.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, July 7, 2015

Tajuk 754: Saya cabar semua PG yang menulis tesis / projek dalam BM....

Sila taip perkataan "ia" atau "ianya" pada tool "Find" atau "Navigation" MS Word dan lihat berapa banyak perkataan tersebut wujud dalam tulisan anda?

Perkataan "ia" adalah vague kerana pembaca sering tercari2 maksud perkataan "ia" tersebut. Perkataan "ianya" memang sah2 salah sebab kedua2nya adalah gantinama.... tak boleh digandingkan sekali.

Contoh:
Kurikulum matematik sebagaimana kurikulum sains masih bersifat abstrak kerana lebih mengutamakan penyelesaian masalah hipotetikal berbanding masalah sebenar sehingga ia / ianya menguntungkan pelajar pandai berbanding pelajar yang lemah.

Apakah maksud ia /ianya? 

- kurikulum matematik ? kurikulum sains ? abstrak? hipotetikal ? masalah sebenar? semuanya sekali? atau ?

Perkataan ia / ianya adalah songlapan dari terjemahan "it" dalam BI yang perlu dielakkan dalam penulisan ilmiah.

Kenapa tidak tulis begini sahaja.... contoh:
Kurikulum matematik sebagaimana kurikulum sains masih bersifat abstrak kerana kedua-duanya lebih mengutamakan penyelesaian masalah hipotetikal berbanding masalah sebenar. Kurikulum matematik yang abstrak cenderung memberi kelebihan kepada pelajar pandai berbanding pelajar yang lemah.

Saya pun sedang menulis buku sehingga kini mencapai 173 pages dengan >17000 perkataan. Percaya tak.... satu perkataan "ia / ianya" pun tak wujud - sila lihat screen shot berikut....dgn pernyataan "No matches"

Anda bagaimana? Kalau ada bermakna tulisan anda penuh kekaburan dari aspek concise dan precise ! Jika ada beribu-ribu lemon perkataan tersebut.... pasti memualkan !

Sila check sekarang tesis anda - ada berani ?

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...