemahiran utk mereka menjadi PG yang baik dan meneruskan bakti mereka kpd negara.
8. Begitu juga dengan penganjuran bengkel PG, saya pastikan ia pada harga berpatutan, kerana motif utama utk kayakan PG dgn kemahiran dan keyakinan diri, bukan menjadikan ia perniagaan utk kayakan diri sendiri dgn mengenakn yuran yg tak masuk aqal.
9. Mungkin sahaja PG tidak tahu, saya menolak semua jemputan yang mengenakan yuran keterlaluan kepada PG, kerana bukan semua sanggup membayarnya atau membayarnya dengan keterpaksaan demi menghabiskan pengajian...
10. Saya juga mendapat tawaran one-to-one consultancy yang lumayan, tetapi saya awal2 menolaknya selagi saya menjadi pensyarah...
Itu sahaja yang saya cuba mampukan diri utk memberi.. sehingga saya tidak pernah mengira siapa PG tersebut, dari universiti mana... apapun bidang... asal boleh saya membantu.... wpun saya bukan sesiapa, tiada pangkat dan jauh sekali kuasa...
Saya sayang kamu...
OT
Note: Kerana PG juga saya telah menjelajah UK ... termasuk ke Lancaster University !
Tajuk 1799 - Ketika plakat As masih lagi ditempah oleh 'sekolah' utk dipegang oleh murid bagi menunjuk-nunjuk...
Pemikiran...
Ketika plakat As masih lagi ditempah oleh 'sekolah' utk dipegang oleh murid bagi menunjuk-nunjuk...
Dlm satu meeting dgn seorang engineer dari satu syarikat.. beliau berkata..bil As bukan lagi keutamaan beliau dlm mengambil engineer baru bagi syarikat beliau...
Reflection...
1. Behaviorist
Pemikiran jenis ini mementingkan perlakuan yang boleh diperhatikan spt mendapat As. Perlakuan ini menjadi dorongan maka berlakulah competition. Siapa yang bagus akan menang. Ini adalah behaviorist. Kelompok ini lebih suka menunjuk-nunjuk kemenangan dan mengaitkannya dengan simbol kejayaan sebagai extrinsic motivation seperti gred utk terus bersaing.
2. Humanism
Pemikiran kedua adalah jenis humanistic yang fokus kepada perkembangan menyeluruh individu secara internal. Kumpulan ini fokus kepada personal improvement melalui intrinsic motivation. Jika mereka guru, mereka memahirkan diri spt mewujudkan PLC dan berkolaborasi sbg satu intrinsic motivation utk mencapai personal improvement dan mengajar murid pendekatan yang membawa kepada murid menghargai personal improvement juga. FPN adalah humanistic approach..
3.
Diperingkat persekolahan, walaupun agak sukar, menanam intrinsic motivation lebih utama berbanding extrinsic motivation.
4.
Maka acara pegang plakad As adalah behaviorist centralised reward system yang tidak menjadi amalan mainstream di negara maju, khususnya di sekolah rendah. Never ! Mereka sentiasa mengutamakan personalised rewards dalam bentuk encouragement yang berterusan, sedikit demi sedikit dalam aktiviti PnPc.
5.
Zaman dah lama bergerak ke arah cognitivism, humanism... tetapi ada yang masih tak berubah dengan keutamaan kpd behaviorism..
OT
Ketika plakat As masih lagi ditempah oleh 'sekolah' utk dipegang oleh murid bagi menunjuk-nunjuk...
Dlm satu meeting dgn seorang engineer dari satu syarikat.. beliau berkata..bil As bukan lagi keutamaan beliau dlm mengambil engineer baru bagi syarikat beliau...
Reflection...
1. Behaviorist
Pemikiran jenis ini mementingkan perlakuan yang boleh diperhatikan spt mendapat As. Perlakuan ini menjadi dorongan maka berlakulah competition. Siapa yang bagus akan menang. Ini adalah behaviorist. Kelompok ini lebih suka menunjuk-nunjuk kemenangan dan mengaitkannya dengan simbol kejayaan sebagai extrinsic motivation seperti gred utk terus bersaing.
2. Humanism
Pemikiran kedua adalah jenis humanistic yang fokus kepada perkembangan menyeluruh individu secara internal. Kumpulan ini fokus kepada personal improvement melalui intrinsic motivation. Jika mereka guru, mereka memahirkan diri spt mewujudkan PLC dan berkolaborasi sbg satu intrinsic motivation utk mencapai personal improvement dan mengajar murid pendekatan yang membawa kepada murid menghargai personal improvement juga. FPN adalah humanistic approach..
3.
Diperingkat persekolahan, walaupun agak sukar, menanam intrinsic motivation lebih utama berbanding extrinsic motivation.
