.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, September 12, 2014

Tajuk 654: PhD/Master: Antara amoi Korea, takut dan cinta 200%

Aku di DOHA Airport. Sebelah aku amoi Korea cun sedang tidor. Sejuk. Akupun buka laptop aku, mencoret sesuatu....

Seorang yang aku kenali lama dulu, seorang pensyarah IT di IPG… tiba2 PM aku. Hebat sungguh impak FB, hampir sesiapapun boleh berhubung…. Jauh lebih advanced dari jejak kasih TV3.

Kenalan aku ingin membuat PhD, secara part-time. Aku mengiyakan kerana ramai yang dah berjaya wpun membuat PhD secara part-time. 

Beliau berkali2 mengeluarkan perkataan TAKUT…. Takut dan takut.

PhD adalah penguasaan satu bidang yang specific. Semuanya specific…. Journal yang specific dan teori yang specific. Kuasai yang specific ini…. ada menguasai PhD !!

Ambil contoh kenalan aku tersebut. Oleh kerana dia pensyarah IT…. Dia boleh sahaja membuat kajian dalam TeL, Bagi yang bukan bidang IT...... lakukan juga langkah yang sama yang ko akan baca seterusnya... supaya ketakutan ko bertukar menjadi cinta 200%..... teruskan membaca !!

Amende TeL tu bro?

Itulah Technology-Enhanced Learning. Antara bidang yang berkembang berkaitan TeL adalah Mobile Apps, Tablet Computing, Game-based Learning, Learning Analytics, Contex-Aware adaptive, Personalized mobile learning, social computing for learning, intelligent toy enhanced learning, 3D virtual world, learnng forlearners with disabilities…

Mak oi…. Banyaknya bro! Mana ko tahu semua tu?

Banyak ko kata…. itu sikit jer… ada banyak lagi… semuanya specific…. Pilih satu dan buat research sesuai dgn keperluan tahap master atau PhD.

Akupun tak tahu semuanya…. Jadi kenalah baca sumber berkaitan TeL dan pilih jer satu yang specific utk PhD ko… apa yang ko takut… kalau ko nak buat master / PhD kemudian menganga jer tunggu orang bagi tahu…. sampai beza journal, artikel dan scholar artikel pun ko tak tahu …. Asyik2 nak baca buku asas teknologi dalam komputer – memanglah ler ko takut !

Jgn perli bro… sensitive.

Oklah….. supaya ketakutan ko membuat master / PhD bertukar kepada cinta…. Cinta 200%, berikut adalah langkah pertama ko…… satu langkah jer... iaitu ketahui kajian2 mainstream dalam sumber utama TeL yang perlu ko baca. Inilah senarai leading journal dgn impact factor tertinggi dalam TeL

1.Computer & Education = Elsevier
2. Internal journal of computer-spported collaborative learning = Springer
3. British Journal of Educational Technolog = Wiley
4. Australian Journal of educatinal Technology = ASCILITE
5. Journal of computer assisted learning = Wiley
6. Interactive learning enironment = Routiedge
7. Educational Tech. Research and Development = AECT
8. The internet and Higher Education = Elsevier
9. Journal of Educational Technology and Society = ETS
10. Computer Assisted Language Learning = Routiedge
11. Journal of Science, Education and Tech. = Springer
12. IEEE Transaction and Learning Technologies = IEEE

Itu baru 12 jurnal tersohor..... yang tak tersohor ada banyak lagi..... oleh kerana terlalu banyak.... disinilah Mendeley mainkan peranan....Ingatlah.... kalau ko baca, fahami dan pilih satu kajian yang specific dalam jurnal2 yang specific di atas.... fuhhh.... apa yang ko takut. Silap2 haribulan.... SV ko yang takut dgn ko bro !!

Cuma yang sedih.... pelajar PhD sendiri selepas 1 semester masih tak tahu jurnal apa yang dia patut baca....

OKlah..... amoi Korea sebelah aku dan bangun....sekali sekala dia menjeling kat aku.....tersenyum.... mesti dia ingat aku wartawan .... tulis artikel pagi2 buta.... dan kelihatan dia juga membuka Ipadnya... maybe melihat K-Pop . 

Now 2 am di DOHA, mata aku tak mengantuk ler pulak...
Buat kawan2 maya FB aku.... terima kasih atas doa perjalanan aku ke LONDON... 

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...