Bagi postgraduate yang baru mendaftar utk master / PhD - Ini ringkasan satu PM yang saya terima.... sayugia saya nak berkongsi... tanpa niat utk merendahkan sesiapa sekadar berkongsi rasa supaya jgn membuat sesuatu membabi buta.
Assalamualaikum Dr..
Saya ingin bertanya sedikit dengan Dr tentang pemilihan tajuk proposal phD...saya berminat untuk buat kajian tentang keberkesanan penggunaan ebook dalam kalangan pelajar sekolah rendah di negeri XXX memandangkan kerajaan negeri ada memberikan ebook (laptop) percuma kpd pelajar sek rendah bg darjah 4, 5 dan 6.... (SV sokong tajuk ni sebab katanya menarik)
Terima kasih kerana sudi bertanya.. dan saya dahpun berikan jawapnnya. Namun bagi pembaca yang ada "niat" yang sama spt pengirim di atas, cuba2lah jawab soalan rambang berikut:
Soalan 1: Adakah agaknya gap kajian di atas atau kajian sewaktu dengannya?
Soalan 2: Bukankah pegawai KPM (khusus yang ada master dan PhD) yang patut buat kajian "keberkesanan" tersebut? Bukankah mereka juga yang akan baiki kelemahan jika ada?
Soalan 3: Apakah pula teori bagi kajian di atas?
Soalan 4: Bagaimanakah dgn instrument - boleh kah murid sekolah rendah jawab qnaire atau ditemuduga?
Soalan 5: Variable apakah pula yang akan digunakan?
Soalan 6: Analisis statistik apa yang appropriate?
Soalan 7: Kalau calon tu dapati program tersebut "tidak berkesan" - nak suruh MB hentikan ker atau nak suruh Menteri Pelajaran mansuhkan ebook atau nak suruh pegawai PPD letak jawatan?
Soalan 8: Apa contribution kepada knowledge jika didapati program tu berkesan atau sebaliknya?
Soalan 9: Ada ker ratusan journal yang relevan untuk kajian peringkat PhD ?
Soalan 10: Kenapalah suka sangat cari tajuk.... tajuk... tajuk...then tanya soalan "Sesuai tak tajuk tersebut utk PhD saya ? " tanpa tahu apa2 tentang literature disebalik tajuk tersebut?
Pelik sungguh ! Apapun moga perkongsian ini dapat memberi sedikit makna !
No comments:
Post a Comment