Akhir2 ni banyak yang PM aku…. minta pandangan tentang SV. Oleh kerana aku bukan expert dalam hal ini, sekadar sedikit pengalaman dan juga pengamatan, aku senaraikan 6 aspek umum / general yang perlu ada dalam diri SV…. khususnya kepada bakal2 SV yang membaca post ini.
1. Minda terbuka
Belajar mendengar bukan asyik bagi arahan. Bina situasi yang menggalakkan supervisee bersuara, bertanya dan memberi pendapat, be gentleman. Jgn sampai supervisee lom abis nak explain dah kena sound… dgn nada sedikit mengertak …mana tak kecut nak buka mulut lagi...
2. Bukan saja committed tapi juga competent
Ada SV yang committed…. baik dan supportive, tapi jika boleh biarlah juga competent. Jgn selesa dgn skop kajian yang terlalu spesifik….contohnya SV quanti hanya terima supervisee yang nak buat quanti sahaja. Leceh ler cam ni sebab kesian gak supervisee kena cari SV lain ler pulak.
3. Memberi bimbingan yang strategik
Supervisee perlukan banyak bimbingan diperingkat awal… bukan sekadar “what to do…” tapi lebih kepada “how to do it” sebab supervisee boleh lakukan apa sahaja dgn bimbingan yang betul... sebab merekapun tak suka disuapkan ! Jgn ler asyik kata "You should know how to do it".. then bila salah.... "This is not the way to do it".... tak ke fening kefala supervisee. Contohnya cari journal... memang supervisee boleh explore tapi alangkah baiknya jika supervisee explore dgn cara yang sistematik dan berstrategik dgn sedikit panduan dari SV.
4. Straight to the point
Ramai SV beri arahan yang kurang jelas dgn harapan pandai2lan supervisee mentafsirkannya. Banyak feedback diberikan dalam bentuk “question mark” tanpa penjelasan apa yang tak kena atau perlu dibetulkan.
5. Explain the whole picture – SV dianggap expert dan experienced person sedang supervisee seorang novice. Bila supervisee datang dgn hajat utk menjalankan kajian itu dan ini, bagilah the whole picture apa yang bakal dilalui…sebagai seorang yang experienced supaya jgn sampai supervisee sesat dan buang masa. Memang supervisee perlu hadapi semuanya namun biarlah yang dihadapi tersebut menambah kemahiran yang signifikan dengan kajian melebihi kemahiran mengatasi masalah yang tidak ada kena mengena dengan kajian....
6. Pupuk budaya research
Budaya SV tak sama dgn budaya supervisee. Tetapi SV pernah menjadi supervisee tetapi tidak sebaliknya. Jadi tanamkan budaya sihat kpd supervisee seperti collaborate, writing journal, presenting paper, budaya menggunakan software spt Mendeley dan ATLAS.ti dll.
OT
No comments:
Post a Comment