.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, September 12, 2014

Tajuk 653: 10 tanda anda sayang Research and thesis: Don’t just LIKE it but LOVE it !

Dua perkataan di atas bermakna SUKA dan CINTA. Ramai yang teringin untuk menyambung pelajaran bagi menambah pengetahuan, menjejaki langkah kawan-kawan atau kerana keperluan dalam pekerjaan.

Apapun alasannya, menyambung pelajaran sebagai pelajar master mahupun PhD bukan sekadar suka…. tetapi perlu dipupuk sehingga menjadi satu CINTA.

Kenal 10 tanda-tanda anda MenCINTAI research dan penulisan tesis:

Tanda 1. Berusaha mempelajari kemahiran apa sahaja berkaitan penulisan tesis dan research… seawal mungkin …. ya apa sahaja…. SPSS, MENDELEY, EndNote, NVivo, EView, SAS, RASCH dll

Tanda 2.

Setelah mempelajari kemahiran di atas, lalu mempersiapkan diri ke tahap terbaik dgn mengumpul journal, memahami dan membaca, menganalisis…. menguasai theory secara mendalam, bukan sekadar “so-so”. Sedikit tidak faham akan mengundang panik…. lalu segera diatasi dgn bertanya, membaca, berbincang dan berinteraksi dengan pihak yang lebih tahu.

Tanda 3.

Ketika mempersiapkan diri…. minda fokus sepenuhnya bukan sambil lewa.... atau relex tahap dewa....

Tanda 4.

Bila anda membaca 3 jam terasa spt 30 minit sahaja… malah anda tak perasanpun masa berlalu terlalu cepat... terasa tidak puas...

Tanda 5.

Anda tidak sabar-sabar menunggu utk memulakan lagi tugas menulis dan menjalankan research. Menunggu bagi anda satu penyeksaan dan meresahkan siang dan malam anda

Tanda 6.

Tiada apa yang dapat menghalang anda dari meneruskan pembacaan dari pelbagai sumber, penulisan, menyiapkan diri untuk menjalankan kajian dan berusaha memahami apa sahaja.

Tanda 7.

Anda sedar anda tidak perfect…. tetapi jika anda tahu kelemahan diri, melakukan kesilapan, anda bersegera membetulkan keadaan kerana anda sentiasa berusaha untuk menjadi sesempurna mungkin

Tanda 8.

Anda juga tidak melenting jika ditegur… tidak mudah melatah bila dikritik.... malah mengucapkan terima kasih kerana membantu anda menjadi lebih sempurna
Tanda 9.

Pengorbanan wang ringgit, tenaga dan masa bukanlah sesuatu yang terlalu sukar…. malah jika terpaksa, anda sangguh berabis utknya.

Tanda 10. Anda meletakkan keutamaan dalam menyempurnakan apa sahaja tugasan penulisan dan research.... bukan mencari alasan….apatah lagi procrastination...

Inilah 10 tanda-tanda anda menyintai apa yang anda buat sebagai calon master / PhD… bukan sekadar suka-suka….

Makin kurang tanda 
yang anda miliki, makin kurang cinta anda.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...