Ramai yang guna kaji selidik atau soal selidik atau qnaire. Ramai yang adopted dan adapted dari kajian lepas. Ramai juga yang bina item sendiri. Ini bukan isunya.
Ramai juga yang bersandarkan kepada analisis nilai chronbach alpa atau bersandarkan hasil factor analysis, CFA, EFA, item difficulties, Rasch Model juga bukan isunya.
Isunya…. aku lebih percaya, nilai dan interpretasi dari analisis di atas terutamanya chronbach alpha yang hanya ukur internal consistency… tak semestinya menggambarkan item kaji selidik tersebut baik atau tidak… malah semua nilai tersebut hanya langkah SECONDARY…. yang hanya boleh “diyakini”setelah langkah PRIMARY membina item dgn TELITI dilakukan terlebih dahulu supaya SETIAP individu item menjadi ukuran yang jelas bagi mewakili maksud sesuatu konstruk.
Ini antara sebab ada penyelidik membuat pilot test beberapa kali utk pastikan item tersebut benar2 difahami, jumlah item yang reasonable, dan setiap satu item mencapai tujuan item tersebut dibina tanpa perlu membuat analisis chronbach alpa atau lain2 analisis terlebih dahulu. Ini tak kiralah… item yang baru atau di recycle dari kajian lepas.
Aku juga sungguh tak faham kenapalah suka sangat buat item kaji selidik yang banyak, sampai terpaksa tulis kecik2 sebab nak jimat kertas (konon..) sedang yang ditanya tidak menepati ciri item yang baik, redundancy, vague, bias dll.
Aku membaca satu kaji selidik kajian tentang pembelajaran satu subjek XXX dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 yang ada dalam 76 item, perghh…. tak terkincit ker pelajar tingkatan 4 tu nak isi item banyak tu bulan2 posa ni. Kalau ada 4 konstruk…. maksima 40 item pun dah kira banyak… takkan ler sampai 76.
Ini contoh beberapa item yang aku senaraikan utk difikirkan bersama…. Tak kisahlah jika nilai chronbach alpha 0.88 ataupun kaji selidik ini telah melalui CFA….
Perkara menarik adalah…. empunya kaji selidik sendiri mengeluarkan statement “saya pun tak larat nak jawab kaji selidik ni tapi saya ambik dari kajian lepas….” !
Perhatikan item berikut sebagai contoh (bukan mengikut urutan sebenar) dgn sedikit komentar:
1. XXX adalah subjek penting untuk dipelajari
2. Sains dan teknologi memerlukan pengetahuan XXX
3. Saya panik apabila tidak dapat menjawab soalan XXX
4. Saya menyelesaikan masalah XXX mengikut langkah-langkah yang saya pelajari dalam kelas
Komentar: Item macam ni xyah tanyalah…. common sense.
5 Saya segan untuk berbincang masalah peribadi dengan guru XXX saya
Komentar: Apasallak masalah peribadi nak bincang dgn guru matapelajar XXX?
6. Saya cuba pelbagai teknik untuk menyelesaikan masalah dalam XXX
7. Apabila satu kaedah tidak berjaya, saya cuba kaedah lain pula
8. Saya membaca soalan berkaitan XXX beberapa kali sehingga saya faham
9. Saya akan membaca keseluruhan setiap soalan untuk memahami masalah yang ditanya
Komentar: Item 6 dan 7 serta 8 dan 9 membawa maksud yang sama jer !
10. Guru XXX saya menggunakan perkataan yang mengelirukan
Komentar. Saya pun keliru dgn item ini… bagi ler contoh perkataan tersebut !
11.Guru XXX menyebabkan saya tidak suka belajar XXX
12. Saya tidak suka XXX kerana kecewa dengan matapelajaran XXX
Komentar. Soalan cam ni sgt “prejudice”, tak adapun tak apa...
13. Saya keliru sesetengah soalan XXX kerana tidak membacanya dengan berhati-hati
Komentar. So what ?
Kesimpulan:
Elakkan membuat item hanya kerana anda ingin bertanya sesuatu kerana item adalah unit2 dalam instrument kaji selidik anda. Jika unit2 tersebut kabur maka ukuran juga tidak tepat. Jika terlalu banyak item… anda mengundang confusion dan hilangkan sincere responden…. Jadi membina item yang baik terlebih dahulu adalah langkah PRIMARY… yang perlu dilakukan dgn sgt teliti… barulah dijalankan lain2 analisis utk mendapatkan numerical justification sebagai langkah SECONDARY!!
OT - Open to discussion !
No comments:
Post a Comment