4.
Maka acara pegang plakad As adalah behaviorist centralised reward system yang tidak menjadi amalan mainstream di negara maju, khususnya di sekolah rendah. Never ! Mereka sentiasa mengutamakan personalised rewards dalam bentuk encouragement yang berterusan, sedikit demi sedikit dalam aktiviti PnPc.
5.
Zaman dah lama bergerak ke arah cognitivism, humanism... tetapi ada yang masih tak berubah dengan keutamaan kpd behaviorism..
OT
Tajuk 1798 - Bila Prof. KJ ...
Ramai yg kenal Prof. KJ. Dia insan unik. Publication bagi dia macam makan kacang.. Aku tak nak citer pasal itu. Itu kepakaran dia.
Aku tak kenal beliau sebelum ini. Hanya mendengarnya dari rakan-rakan. Aku ni ibarat pemain kampung dan beliau pemain professional..
Bulan lepas aku joint bengkel beliau anjuran fakulti. Bengkel plak dibuat betul2 depan bilik aku. Akupun joint.
Aku terkejut bila dia panggil aku 'OT'. Bila plak dia kenal aku yg kerdil ni? Tak cukup dgn itu.. beliau crop satu status FB aku dlm slide beliau. Patutlah...
Itu aku ok je. Yang aku tak tahan.. dia emel dan WA tanya progress artikel Q1 yg sdg aku tulis dari bengkel berkenaan. Mmg suatu yg aku tak sangka.. respect kpd beliau yg betul2 serius memastikan penerbitan artikel tersebut.. diselit2 dgn perbualan kehidupan aku.
Maka... aku tidak lagi kehairanan akn komitmen beliau yg tinggi dilangit dlm penerbitan dgn sikap beliau yg merendah dibumi... a truely Professor !
Tqvm Prof...
Tajuk 1797 - The effects of a client's political connections on auditors' judgements
Tajuk tesis YB Menteri Pendidikan dari repository Australian National University (world top 30 university), setebal 190 pages tak termasuk ref. dan appendix.
"The effects of a client's political connections on auditors' judgements"
Tajuk ni klu di Msia lom tentu lepas ni...
Tajuk tesis YB Menteri Pengajian Tinggi, graduated dari UUM spt foto di bawah pada respon adalah
"Pengaruh aspek kesedaran terhadap penggunaan e-dagang dlm kalangan peniaga wanita TEKUN nasional"
Tesis tu kelihatannya nipis tapi kritis !
"The effects of a client's political connections on auditors' judgements"
Tajuk ni klu di Msia lom tentu lepas ni...
Tajuk tesis YB Menteri Pengajian Tinggi, graduated dari UUM spt foto di bawah pada respon adalah
"Pengaruh aspek kesedaran terhadap penggunaan e-dagang dlm kalangan peniaga wanita TEKUN nasional"
Tesis tu kelihatannya nipis tapi kritis !
OT
Tajuk 1796 - Learning theories...
Jika anda guna learning theories.. ada sesuatu yg anda boleh fahami dari foto ini..
OT
Tajuk 1795 - 4 pilihan kpd PG yang sebahagian masanya berada depan laptop..
Jom tidor.. Anda 4 pilihan kpd PG yang sebahagian masanya berada depan laptop.
1. Sleep:
Jika anda membuka laptop anda selang beberapa jam, gunakan “sleep” supaya laptop anda sentiasa ready dgn semua program yang tersedia yang anda gunakan, dan cepat jer nak buka. Power digunakan tetapi minima sahaja. Dont worry baby.
2. Hibernate:
Jika anda nak gi shooping, dan tinggalkan laptop anda dalam 24 jam… gunakan hibernate. Fungsinya lebih kurang spt sleep tapi guna Power kurang dari sleep dan bila nak buka, beberapa saat lambat dari sleep. But its ok baby.
3. Shut down:
Jika anda balik kg utk beberapa hari dan tak guna laptop, barulah shut down!!
4. Lid close
Ini satu option yang baik n paling practical bagi pengguna laptop yg tegar. Gi ke Control Panel – Power Option dan pilih lah “When lid is closed – option: hibernate atau sleep atau shut down”.
Jika anda aktif guna laptop. Pilihlah “sleep”... atau mana2 yg sesuai dgn habit pggunaan komputer anda. Tutup jer lid... terus sleep.... sempoi !
Kalau laptop anda tak ada option ini – mesti laptop anda super new.. atau dah otai dan tak berbisa lagi...
OT
Tajuk 1794 - Sumpah .. abang tak tahu sayang !
Pengakuan
Sumpah .. abang tak tahu sayang !
