Aku bersimpati kerana setahu aku, proposal adalah naskah dengan pernyataan masalah, objektif, LR, methodology dan contribution to the body of knowledge yang RINGKAS tapi JELAS…... tambahan proposal bukan static atau rigid sehingga tak boleh diubah.... diupgrade atau dimodified.
Inilah tahap paling kritikal… khususnya diawal2 semester… perlu di settle bukan dah sampai 5 semester masih tak capai “standard” dan masih tak jelas2....
Ketahulah bahawa antara sebab anda kena present proposal seawal mungkin…. supaya anda dapat jelaskan apa yang anda cadang nak buat dgn harapan komuniti jabatan yang hadir membantu memastikan anda betul2 jelas dgn memberikan cadangan balas.
Analogi.
Aku nak bagi satu analogi proposal spontan sedikit giler.... dalam 5 minit.... cuba cabar proposal ni utk pastikan kejelasannya....tak payah nak tunggu tulis proposal tu ratusan pages...sehingga 5 semester.... bertajuk "Pengujian berbasikal dgn teknik dakisikal di bukit Broga, Semenyih"
Cabaran 1 - Apa masalah nak buat kajian ni?
Ini kajian membina prototype basikal kerana fungsi basikal yang telah lama static dan aktiviti berbasikal sangat streotype.
Cabaran 2 - Naik basikal ? Apa yang novelnya bro, dah berbilion2 org naik basikal, cuba jelaskan?
Ni bukan sebarang basikal... basikal yg hybrid berciri motocross....utk naik bukit... bukan basikal lumba, BMX atau basikal Chooper yang dinaiki awek gedik waktu petang lalu depan rumah sambil malu2... (konon) !
Cabaran 3 - Kenapa naik Bukit Brogra, dah ribuan2 ramai orang naik...apa yang lainnya? Aku perlukan penjelasan.
La....org naik jalan kaki lah... bukan naik basikal berciri motocross macam aku nak buat ni.... tupun tak jelas ker?
Cabaran 4 - Kenapa naik Bukit Brogra.... naik ler gunung ker baru standard?
Ini proposal master ler..... cukuplah standard bukit..nanti buat PhD barulah naik gunung lah pulak...
Cabaran 5 - Apa teori yang nak digunakan ?
Kajian ini menguji teknik "dakisikal" iaitu hybrid teori pendakian dengan teori motocross...yang diaplikasikan utk menghasilkan basikal yang khusus untuk pendakian...
Cabaran 6 - Ada sumbangan pada knowledge proposal naik basikal ke Bukit Broga ko tu? Cam kelakar jer...
Jangan main2.... mestilah ada, teknik "dakisikal" ini dapat advanced kan pengetahuan fungsi basikal dan extension aktiviti berbasikal ke dalam dunia pendakian… Inilah sumbangan aku dalam dunia basikal dan pendakian dalam kajian ini
Cabaran 7 - Apa research gap?
This is an outdated question bro... an old school of thought... Im not filling any gap left by previous researches ... Im advancing the frontier of knowledge with my prototype in a more innovative way !
Ok..ok..... memang ringkas tapi jelas... Fuhhh... proposal ni diterima....tak yah tunggu 5 semester....cukup 5 minit ko jawab 7 soalan di atas dgn jelas... !!
OT - tau tak per !
No comments:
Post a Comment