.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, September 7, 2015

Tajuk 783 - SAPA KATA KAJIAN PhD / master MESTI ADA IMPACT?

Dalam social science khususnya, segala2nya perlu dirasionalkan. Dari pemilihan isu / problem sehinggalah kepada pemilihan sample dan pemilihan analisis data.

IMPACT.
Aku nak sentuh sikit pasal impact. Ramai yang sebut bhw bukan PhD kalau kajian tak ada impact, pada society, jabatan, polisi sampailah ke negara. Ini satu lagi penyakit, selain GAP.
Fahami dulu maksud impact sebab masalah utama bila yang bertanya pun tak tahu makna impact, main tanya jer, mentang2lah ada title dihadapan nama. Yang menerima pula ternganga, tak berani bersuara, membisu…. lama-lama jadi kematu.

Impact adalah kesan lansung yang membawa “perubahan kepada sesuatu”. Impact dalam research pula mestilah membawa perubahan positif. Contoh polisi ISO yang dilaksanakan, memberi impact kerana amalan yang diikuti dengan tindakan pembaikan. Juga contoh lain, penggunaan vaksin dalam penternakan ayam, yang telah melalui kajian puluhan tahun oleh expert sehingga telah mengubah scenario penternakan negara. Inilah contoh impact.

Sila amati 13 perkara ini:

Pertama:
Bukan matlamat utama kajian PhD MESTI ada impact kerana: 
1. PhD / Master adalah academic research
2. dijalankan secara SOLO dalam had masa
3. tanpa geran
4. dijalankan oleh novice
5. hanya “part and partial” dari keperluan PhD
6. isu yang dikaji adalah hipotetikal (bukan real problem)
7. tidak diwajibkn kajian susulan selepas dapat PhD utk dikaji impact
8. keutamaan kepada contribution to body of knowledge
9. terdapat banyak kajian bersifat pure academic spt kupasan buku, membina model / instrument tanpa keperluan impact
10. dinilai dan diviva sebagai ujian oral... bukan dinilai impactnya



Kedua:
Namun ada juga nature kajian PhD yang "memungkinkan" wujudnya impact seperti:
1. dijalankan sebagai extension kajian yang memang TELAH TERBUKTI ADA IMPACT spt kajian memprofilekan DNA dgn computer atau mengkaji “hukum hakam Islam” bersabit DNA.
2. dijalankan oleh expert yang ingin memiliki PhD, spt penyelidik industry yang ingin mendapat PhD setelah lama membuat kajian yang telah terbukti ada impact yang dibuat diluar bidang akademik
3. terlibat sebagai sebahagian dari projek yang telah dikenalpasti utk dilaksanakan oleh sesuatu pihak seperti “kajian membina indek kualiti udara” yang diperlukan oleh kementerian alam sekitar
Namun, kajian spt di atas bukan lah satu kemestian malah hanya segelintir sahaja yang mungkin mendapat peluang. Bentuk kajian sebegini mendapat keutamaan di MIT, US, world 1st ranked, dgn dana berbillion dan calon PhD yang super selected. Itupun MIT focused kpd latest teknologi.... bukan social science!

Ada juga kajian PhD dijalankan dgn kerjasama agensi kerajaan, namun dalam banyak hal, yang dibekalkan adalah data dan kemudahan kajian sebagai tangungjawab sosial. Hasil kajian tidak semestinya diperlukan oleh agensi tersebut.

Ketiga:
Kajian-kajian yang ada impak, atau impactful research adalah sebenarnya didambakan kepada kumpulan-kumpulan expert spt professor yang bergaji tinggi dgn jutaan ringgit dana dgn pelbagai nama geran disediakan utk mereka. Kumpulan expert inilah yang diletakkan tanggungjawab menjalankan impactful research disamping membimbing calon PhD utk menjalankan kajian dgn sistematik.
Ironinya apa yang berlaku, kumpulan expert ini pulak yang mengenakan syarat supaya kajian PhD mestilah impactful research sedang itu adalah tanggung jawab mereka yang berpengalaman yang banyak serta geran yang tersedia. Niatnya maybe baik.. boleh tompang semangkuk.

Keempat:
Ramai individu atau kumpulan individu yang tidak pun buat PhD, tetapi apa yang mereka lakukan boleh sahaja memberi impak. Teknik Arif Matematik yang dihasilkan secara innovasi oleh seorang “engineer” kini mula mendapat tempat dan impak di KPM. Beberapa inovasi dari sdr Zul (Zul Design) juga telah memberi impak kepada industri automobile, walaupun dia master pun tak ada. Tanpa PhD pun masih boleh menyumbang sesuatu impak kepada society!

Kelima:
Kajian PhD akan berakhir dgn viva….. kemudian thesis disemadikan dalam library dan data yang masih releven akan dipersembahkan dalam konferens atau diterbitkan dalam jurnal. Itu sahaja yang diperlukan !