1. Ketika bergelar Dr. aku mmg tak tahu byk benda dlm research.. Banyak sungguh sayang ! Aku hanya tahu quasi-experimental design.. t-test dan Anova yg aku buat... wpun tesis aku dpt minor correction. Itu je sayang.
2. Aku tak tahu SEM-AMOS, Rasch, PLS, qualitative, case-study, instrument development, DDR dll lagi. Pendek kata ... aku byk tak tahu dari tahu.. Aku tak malu mengakuinya. Itu adalah satu hakikat yg semua lalui... bukan hanya aku.
3. Bila mula supervised PG.. 3, 4 tahun gitu barulah aku tahu skit-skit ...lalu aku teruskn mbaca. Satu cara aku nk 'paksa' diri aku adalah dgn menulis blog dan FB dan ikuti bengkel juga.
4. Sekarang aku masih terus belajar maka aku tahu begitulah PG yg masih banyak yg mereka tak tahu.
5. Insan bergelar professor pun bukan sekelip mata boleh menguasai semuanya tentang research.. malah ada yg pakar quanti sahaja atau quali sahaja. Lari skit dari itu.. mereka pun tidak tahu.
6. Jadi.. selepas aku sendiri melalui proses yg panjang ini.. aku tahu jika ramai PG yg terkial2 ... spt mana aku dulu.
7. Bukan hanya kerana seseorang itu calon PhD.. terus dia kuasai semuanya... lalu dgn mudah diperli jika 'tak sampai pelbagai maqam'... macamlah yg memerli itu dulu terus melompat ke maqam mereka sekarang. Mana ada...
8. Permudahkn bukan shj what to do.. tapi juga how to do it.
OT
Sumpah .. abang tak tahu sayang !
1. Ketika bergelar Dr. aku mmg tak tahu byk benda dlm research.. Banyak sungguh sayang ! Aku hanya tahu quasi-experimental design.. t-test dan Anova yg aku buat... wpun tesis aku dpt minor correction. Itu je sayang.
2. Aku tak tahu SEM-AMOS, Rasch, PLS, qualitative, case-study, instrument development, DDR dll lagi. Pendek kata ... aku byk tak tahu dari tahu.. Aku tak malu mengakuinya. Itu adalah satu hakikat yg semua lalui... bukan hanya aku.
3. Bila mula supervised PG.. 3, 4 tahun gitu barulah aku tahu skit-skit ...lalu aku teruskn mbaca. Satu cara aku nk 'paksa' diri aku adalah dgn menulis blog dan FB dan ikuti bengkel juga.
4. Sekarang aku masih terus belajar maka aku tahu begitulah PG yg masih banyak yg mereka tak tahu.
5. Insan bergelar professor pun bukan sekelip mata boleh menguasai semuanya tentang research.. malah ada yg pakar quanti sahaja atau quali sahaja. Lari skit dari itu.. mereka pun tidak tahu.
6. Jadi.. selepas aku sendiri melalui proses yg panjang ini.. aku tahu jika ramai PG yg terkial2 ... spt mana aku dulu.
7. Bukan hanya kerana seseorang itu calon PhD.. terus dia kuasai semuanya... lalu dgn mudah diperli jika 'tak sampai pelbagai maqam'... macamlah yg memerli itu dulu terus melompat ke maqam mereka sekarang. Mana ada...
8. Permudahkn bukan shj what to do.. tapi juga how to do it.
OT
Tajuk 1793 - Masalah graduated obersi..
Memang ini bukan amalan di Msia. Yg balik oversi presented 5 pages pun akn suruh PG dia tulis proposal 50 pages. Bukan sorang.. ramai yg graduated obersi.. cam tu jugak.
Tak tahu lah knp pi blaja jauh2 tapi masih ikut style lama. Bukan proposal... tajuk tesis pun tak boleh ada '?' atau ' : ' dll yg byk pantang larang. Perkara ini setahu aku tak ada masalahpun dan tak ada peraturan kat obersipun tempat depa blaja dulu.
Ironinya... prof-prof yg mengajar di obersi ini lah kita dok panggil jadi examiner.. consultant.. keynote speakers.. jadi itu dan jadi ini... dan aku boleh katakn mereka ini 'sangat santai' dan relex bila Viva kn PG.
Depa kat obersi dptkn tajuk lalu justify dari LR... kita plak baca dulu 300 LR ... dapatkn kelompongan baru jadikan tajuk. Tak boleh tunjuk kelompongan baca lagi... baca lagi..
Klu proposal 5 pages.. mmg lah xder Chapter sbb proposal bukan tesis. Kat sini xcukup dgn Chapter... yg kena buat pilot test pun ada.. sdg pilot test hanya dijlnkn sebelum kajian sebenar... bukan utk proposal.
Masa akan mengubahnya...
