Im Kevin, pls call me Kevin.
Lihat sahaja cara dia berinteraksi, aku yang tak petah berbahasa inggeris ini pun hilang rasa takut....
Agak2 kat Msia ni boleh buat announcement cam tu tak?
Tentu tak boleh sebab culture di Msia berbeza..... kalau opening ceremony tak mula dgn Dato Datin dan segala macam tak ikut protokollah....
Prof atau SV dalam komiti advisory telah diberi authority…. kerana status mereka menentukan layak atau tidak progress yang ko lalui sebagai candidate master mahupun PhD… atau layak atau tidak thesis ko tu utk viva.
Authority ini lah yang menggerunkan aku dulu, dan juga ko serta kawan2 yang lain. Tapi lain berlaku dgn SV2 aku... Kevin yang sibuk ni (maklumlah Dean) bila dia panggil aku masuk bilik dia, satu persatu statistik aku di komen…. dan bagi suggestion. Aku terasa authority dia disertakan dgn responsibility dan accountability. Dia awal2 lagi memperkenalkan aku pada buku Andy Field, suruh aku fahami statistics dgn SPSS....dan minta aku masuk kelas statistik dia, masa tu aku rasa dilayan sebagai supervisee.
Seorang lagi, Dr. Robert Matthews… seorang Jews (sebab dia ada photo memakai kopiah kecik atas kepala) membantu aku jalankan 2 kali pilot di Adelaide. Dia sendiri yang hubungi pihak college dan aku cuma follow up. Bila aku datang jer utk pilot testing…. pensyarah di kedua2 college dah sediakan pelajar utk aku.
Tapi bila balik Msia utk collect data…. wpun selepas tulis surat rasmi melalui university aku.... aku terpaksa merayu bro…merayu wa cakap lu..... bagi dapatkan pelajar utk kajian sebenar…. tebal muka aku ini … macam pakai foundation dan mekap tebal opera China.... bila pegawai yang patut bantu aku main tolak2….. jadi penutup botol aku ni dijentik kesana sini…. namum “ku tabahkan jua” demi mendapat data !! Akhirnya selesaikan data collection aku…. terbit rasa serik namum itulah realitinya.
Jadi…. aku berazam utk jadi SV yang berauthority sekaligus dgn responsibility and accountability… kecualilah pelajar tersebut sengaja menjauhkan diri… kerana hal2 peribadi !!
Aku percaya ramai SV yang responsible di Msia....dan aku harap budaya "authority comes with responsibility and accountability" terus subur dalam diri "bakal2" SV dan jgn hanya ada authority tapi gagal menjalankan responsibility !