Plagiarism and Authorship...
Sukati akulah nak letak nama sapapun sebagai author.. ye dak?
Ini satu pendapat yang nak sgt letak nama orang lain dalam artikel sendiri.
Kenapa ini tak beretika? Saya nak jelaskan style kampungan je.
Kes A - Plagiarism
1. Bila satu paragraph yang anda ambil tanpa rewrite semula dgn pemahaman anda sendiri, ia dinamakan plagiarism.
2. Bila anda hanya rewording sana sini skit2.. ia tetap plagiarism walaupun anda letak sumber petikan anda (citation).
3. Plagiarism adalah jenayah besar dalam dunia penulisan artikel
(tidak dalam dunia berkasih sayang yang lain) kerana ada ribuan pembaca
akan TERTIPU membaca 'IDEA' anda, sedang ia adalah idea ORANG LAIN.
Kes B - Aturan nama pengarang
4. Susunan pengarang dibuat mengikut sumbangan kepada kajian dan
penulisan artikel. Ini etika dunia scholar yang perlu dihormati. Maka
merit yang tinggi diberikan kepada 1st author dalam kenaikan pangkat
kerana memberi sumbangan utama.
5. Jika ia kajian PG dan ditulis
oleh PG atas bimbingan 'tidak berkira' SV, maka, nama PG adalah sebagai
1st author sebagai penyumbang utama yang akhirnya bergraduat dgn tesis
dan artikel yang ditulis sendiri.
Apa kaitan Kes A dan Kes B?
6. Jika nama orang lain sebagai 1st author, maka dgn cara yang sama spt
plagiarism, pembaca TERTIPU dgn beranggapan sumbangan intelektual yang
banyak atau kerja penyelidikan dilakukan oleh 1ST AUTHOR sedang ia
dilakukan dan disumbangkan oleh 2nd atau 3rd AUTHOR
7. Ia juga
dilarang kerana nama penyumbang utama membawa merit kepada artikel
sedang pembaca TERTIPU dgn aturan pengarang yang diberikan. Lebih dasyat
bila pengarang hanya tempelan tanpa sebarang sumbangan malah tidak
melakukan apa2 tapi mjadi 1st author.
8. Kes plagiarism dan authorship dalam dunia scholar - kedua2nya satu penipuan !
Kesimpulan:
Ini dunia scholar, dunia yang menitikberatkan titik dan koma, yang
menekankan proper citation, authorship dan plagiarism.. bukan dunia naif
balas budi dan terhutang rasa... anda tak sesuai berada dalam dunia ini
jika anda ikut sukati anda sahaja... dan biar diri anda dimanipulasi...
OT
No comments:
Post a Comment