OT
Tajuk 1792- Anak awak SPM dapat berapa A ?
Ini soalan lazim bila keluar keputusan SPM. Pihak sekolah pun dah awal2 siapkn plakat 9As utk murid2 tayang kpd seluruh alam buana.
Aku tak mahu kupas isu di atas. Aku nak melihat kepada isu ini dari perpekstif yang lain.
1. Kejayaan individu bersifat kendiri dan immediate sedang kejayaan komuniti lebih bersifat menyeluruh dan long term.
2. Bila kita cuba membina individu yang berjaya, kita sukar menggerakkan kejayaan komuniti, malah sering menyebabkan membesarnya 'gap' individu dan komuniti.
3. Kejayaan dalam pendidikan khususnya disekolah adalah kejayaan komuniti, bukan individu. Saya ulang... bukan individu.
4. Negara tidak akan terbina dgn gah, hanya berdasarkan kejayaan individu.
5. Jepun, China, Taiwan dan Korea serta Germany mungkin, tiada tokoh individu yang betul-betul 'dikenali kejayaannya' dalam membangunkan teknologi, ekonomi, budaya tidak seperti tokoh2 barat, US dan UK. Negara-negara tersebut Jepun, China, Taiwan dan Korea serta Germany menggerakkan kemajuan komuniti, bukan individu.
6. Menggerakkan kejayaan komuniti akan memunculkan juga kejayaan individu, malah lebih ramai individu yg berkongsi kejayaan dalam komuniti.
7. Apapun agama dan kepercayaan mengutamakan maslahat komuniti dari individu
8. Kejayaan individu selalunya unik sedang kejayaan komuniti lebih universal.
9. Sekolah adalah sebuah komuniti, maka kejayaan komuniti patut menjadi keutamaan.. bukan individu.
10. Namun begitu, sebuah komuniti pun ada keunikkannya, seperti juga individu, maka perlu diselaraskan dgn keperluan keunikan komuniti tersebut dan ia lebih sukar dan memerlukan perancangan yang teliti kerana pembangunan komuniti adalah pembangunan negara, bukan pembangunan individu utk berjaya dan menjadi kaya raya...
Salam sayang buat buat anak-anak SPM
OT
Tajuk 1791 - “Tesis siap cepat kurang matang”
"Kalau setakat abis 3 tahun tu belum cukup matang"
Selalu jer aku dengar pernyataan di atas. PG cam biasalah... mengangguk je. Kata apapun yess saja.
1. Pertama: Lambat atau cepat?
Ini logic yang kurang tepat dan sgt memalukan sapa yang menutur dan mempercayainya. Kualiti thesis lebih logic dikaitkan dengan (i) isu yang dipilih yang ada urgency, significant dan novel (ii) LR yang kritis (iii) ketepatan / kesesuaian pemilihan research design, termasuk analisis data (iv) perbincangan yang menyeluruh… bukan cepat atau lambat.
Maka, tentulah kurang sihat, kalau ada calon PhD yang pilih “lambat” berbanding “cepat”...yang relex jer macam xder apa2 berlaku... sbb itu wujudnya gesaan utk GOT - got it ? Ini bukan mcm makan sahur.... lagi lambah lg byk pahala.
2. Kedua: Matang?
Apa yang matang dan tak matang? Umur atau isi thesis? Kalau umur tentulah dah terlajak matang, maka tentulah yang matang tahu menyediakan isi yang juga matang. Apa pulak isi yang matang tu. Tentulah berbalik kepada yang pertama di atas.
3. Ketiga: Had masa
Kenapa PhD ada had masa – dulu 4 tahun, sekarang 3 tahun. Ini kerana keperluan asas menyediakan thesis yang matang adalah artikel dan buku2 yang berkualiti, yang jauh lebih mudah diperolehi sekarang... bukan main google jer cam budak2 sekolah.
Kalau dulu, 30 artikel perlukan 3 bulan, sekarang maybe 30 minit dah ada dalam tangan. Kalau ada budget, boleh beli lagi.. Yang tak dapat, boleh pula minta library carikan atau minta dari sumber lain termasuk kawan2 di obersi. Dulu mana ada Mendeley… now semua dah online.
Jadi bacalah artikel dan bahan berkualiti... sehingga memahami dan mampu memberikan argument yang baik.... bukan mesti baca sampai ribu2... takut makin kelabu...
4. Keempat:
Kalau bermula lewat, mana nak sempat matang. Sebab itu, aku suruh mulakan bacaan, penulisan wpun belum mendaftar lagi. Dulu mana kelas SPSS, AMOS, PLS, Atlas.ti di IPTA mahupun diluar IPTA utk analisis data, so joinlah mana2 yang patut seawal semester 1.