Keenam:
Kajian tidak boleh dikatakan ada impact jika tidak dibukti “impact” tersebut. Pernyataan berikut contohnya BUKAN IMPAK tetapi merepek !
a. ….. maka dapatan kajian ini akan menyedarkan pihak berkepentingan spt KPM dan ibubapa akan kepentingan aplikasi…. (bila pulak KPM tahu dan ingin tahu apa yg dibuat... ibubapa lagilah... sedang husband / wife sendiripun tak tahu apa u buat...)

b. ….. dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kesedaran pengguna masih rendah terhadap… (bila pulak kempen kesedaran dijalankn utk sedarkn pengguna.... iskhhh)

c. …. yang menunjukkan bahawa factor ABC adalah factor utama yang menyumbang kepada kesedaran masyarakat petani seluruh negara … (sejak bila plak jadi jabatan penerangan... sedarkn petani...)

d. ….kerana model ini mendapati bahawa keselamatan negara boleh diancam oleh anasir luar.. (perghhh...)

Pernyataan di atas adalah pernyataan yang “melangkaui” objektif kajian, sebagai satu andaian “omong2 kosong” tanpa bukti malah tidak membawa apa2 makna, jika selepas semua andaian tersebut ditulis dalam thesis dan disembunyikan dalam library.

Ketujuh:
Jgn keliru, confused dan entah2 apa2 lagi…. kajian PhD ada matlamat utama dan memberi impact kpd mana-mana pihak bukan salah satu dari matlamat utamanya.... tetapi utk

1. melahirkan bakal penyelidik yang menguasai pengetahuan dalam satu-satu bidang atau bbrp bidang yang saling berkaitan
2. melatih calon mengenalpasti masalah / isu utk cuba diselasaikan melalui satu kajian hasil dari review yang menyeluruh
3. hasilkn kajian secara independen (original)
4. Hasilkn kajian detail, sistematik dan lengkap (rigorous)
5. Hasilkan kajian mempunyai novelty (yg membezakan dgn kajian lain dalam bidang yg sama)
6. novelty ini mestilah signifikan (bukan impact)
7. novelty yang signifikan menjadikan hasil kajian publishable (utk dikongsi pengetahuannya dengan scholar yang lain dan sbg prasyarat lulus PhD)

Kelapan:
Abis buat apa kajian PhD kalau tak ada impact?
Ini pertanyaan mereka yang bingong dan bingai. Apa sahaja yang melibatkan akademik, baik tadika.. SPM sampailah PhD adalah utk memberi impact knowledge dan skill kepada individu yang terlibat.
Mereka yang membuat PhD, akan menjadi seorang yang lansung zero tentang research, selepas 4 tahun, berubah menjadi individu yang mula menguasai sesuatu bidang malah pelbagai teknik menjalankan kajian, menguasai sumber rujukan, membina networking…. Akan menjadi resourceful person... pakar rujuk.... yg akn membuat kajian yg ada impact selepas belajar buat kajian peringkat PhD.

Maka pemegang PhD, dianggap telah bersedia utk menjalankan kajian seterusnya termasukkan kajian yang bakal ada impact, selepas mendapat PhD, bukan ketika menjadi calon PhD !

Kesembilan
Impact perlukan bukti. Kalau anda buat dakwaan dalam penulisan anda bahawa dapatan kajian anda begini begitu kepada society tanpa bukti, anda memang jenis muka tak malu… dakwa sesuatu yang anda tidak dibuktikan. Sebab itu, kajian PhD hanya tinggal atas kertas, apa yang berlaku selepas itu tidak pernah dibuktikan apa2 selepas kajian… utk didakwa sebagai satu “impact” kepada society atau mana-mana pihak.

Kesepuluh
Dalam social science, kajian yang complicated dgn analisis yang advanced bertujuan melahirkan expert bukan untuk menghasilkan impact. Kajian yang menghasilkan impak hanya perlu dijalankan secara deskriptif, spt % atau carta bar supaya difahami oleh semua pihak. Itupun kalau pihak lain berminat dgn data tersebut. Dalam science, kajian yang aplikasinya simple yang dperlukan, bukannya prototaip yang complicated yang belum "tested rigorously"

Kesebelas:
Hasil kajian PhD / Master masih “pre-mature” perlu kajian demi kajian lanjut. Maka kajian pre-mature ini tidak perlu ditagih impact, mungkin sesuai utk memantapkan teori terlebih dahulu dan menyumbang better understanding kpd scholar lain.

Keduabelas:
Tapi scenario lebih malang, sebaik sahaja dapat PhD, terus meninggi diri, memperlekehkan supervisee, sehingga mendakwa kajian mesti ada impak, mesti penuhi gap (soalan turun temurun).. , sedang kajian phd sendiri pun tersangkut banyak kali…. malah kajian yang mereka dijalankan selepas ada phdpun tidak ada jaminan ada impact…. selain dari memanjangkan senarai CV, malah sebahagian senarai tersebut menumpang kajian pelajar atau hasil dari kajian gotong royong beramai2.

Urut dada.....

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...