Epidemic of research bermakna penyebaran besar2an sesuatu dalam penyelidikan. Research gap telah mjadi satu epidemic sehingga menjangkiti academician utk wajib ditanyakan kepada pelajar, sedangkan tiada satupun heading atau sub-heading, yang dinamakan “Research Gap” sebagaimana sub-heading “Research Question” atau “Problem Statement”.
Habis kenapa gap spt sesuatu yang istimewa?
Istilah gap pada hemat aku, asalnya lama dulu digunakan bagi memudahkan pemahaman pelajar mencari “kekurangan” kajian2 lepas yang terlompong supaya dapat memantapkannya. Tambahan, analisis data dan research methodology semakin maju utk digunakan bagi mengisi kelompongan yang ditinggalkan kerana “kelemahan” methodology pengkaji terdahulu.
Aku pernah membuka satu thesis PhD social science tahun 60an salah seorang academician (kini dah bersara) yang hanya menggunakan bar chart dan descriptive untuk analisis data. Tentu kajian sebegini dah cukup advanced ketika itu tetapi masih meninggalkan byk lompong, paling tidak membuat kajian semula dgn analisis lebih advanced !
Pengisian gap ini (isi kekurangan / kelompongan / missing element) akan menjustifikasikan keperluan kajian, menonjolkan kononnya “originality” kajian, mengelak "duplication" sesuatu ketika dulu.
Apabila dunia research makin advanced… gap dgn maksud yang sempit itu terus digunakan sebagai ramuan utama sebelum memulakan kajian... sudah lagi tidak sesuai kerana….
1. Definisi gap semakin berbeza-beza dari SV yang berbeza-beza.
2. SV mendefinisikan “problem statement” atau “Research Question” mengunakan perantaraan gap, malah novelty, signifikan dan originality pun cuba dikaitkan dengan gap sedang setiap satu istilah (novelty, originality, signifikan) tidak diliputi oleh bermakna gap yang sempit!
3. Mudahnya mendapatkan ratusan sumber rujukan, menjadikan “gap” spt yang difahami menjadi semakin sukar.
4. Gap jika “ditemui” pun belum tentu cukup baik untuk tahap master / PhD
5. Gap tidak meliputi "masalah” utk kajian spt kupasan buku, narrative, document analysis, grounded theory, fenomena.... kerana definisi gap yang sempit.
6. Gap hanya wujud dalam kajian master / PhD, tapi tidak kedengaran selepas itu.
7. Masalah boleh berbentuk pembangunan prototype, membina model, menguji algorithm baru, yang tiada kena mengena dengan makna gap yang sempit dan kabur.
8. Penerbitan artikel semakin mementingkan novelty / “new finding” yang signifikan bukannya gap
9. Perkembangan semasa memerlukan kajian yang creative, innovative, futuristic bukannya mengisi gap dgn maknanya yang kabur dan terbatas
10. Perbincangan dan kesimpulan dari dapatan kajian untuk menjawab persoalan kajian dan hipotesis, bukannya mengisi gap.
11. Dalam kajian science, gap bukan sesuatu yang dibincangkan, sebab “masalah” yang dikaji adalah authentic.
12. “Masalah” kajian dalam social science yang bersifat hipotetikal juga sukar didefinisikan mengikut maksud gap.
Tapi entah mengapa, research gap menjadi satu epidemic, yang melanda hampir seluruh dunia postgraduate. Apabila terkena virus gap ini, maka terbit rasa bersalah jika tidak bertanyakan “What is your research gap?” dan pelajar yang dijangkiti virus ini akan segera mencari “gap”, maka epidermic ini diwarisi generasi demi generasi.
Bagi aku – virus ini merbahaya dan tidak diperlukan lagi dalam dunia postgraduate. Vaksin yang sesuai utk epidermic ini adalah kembali focus kepada makna dan tujuan utama kajian dijalankan dgn memahami maksud “problem / masalah” yang memerlukan kajian spt yang diperlukan secara jelas dalam “Problem Statement” dan diperhalusi dgn novelty dan contribution yang signifikan.
Sila rujuk post aku yang lepas utk mamahami makna “problem / masalah”, novelty, originality, significant contribution, yang menjadi asas kukuh kajian. Aku dah huraikan menjela2…. Inilah vaksin atau antidote utk virus gap !
OT – learn from the past but don’t let it own you !
No comments:
Post a Comment