Ingat bro.... anda mungkin abiskn 3 bulan tak faham2 sesuatu yg boleh anda kuasai dlm sehari dgn hadiri bengkel ! Kalau tunggu, bilanya nak matang…
Yang dah daftar, boleh saja bermula esok harinya. Kenapa tunggu abis 1 semester baru nak mula…. Lambat bermula bukan bermakna matang...
5. Kelima:
Segala2 bermula dgn proposal yang baik... jadi belajarlah camner nak buat proposal... apply dulu ROT dan rujuk juga thesis lepas dalam bidang yang sama. Baca dan familiarize dan dapatkan idea, format dll utk menyediakan proposal. Jgn citation buat manual... kelam kabut... gunalah MENDELEY.
Thesis boleh pinjam di pusat sumber jabatan / library masing-masing. Kalau tak mula menulis, bila nak matang? Kalau main trial-n-error… tanpa panduan… ini bukan menjamin kualiti… ini menjamin anda memanjang jer tak reti !
6. Keenam:
MS Word tu word processor… berdesup boleh tulis thesis. Abis kalau dah guna Word pun macam typewriter electric… nak guna navigation xtahu…. split xtahu… cross-references xtahu… break page xreti… style xtahu…. Insert caption tak reti… nak customize TOC xtahu…. Grouped object xtahu…. yang tahu adalah menaip macam ayam patuk beras
7. Ketujuh:
Kalau nak edit pulak…. berpusing2 macam gasing… sampai pening sedang yang nak edit tu simple jer tapi jadi bersimpul-simpul ! Ini bukan matang… ini dinamakan ……. (maaf idea xdatang)
8. Kelapan:
Kalau dah 5, 6, 7 tahun tak siap2…. Itu aku fikir bukan matang…. itu trang tang tang…
Ini xtermasuk yg lambat siap kerana ditimpa musibah.. instrument meletup... sakit..... SV pindah uni.... yg kes cenggini.. kita simpati... isolated cases kita tolak tepi.
9. Kesembilan:
PhD hanya permulaan utk matang. Teruskan buat research... sampai tahap Prof... dan expert.... tapi percayalah ... tiada noktah pd istilah matang dlm dunia research kerana sifat knowledge yg terus bkembang... asal jgn jadi otai tapi buat research jd pembonceng kapcai !
Ke10
Itu jer nak tulis … maaf kalau tajuk post ni tak berapa nak kena.... sebab tajuk tu untuk orang2 yang matang ...
OT
Tajuk 1790 - Review Article Operational Template - RAOT (Draf)
Selepas mencerakin beberapa 'Review Article' aku dah siapkan RAOT, tetapi masih dalam bentuk draft. InsyaAllah, ada sedikit lagi yang perlu dilengkapkan.
Aku akan share seantero dunia, jangan bimbang. Dgn RAOT, sekurang-kurangnya anda akan ada idea awal, amende nak tulis dan sekuennya juga. Foto ini aku tayang dulu dlm status ni hanyalah draft ...
Sabar nye sayang....
OT
Tajuk 1789 - Nvivo vs ATLAS.ti 8
Ada yang tanya antara kedua software. Aku dah jawab dalam status yang lepas. Aku cuma nak tambah satu lagi...
Aku mula-mula masuk bengkel NVivo di UTM, pastu masuk bengkel di UKM, pastu di UM.. sampai kesudah aku masih blurr...
Aku belajar ATLAS.ti 8 tanpa buku, tanpa bengkel, tanpa guru, hanya curiosity dan try-n-error, lalu berjaya menguasainya dan telah menulis 2 buku dan mengendalikan bengkel pula..
Itu jer aku nak bagi tau.. orang lain aku tak tahu...
OT
Tajuk 1788 - Malam ni praktis ATLAS.ti 8, dah lama tak exercise.
Membina tema dan triangulation.. its so easy. Memang untung mereka yang bergelar researcher dan menguasai ATLAS.ti 8 yang sempoi... Diagram dalam foto ini dibina oleh ATLAS.ti selepas proses coding selesai...
OT
Tajuk 1787 - Tersebutlah Kisah...
Kisahnya pernah aku tulis. Dr. Siti Faizah Sheikh Said, angel aku yang menyiapkan PhD dikala suami mengidap kanser.. dan akhirnya menyambut kejayaan konvo di hospital (foto dgn pakaian konvo di hospital yang beliau hantar kepada aku). Hari ini suami beliau pergi menemui Illahi.. Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un.
Aku dulu menyiapkan tesis Master juga ketika isteri mengidap kanser, sedang anak-anak masih kecil. Tetapi dia pergi dahulu sebelum majlis konvokesyen. Inilah kehidupan... untuk kita teruskan.. termasuk PG yang sedang dalam 'perjuangan'....
