.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, September 7, 2015

Tajuk 782 - Discussion of Findings - Sapa yang ajar tulis begini?

Saya ditunjukkan petikan dari satu kajian berikut, dan diminta pandangan cara menulis discussion. Sila baca terlebih dahulu:

Findings of the study indicated that students’ academic achievement was correlated significantly with their motivation towards learning and their self-efficacy…. thus this finding is in line with that highlighted in X (2009) study. X reported that motivation was significantly related to achievement. This finding is supported by other research, such as that by Y (1992) who reported …..

Saya sendiri sering membaca cara penulisan di atas, termasuk students saya sendiri. Saya tidak faham kenapa perkataan “this finding is in line with” dan “this finding is supported by..” dijadikan spt satu "template" dalam penulisan discussion of findings sedangkan...

a. anda dakwa kajian anda penting, berbeza dari kajian lepas, maka dapatan kajian anda juga novel, lalu menyumbang kepada knowledge.

b. dapatan kajian anda sepatutnya dibincangkan dari aspek yang lebih terkini dan berbeza dari kajian lepas.

Amati kenyataan berikut:
a. Membincangkan dapatan seperti di atas hanya menunjukkan wujud “duplikasi” sehingga anda perlu menulis bahawa dapatan kajian anda “is in line with…” satu kajian lepas.

b. Kenapa perlu sandarkan dapatan anda dgn dapatan kajian lepas sedang kajian anda patutnya lebih “baik” selepas anda membuat review kajian2 semasa yang lain. Anda hanya downgraded dapatan anda sendiri apabila menulis "this finding is supported by..." kajian lepas

Ini sama seperti menulis:
Kajian ini menghasilkan satu model baru (2015) yang selari dgn model X (2009) malah disokong oleh model oleh Y (1992).
Apa perlunya dapatan kajian 1992 dan 2009 tu nak support dapatan kajian anda !!

Atau aku analogikan spt:

Injin kereta ini dihasilkan dgn aplikasi baru pada tahun 2015 yang selari dgn aplikasi injin X keluaran tahun 2009 malah disokong oleh injin keluaran tahun 1992. Giler ker?
Ini bukan cara menulis discussion - sapa yang ajar macam ni?

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...