.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, September 7, 2015

Tajuk 789 - Research is PREDICTABLE

TAKUT kerana anda TIDAK TAHU...

PhD sering diberikan image ngeri – kalau nak senang jgn buat PhD ! Maknanya PhD itu susah. Susah sebab SV kata begitu, rakan2 seniorpun kata begitu, maka begitulah PhD ! Pernah seorang academician menakut2kn dgn ungkapan “welcome to the HELL” kepada sekumpulan calon2 PhD yang baru mendaftar. Inilah yang ditanamkan dalam minda calon2 PhD.

Aku tidak pula menyatakan PhD itu mudah, tetapi PREDICTABLE. Maksudnya – PhD bukan susah atau perlu ditakuti tetapi adalah satu proses yang boleh dipelajari. Pelajarilah proses tersebut, supaya anda yang mengawalnya, bukan anda dikawal sehingga menakutkn. Ada kalanya jgn terlalu mengharapkan SV, sbb ada yang suka membimbangkan dari membimbing...

Satu nasihat aku, kalau dulu anda pelajar average di sekolah, di uni atau di mana2 sahaja, now anda boleh jadi pelajar cemerlang ! Kenapa? Kerana PhD tidak ada silibus yang standard, so you can even go beyond others’ expectation.



Jika membuat PhD spt meneroka hutan simpan BELUM di Perak, anda boleh sahaja siapkan diri dengan kemahiran meneroka hutan AMAZON di Brazil yang lebih mencabar, malah belajar xtra skills spt berenang, in case anda terpaksa harungi sungai yang dalam. Bengkel kemahiran PhD hanya mengambil masa biasanya 1 atau paling lamapun 3 hari, bukan 3 bulan ! Tidak ada siapapun boleh menghalang termasuk yang part-timers – tepuk dada !

Anda tidak boleh buat kajian dgn hanya mengikuti kelas Research Methodology atau menunggu di ketuk oleh SV. Anda perlu baca thesis lepas dalam bidang anda selain articles. Dapatkan kawan2 dalam bidang yang sama, dari pelbagai IPTA dalam dan luar negara. Pasti anda akan gugup dan gagap jika sebahagian kemahiran yang mereka miliki tiada pada anda. Tanyakan masalah kajian, teori, method dan analisis data yang mereka gunakan.Tidak semua kemahiran tersebut anda perlukan secara DIRECT dalam kajian anda tetapi semuanya anda perlu pelajari dan fahami utk mengharungi proses penyelidikan anda.

Jika anda cenderung utk membuat kajian quantitative, anda juga perlu belajari qualitative dan mixed method yang digunakan dalam bidang anda oleh rakan anda dan dalam kajian lepas. Jika SV anda cadangkan anda menggunakan MANOVA, berusahalah utk memahami multiple regression, ANOVA, SEM / AMOS dalam bidang yang sama.

Samalah, jika anda menggunakan teori ABC, anda juga perlu mbaca dan fahami sekurang2nya beberapa teori lain yang releven dalam bidang anda. Ini kerana bahan2 bacaan dan rujukan anda akan pelbagai dan anda perlu fahami semuanya. Ringkasnya, jgn nanti anda jumpa biawak anda ingat buaya hingga hilang separuh nyawa atau jumpa bapak segala ular sawa tapi anda relex tahap dewa !

Semua ini tidak lagi mustahil. Anda hanya perlu invest sedikit masa utk mempelajarinya dan mungkin melibatkan sedikit kewangan utk mengikuti workshop2 yang memerlukan kemahiran atau by group, menganjurkannya di IPTA anda – jgn duduk relex atau merengus macam t-rex.

Saya salute siswazah Pendidikan UKM yg sering menganjurkan pelbagai bengkel tanpa mengharapkan pihak fakulti dan uni. Percayalah…. jika anda ada asas pengetahuan dan kemahiran menjalankan proses penyelidikan beyond the scope of your focused title…you are actually having a fun… menguasai sesuatu melebihi kelompok pelajar average ….. lalu memudahkan anda menguasai LR….. lalu lebih mudah predict apa yang bakal anda lalui …. and the rest is history !

Selamat memerdekakan diri.

OT 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...