OT
Tajuk 1786 - Kawan Jepun..
Kawan aku ni masih di Jepun, menjalankan research kelas dunia di sana.
Aku kata thesis PhD di Jepun dalam 100 pages... tapi kajian hebat kawan aku ni hanya memerlukan 73 pages termasuk references..
Sekurang-kurangnya anda tahu, thesis PhD tidak semestinya sinonim dgn tebal... dan ratusan pages, apatah lagi proposal !
OT
Tajuk 1784 - Citation yg memalukan diri sendiri..
Ramai PG yang baru memahami sesuatu dari pembacaan bahan / sumber umum spt buku teks. Katalah anda membaca buku lalu anda pun menulis pernyataan berikut dan mbuat citation..
1. Cluster sampling is a sampling technique often used in social science research (Creswell, 2010)
2. Instrumen yang baik dalam kajian sains sosial perlu mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi (Chua, 2009)
Kedua-dua contoh tidak memerlukan citation..... kerana maklumat di atas adalah maklumat umum yg boleh dijumpai dan dibaca dalam ribuan buku2 teks yg lain…. bukan Creswell dan Chua sahaja yang tulis cam tu.
Tapi jika anda nak tulis jugak… nak tunjukkan anda baca buku Creswell dan Chua…. anda hanya memalukan diri sendiri dimata examiner dan reader... utk manjangkn senarai citation jer.. lain lah anda baru undergrad yg buat final year project yg baru first time nk buat research..
Ketahuilah mana yg GENERAL statement dan mana yg specific statement..
Tajuk 1783 - Ranked top 10 QS World..
Ini proposal 3 pages yg baru aku terima yg disediakan oleh sorang PG yang bakal belajar di sebuah uni. ranked top 10 QS World. Di sana cukuplah proposal seringkas ini tetapi comprehensive enough utk mulakan perbincangan dan diskusi bersama SV. Proposal ini berasaskan ROT ! Proposal 3 chapters tak wujud di uni. tersebut...
OT
Tajuk 1782 - RQ ada 4 ciri sebagai panduan iaitu:
Topic, Subject, Variable (Instrument), Location = TSVL
Example1:
1. Apakah kesan gaji minimum kepada pekerja industri?
2. Adakah gaji minimum membawa kesan kepada pekerja Malaysia?
3. Adakah kesan perlaksanaan gaji minimum kepada kepuasan bekerja dalam kalangan pekerja industri pembuatan elektronik di Selangor?
Perhatikan #1 dan #2 terlalu umum... maka bagi #3 :
Topik – Gaji minimum
Subject - pekerja industri pembuatan elektronik
Variable ( instrument) – gaji minimum (qnaire), kepuasan bekerja (qnaire)
Lokasi – Selangor
Example2:
Are form four students in Selangor who engaged to FB more likely to be better in English communication skill ?
Topik – FB addiction
Subject – form four students
Variable (instrument) – Addicted to FB (qnaire), English comm. skill (English comm. test)
Lokasi – Selangor
Example3 (Kajian qualitative):
How does tuition classes influence form three students’ academic development in Kota Kinabalu?
Topik – tuition class
Subject – form three students
Variable (instrument) – why attending tuition class (interview), how development (interview)
Lokasi – Kota Kinabalu
Begitulah adanya..... sekadar panduan..
OT
Tajuk 1781 - Satu page jer...
PG ni jumpa aku sat ni tanya pasal proposal yg diminta oleh SV setelah berjaya mdpt tempat di Imperial College of London utk buat PhD.
Dia panik sbb SV minta proposal dlm 1 page.
Iskhhh... dalam 1 page je ? So aku suruh dia rujuk ROT utk sediakn 2 page proposal..
Tahniah...
Fuhhhh.... mujur SV tu tak minta baca dulu 300 artikel dan cari gap utk sediakn 50 page proposal.
Untunglah...
OT
Tajuk 1780 - Masalah bukan lompong !
Uji Masalah dgn 5Ws
1. Ada yang menyatakan bahawa pernyataan masalah mestilah boleh menjawab 5Ws. Dalam status yang lepas, aku telah menulis satu dummy pernyataan masalah dalam dua ayat sahaja, yang ringkas. Berikut adalah ayat pernyataan masalah tersebut
"Terdapat penurunan minat murid sekolah menengah terhadap aliran STEM sejak tahun 2010 hingga 2018 (rujukan A, B) seperti Jadual 1.1 berikut. Penurunan ini boleh membantutkan usaha menyediakan tenaga kerja profesional di era IR 4.0"
2. Pernyataan masalah memerlukan kita menyatakan sahaja (stating the problem) tanpa perlukan huraian what so ever. Ia bagi memastikan penyelidik 'jelas' masalah yang ingin dikaji. Ini adalah jawapan kpd 5Ws bagi pernyataan masalah di atas..
