Ketika menjadi pelajar sekolah…. sebarang kesalahan dalam menjawab soalan peperiksaan tidak akan membawa sebarang markah. Semakin meningkat naik hingga ke undergrad… soalan semakin canggih sebab silibuspun semakin kompleks. Dalam mempelajari sesuatu yang kompleks… adalah normal apabila pelajar tidak dapat memahaminya sebaik guru yang mengajar… maka sering berlaku misconception dalam pemahaman dan jawapan pelajar.
Sebelum terus membaca, cuba ko jawab soalan “budak darjah satu” berikut.
Adakah paus sejenis ikan? Apa jawapan ko?
Jawapannya adalah………………
Tahniah yang jawab betul dan tahniah juga yang alami misconception.
Ini satu misconception yang dah berkurun lamanya… jika ko jawab paus adalah ikan sebab paus bukan ikan… paus adalah mamalia sama macam ko dan aku…. yang melakukan persenyawaan (bukan mengawan), beranak, bernafas dgn mengambil udara (oxigen), tidak bersisik, berbulu, berdarah panas dan boleh berkomunikasi !!
Lepas ni jgn sebut lagi “ikan paus” buat malu jer !!
Jadi bro…. bagi aku…. misconception wpun berlaku… ia tetap satu proses pembelajaran dan patut diraikan sebagai sebahagian dari “pencapaian” dalam proses pembelajaran.
Apsal plak?
Mana baik… berlaku misconception dgn mengatakan “paus itu ikan” ker atau lansung tak tahu amende paus tu ? Atlest ko kaitkan paus dgn berenang… tinggal dalam air… maknanya ko tahu ciri ikan cuma berlaku misconception atas sebab ikan dan paus ada ciri sepunya spt sirip dan berenang. Jadi ko bukan tak tahu lansung…. cuma berlaku misconception.
Dunia postgraduate (PG) tidak terkecuali akan berlaku misconception … kerana research adalah adunan pemahaman dan aplikasi terhadap theory, methodology, sampling, analisis data dalam pelbagai konteks yang berbeza2…. yang jauh lebih kompleks….tanpa batasan silibus… terbuka dan bebas…. berbnding dari apa yang ko pelajari di sekolah atau undergrad. Kalau ikan dan paus pun ramai yang keliru… apatah lagi dunia research !!
Jadi bro…. berlaku misconception dalam dunia PG adalah normal. Ada kalanya panel viva bertaraf Prof pun boleh saling tidak bersetuju sesama sendiri.... kerana pamahaman masing2 yang berbeza.... dgn menganggap pemahaman satu pihak lagi sebagai misconception.... inikan pula postgraduate... More often than not, PG pasti akan melakukan kesilapan kerana misconception. They become clueless about their mistakes. Jika bila ko jadi SV nanti, jgn marah2 jika supervisee tersalah faham…. sebab menjadi tanggungjawab ko membantu mereka sebagaimana yang cuba aku lakukan sekarang, termampu aku.
Mereka ketakutan, stress giler… dan macam2 lagi… sebab banyak pengetahuan asas2pun tak sempat difahami wpun mereka usahakan utk mencari dan membaca (jgn tak cari dan baca tak masuk dalam perbincangan dalam post ini).
Maka datanglah bertalu2 soalan kepada aku – camner nak cari tajuk… camner nak tahu nak guna quali atau quanti… dan guna teknik sampling yang mana satu…dll sehingga tak terjawab. Sebab itulah aku terus menulis utk menjelaskan asas2 ini kepada pembaca post aku…
Jadi…. jgnlah minta X-factor dari supervisee supaya secara otomatik boleh memahami dunia research…. tapi berilah panduan dan jalan supaya supervisee mempunyai bukan sahaja ada X tapi Y dan Z-factor !!
OT
No comments:
Post a Comment