Aku dah jelaskan GAP diikuti dgn Problem Statement, Objective dan RQ dalam post sebelum ini. Semua ini saling berkaitan.
Oleh kerana dalam thesis mesti ada argument iaitu ko claim something, maka wujud keperluan memahami istilah2 spt evident dan justification pulak !
Izinkan aku jelaskan 4 istilah yang maybe tak disebut atau diendahkan ketika menghasilkan proposal malah jarang disebut oleh SV tetapi sgt penting difahami utk menjadi researcher yang berfikir. Empat istilah tersebut adalah ACEJ - argument / claim / evident / justification.
Katakan dari bacaan ko berminat utk membuat kajian tentang multimedia…. Maka argument ko berasaskan claim bahawa multimedia boleh meningkatkan skor students dalam science. Claim ini tak ada makna jika tak ada data sebagai evident yang menyokong claim tersebut… maka sebab itulah perlunya ko buat kajian utk membuktikan claim ko tu dgn evident (data kajian).
Tarik nafas dulu… baca slow and steady !
Oleh itu…setiap thesis mesti ada argument…. dan argument ini bermula dgn claim dahulu…. Then barulah timbul keperluan utk buat kajian bagi mendapatkan evident (data kajian) bagi menyokong claim tersebut.
Tetapi ko tak boleh claim sebarangan seperti pemberian wang akan meningkatkan meningkatkan skor pelajar…. disinilah muncul pulak keperluan justification…. atau selalunya digunakan istilah significant of study….
Jadi claim mesti ada justification (significant of study) barulah kajian utk mendapatkan evident (data kajian) menjadi bermakna dalam contribute to knowledge (filling the GAP).
Kajian multimedia boleh di justify kan dgn keperluan semasa yang menuju kearah dunia digital dalam pendidikan sedang pemberian wang tidak memberi makna (tidak signifikan) kerana penggunaan wang sukar dikawal dan tidak logic utk kajian. Oleh itu, setiap argument mesti mengandungi unsur claim, evident (data kajian) dan justification (significant of study).
Diperingkat PhD / Master ada 3 claim yang utama dan lazim yang dibuat oleh pelajar :
Pertama:
Claim terhadap fakta - baja dgn pH 7 lebih sesuai utk kelapa sawit – boleh dikaji dan boleh dibuktikan benar / salah dgn data.
Kedua:
Claim terhadap nilai – bermain games meningkatkan pemikiran kritis – boleh di kaji tapi tidak boleh dibuktikan absolute benar / salah dgn data sebab nilai adalah subjective
Ketiga:
Claim terhadap polisi – thesis dilibrary patutnya boleh dipinjam kepada pelajar - boleh di kaji tapi tidak boleh dibuktikan absolute benar / salah dgn data sebab polisi juga adalah subjective.
Kenapa aku tulis benda2 ni semua? Satu jer sebabnya – selama ini dunia PhD / Master penuh dgn kekaburan dgn pelajar dibiarkan teraba2….. sehingga asas memahami mengapa thesis diperlukan pun tak jelas… nak cari gap pun tak tahu…. then tulis problem statement tapi tak ada problem dinyatakan…. dan percayalah supervisee yang kabur ni akan mewariskan kekaburan tersebut apabila menjadi SV…. maka berterusanlah dunia kekaburan ini....
Atas sebab yang sama aku tulis kenapa thesis statement penting kerana dalamnya ada CLAIM spt:
Contoh thesis statement:
The use of animation in teaching chemistry (topic) has a great potential to enhance students’ conceptual change in understanding the abstract and dynamic concepts (claim); therefore the computer-animated instruction should be developed based on constructivist theory and implemented in teaching electrochemistry (support)
Pemahaman ini akan membantu ko memahami kajian ko sendiri…. Khususnya semasa defend proposal / viva dgn menjelaskan kenapa pemilihan theory (termasuk variable yang terlibat) dan methodology (termasuk pengambilan sample dan analisis statistik) sesuai untuk menghasilkan data yang valid bagi menyokong claim yang ko buat dalam thesis ko.
Dan akhirnya dgn pemahaman yang betul dan jelas....ko tak akan hadapi masalah apabila dalam viva ko ditanya soalan basic ini:
Apakah thesis statement kajian anda ?
Apakah argument anda dalam kajian ini ?
OT
No comments:
Post a Comment