Sebelum aku kupas tajuk di atas.... berikut photo aku di KL International Book Fair 2014... yang menjual 8 buku tulisan aku...
Post aku sebelum ini tentang thesis tak perlu original dalam ertikata kajian "tak pernah dibuat orang" mendapat reaksi....ada yang tak percaya … ada yang tertanya2… ada yang mcm dah terkena.. so aku nak sambung lagi… dgn contoh yang skit giler2….tapi aku masih waras dgn paradigm yang aku cuba bawa...wpun menyongsang arus tetapi aku faham apa yang aku tulis... tak mau jadi ikut2an...
Dalam pendidikan misalnya, tajuk yang ada perkataan ICT jer mesti dikatakan dah basi, tak original... dah berlambak orang buat..... maka pelajar pun panic ... mengelabah nak cari tajuk lain....
Bagaimana dgn tajuk ini?
"Pembinaan APP bagi makmal visual subjek Sains RumahTangga menggunakn learning object dengan pelantar android"
Boleh ke cikgu SRT buat kajian tu? Jika boleh berapa ramai? Aku yakin tak ada sorangpun yang mampu.
Faham ke SV dgn latarbelakng pendidikan vokasional akan learning object dan Android tu? Pun aku percaya mereka juga tak tahu. Jadi jgn ler beriya2 nk tajuk "baru" takut tak ada SV yg boleh supervised atau SV minta tajuk baru yg sendiri belum tentu boleh supervised !
Tajuk ICT yang biasa2pun masih releven....kerana kajian berkembang ikut masa...tajuk ICT hanya basi kerana ramai yang buat kajian yang hampir2 sama....spt kajian keberkesanan pre-post experimental design…sampai dah tepu......namun tajuk ini tetap releven...segar dan tak basi hanya jika.....
1. kajian memantapkan / re-validated instrument yang ada katakan dengan Rasch model .. supaya dapatan lebih reliable dan valid
2. dibina model yang lebih comprehensive membina soal selidik yg sesuai keadan semasa, lakukn EFA / CFA dan kemudian diuji dengan SEM analysis
3. kajian dibuat dengan membina soal selidik sendiri dan kemudian diuji pula dgn multilevel modelling menggunakan Mplus atau M+, berbanding model dalam analisis SmartPLS atau AMOS ... bagi menganggar pelbagai model dgn latent, or unobserved variables bagi model yang lebih complex tak kira samada kedua2nya continuous atau berbentuk categorical...
4. Menguji ICT dari aspek kualitatif dan kognitif dgn menjawab persoalan why dan how?
Faham tak apa yang aku tulis kat atas tu?
Tak fahamlah...
Jadi yang basi tu adalah pengetahuan ko bro...dan maybe pengetahuan sesetengah SV juga.... dan jika ini hakikatnya kenalah terima... jadi bukanlah TOPIK tu yang dah basi malah TOPIK berkaitan ICT dalam pendidikan masih banyak ruang yang perlu diperhalusi....
Maaf ler kalau aku terlalu berterus terang.... sebab ini juga cabaran bagi diri aku sendiri.... akupun tercabar utk update pengetahuan aku... Ini dikatakan contribution / advanced the knowledge.....
Aku nak tambah lagi ……berusahalah membuat "tesis yang baik" bukan yang original dgn maksud “tak pernah dibuat orang” sebab ...
Pertama:
Penghasilan thesis yang baik adalah bukti keupayaan individu menjalankan proses kajian secara sistematik, secara independent. Dan jika dia berjaya laksanakan dalam tempuh yang diberikan, itu adalah “the best thesis”. .. kerana bagi aku the best thesis adalah “the thesis that is completed independently by the candidate on time”
Kedua:
Oleh kerana PhD baik Master pun, adalah program scholar yang di anugerah oleh institute pengajian, maka elemen penulisan yang baik, jelas dan kupasan theory yang mantap serta analisis data yang komprehensif adalah ciri “The best thesis” yg patutnya diutamakan…. melebihi "sesuatu yang tak pernah dibuat orang…”
Ketiga:
Thesis yang baik adalah thesis yang menunjukkan pemahaman dan penguasaan penyelidik / pelajar sendiri secara yang mendalam terhadap segala aspek pengetahuan, proses menjalankan kajian, analisis data dlm area yang dikaji.
Keempat:
Kajian “yang tak pernah dibuat orang” hampir tidak wujud bro. Kalau wujudpun kerana pelajar tersebut hanyalah “sebahagian” dari satu projek yang telah lama berjalan.. bukan dimulakan dari scratch oleh pelajar tersebut secara individu.
Satu contoh “The Best PhD Thesis 2011” yang dianugerah kepada kajian seorang pelajar nukleur fizik berkaitan kajian ALPHA (Antihydrogen Laser PHysics Apparatus). Pelajar tersebut menjadi student MSc dan kemudian PhD dengan satu kumpulan penyelidik terbaik dunia yang telah lama mengendalikan projek ALPHA di makmal CERN (European Organization for Nuclear Research), makmal terbaik dunia (sponsored dari 12 negara Eropah) yang beroperasi sejak 1952. Jadi penulisan thesis pelajar tersebut adalah “sebahagian kecil” dapatan project ALPHA yg sudah pasti tiada yang seumpamanya di dunia.
Ko jgn tak tahu....CERN juga terkenal tempat kelahiran World Wide Web, WWW .... sehingga ko boleh bertenet siang malam dengan FB ko tu !
Berapa banyak thesis yang boleh dijalankan dalam keadaan ini? Sebab itu aku berpendapat…. … peluang ini terlalu ideal untuk dijadikan ukuran the best thesis secara umum… “sesuatu yang tak pernah dibuat orang” malah peluang membuat PhD spt di CERN kelihatannya seperti “tidak wujud” di university manapun didunia ini…. !!!
Jadi aku simpulkan bahawa thesis hasilkan “ sesuatu yang tak pernah dibuat” tidak mewakili keperluan asal thesis yang mengutamakan penghasilan penyelidik yang berupaya menjalankan kajian saintifik secara sistematik untuk "contribute to the body of knowledge” dalam satu tempuh masa yang munasabah secara independent.
Jika masih nak cari jugak tajuk "yang tak pernah dibuat orang".... sukati korang ler ...
OT
No comments:
Post a Comment