Who – siapa yg terlibat dgn masalah = murid sekolah (Ting 4)
What – apa yang menjadi masalah = penurunan minat terhadap STEM
Where – di mana masalah berlaku = sekolah di Malaysia
When – sejak bila masalah wujud = sekitar 10 tahun kebelakangan
Why – kenapa ia menjadi satu masalah = bantutkan usaha menyediakan tenaga kerja profesional
3. Maka pernyataan #1 di atas telah lulus sebagai satu pernyataan masalah yang JELAS wpun ringkas. Huraian lanjut dibuat pada bahagian2 lain terutamanya dalam LR. Tu pasal thesis PhD kat Jepun dalam 100 pages sahaja.. sebab ringkas tetapi mesti jelas.
4. Jgn tak tahu, menulis satu perkara dgn jelas dan ringkas adalah satu kemahiran, khususnya utk menulis artikel dan laporan.
5. Malangnya ada yang terlebih sudu dari kuah, bila pernyataan masalah sekadar dua paragraph terus dikatakan tidak cukup mendalam. Ini satu pegangan silap dan menjengkelkan.
6. Paling ironi, bila dua paragraph dikatakan tidak mendalam, tetapi bila ditulis 4 pages dikatakan tak jelas lah pula masalah yang nak dikaji.
Life is short make it sweet (aku tiru kata2 ni)
OT
Tajuk 1779 - Big boss Anita Adnan..
Dari album....
Akulah antara penggerak awal DSG bersama big boss Anita Adnan...
Utk rekod... t-shirt pertama DSG bertulis 'DSG - Thinking is our profession' adalah nukilan aku ...
OT
Tajuk 1778 - Apakah Tujuan Membuat Kajian ? #2
Empat Langkah Membina Persoalan Kajian dan Objektif...
Sila baca status #1 dulu.
Bagaimana kriteria nak pilih persoalan yang sesuai utk kajian, sebab ada banyak persoalan yang muncul dalam minda?
Ini saranan yang sering disebut kepada PG di obersi... supaya memikirkan soalan yang..
- Anda minat kerana ia memberi kepentingan kepada anda dan kekuatan utk meneruskannya
- Skop kajian yang sesuai dgn jangkamasa pengajian.
- Bidang yang anda ada pengetahuan tentangnya, termasuklah multidisiplinary
Katalah, sebagai guru sains, anda nak buat kajian tentang computational thinking, CT in Sains..
Langkah 1: Perhalusi
- pembinaan modul ?
- keberkesanan CT dalam sains ?
- kesan CT kepada kemahiran menyelesai masalah ?
- hubungan CT dgn engagement?
Langkah 2: Pilih
- Anda memilih untuk mengkaji kesan CT terhadap kemahiran penyelesaian masalah.. maka
RQ1: Apakah kesan menyepaduan CT dalam pengajaran sains terhadap pencapaian ?
Langkah 3: Bina objektif
- Kajian ini bertujuan menentukan kesan penyepaduan CT dalam PnP subjek sains Tingkatan 4 kepada skor ujian post murid.
Langkah 4: Semak
- Ada tak teori?
- Ada tak instrumen (soalan post test) yang dapat mengesan skor hasil intervensi CT
- Semak kewujudan IV (CT sebagai intervention) dan DV (skor post test) dalam RQ dan Objektif kajian (bagi kajian quantitative)
Bila dah ada persoalan yang perlukan jawapan, maka tugas awal adalah menyorot literatur dari sumber laporan, artikel, handbooks dll utk mendapatkan..
- theoretical background kepada persoalan (masalah)
- perkaitan elemen yang telah dikaji dengan yang akan dikaji
- ruang memberi sumbangan kepada scholar lain dalam bentuk pengetahuan
- kepastian kajian yang bakal dilakukan 'researchable'
Jadi kajian bukan bertujuan mencari kajian lain yang 'belum dibuat lagi' ataupun apa yang disebut kelompongan.
OT
Sila baca status #1 dulu.
Bagaimana kriteria nak pilih persoalan yang sesuai utk kajian, sebab ada banyak persoalan yang muncul dalam minda?
Ini saranan yang sering disebut kepada PG di obersi... supaya memikirkan soalan yang..
- Anda minat kerana ia memberi kepentingan kepada anda dan kekuatan utk meneruskannya
- Skop kajian yang sesuai dgn jangkamasa pengajian.
- Bidang yang anda ada pengetahuan tentangnya, termasuklah multidisiplinary
Katalah, sebagai guru sains, anda nak buat kajian tentang computational thinking, CT in Sains..
Langkah 1: Perhalusi
- pembinaan modul ?
- keberkesanan CT dalam sains ?
- kesan CT kepada kemahiran menyelesai masalah ?
- hubungan CT dgn engagement?
Langkah 2: Pilih
- Anda memilih untuk mengkaji kesan CT terhadap kemahiran penyelesaian masalah.. maka
RQ1: Apakah kesan menyepaduan CT dalam pengajaran sains terhadap pencapaian ?
Langkah 3: Bina objektif
- Kajian ini bertujuan menentukan kesan penyepaduan CT dalam PnP subjek sains Tingkatan 4 kepada skor ujian post murid.
Langkah 4: Semak
- Ada tak teori?
- Ada tak instrumen (soalan post test) yang dapat mengesan skor hasil intervensi CT
- Semak kewujudan IV (CT sebagai intervention) dan DV (skor post test) dalam RQ dan Objektif kajian (bagi kajian quantitative)
Bila dah ada persoalan yang perlukan jawapan, maka tugas awal adalah menyorot literatur dari sumber laporan, artikel, handbooks dll utk mendapatkan..
- theoretical background kepada persoalan (masalah)
- perkaitan elemen yang telah dikaji dengan yang akan dikaji
- ruang memberi sumbangan kepada scholar lain dalam bentuk pengetahuan
- kepastian kajian yang bakal dilakukan 'researchable'
Jadi kajian bukan bertujuan mencari kajian lain yang 'belum dibuat lagi' ataupun apa yang disebut kelompongan.
OT
Tajuk 1777 - Adaptasi kisah sebenar (sebentar tadi) ..
Kerana IV.. si cantik manis tak lena tido ..
Sedang aku layan Atlas.ti, datang PG cantik manis memberi salam.. sayu kedengarannya. Dia mengadu, katanya tak lena tidur.
Fuh... aku tanpa berlengah meminta dia duduk lalu dgn penuh sopan bertanya.. kenapa begitu?
Kajiannya yang baru dirangka sebagai proposal dikatakan tidak sampai maqam master kerana hanya menggunakan 1 IV sahaja. Kawan2nya yang lain kata, mereka dimaklumkan bahawa kajian master mesti ada lebih 2 IV dan PhD lebih 3 IV. Maka sedihlah si cantik manis...
Akupun cool... tanya baik-baik dan minta jelaskan kajian dia yang ada 1 IV tersebut.
Selepas dia jelaskan.. aku pun tersenyum lalu berkata, kajian dia dah terlebih maqam ..
Fuhhh... terkejut manjalah si cantik manis... spt tidak percaya.. 'Camner tu Dr...?' katanya yang mula menguntum senyum...
Izinkan aku jelaskan hal ini, supaya semua bisa faham...
1. Bilangan IV spt yang dikatakan merujuk kepada kajian correlational study (gunakan SEM, PLS, Rasch etc). Tentulah tidak mungkin kajian spt ini kurang dari 3 IV.
2. Tetapi kajian PG di atas bermula dgn membina module, diikuti dgn kajian experimen dan diakhiri dgn temubual klinikal. Ini menjadikan kajian beliau mixed-methods.
3. Kajian tersebut melibatkan kesan intervensi modul (yang menjadi IV) ke atas tahap pencapaian (skor) (DV). Skor pula dipecahkan kepada skor soalan prosidural dan soalan konseptual, dgn 3 kali ujian: pre-pos-retention.
4. Oleh kerana kajian si cantik manis adalah mixed methods maka boleh aku jangka RQ kajiannya berkaitan:
a. Penghasilan module - ADDIE
b. Beza pre test kumpulan (t-test)
c. Beza post test kumpulan (t-test)
d. Beza post-retention test kumpulan (t-test)
f. Beza post test (2 tahap soalan) (ANOVA)
g. Beza retention test (2 tahap soalan) (ANOVA)
h. Sejauhmana kesan intervention (analisis temu duga klinikal)
5. RQ dalam kajian experimen dapat menjawab perkaitan cause-effect, diiintergrasi penjelasannya dgn hasil temu duga, maka dapatan lebih mendalam dan tiada masalah utk mencapai tahap master.
6. Adalah berbeza kajian correlational dgn survey yang respondennya tidak dikawal dgn kajian experimen yang dikawal.
7. Adalah tidak sama keperluan bilangan IV kajian eksperimen dengan kajian correlational.
8. Nampaknya si cantik manis sendiri baru faham apa yang berlaku, kerana kajian beliau bukan kajian correlational.
Aku akhiri penjelasan yang disambut dengan senyuman... Siapakah gerangan si cantik manis ?
Saja bagi suspen...
OT
Subscribe to:
Posts (Atom)